Selamat petang sumer bloggers2x sekalian dan xlupe jugak buat pembace2x blog saya yg tak seberape nie :) Penat btol dari jam duabelas hingga tiga petang tadi, saya berkampung di Hospital Pulau Pinang, kerana melawat salah seorang pekerja yg bekerja dibawah syarikat saya. Ooopppsss, bukan syarikat saya, syarikat tmpat saya bekerja. Hehehehehehe, dah le saya nie tak pakar jalan2x di area penang nie. Walaupun ramai berkata, ala senang je jalan kat area penang nie, pusing sini sane, situ jugak tmpatnye. Ya, mmg betol, tp kalian tak thu bahawasanye saya nie mmg gagal bab2x nk cari jln yg saya tk penah pegi or jejak pon katsitu. Maka, dgn ati yg geram dn panas ditengahari bute tadi, saya keluar memandu terus mengikot papan tanda je. Padahal, klau org yg pakar jln2x area penang nie, dlm sepuloh atau limabelas minit je dah sampai. Tapi saya? hmpir saje tigapulohminit baru nk terkedek2x jmpe parking bertingkat yg baru dibina tue. Fuuuhhh.. dok pusing2x satu kawasan hospital, setengah jam baru dpt jmpe parking tue noookkksss. Gilers arrrggghhh cmnie. Pas dah sampai, saya pon terkocoh2x lah terus menuju ke bangunan pesakit luar. WAH... Tercari2x kaunter pertanyaan. Malangnye TUTUP! Damn it. TGK jam kat tangan, rupenye dah kol SATU TENGAHARI. Padan ar muke kat kau, neeza! org g makan tengahri lah ngookkk.. hehehehehehe. saya tersenyum sendiri. Perot lapo dan tekak haus giler mcm dok kat padang pasir je rasenye. Pe lagi, dengan laju je kaki g merayap kat belakang bangunan tu, jmpe sebuah Kafe. Tak lah ramai sgt orang ktsitu. TERUS saya order TEH O AIS LIMAU satu kak! Okeehhh, dah duduk, saya pon terus minum air tu seteguk dua. Rase mcm nk mkn nasi lak. Belek2x kat lauk pauk mcm tak sedap dan tak byk pilihan. Muke ketat dah tak yah nk ckp lagi... Geram lg.. Perot lapo tp tak de makanan sedap. Huuuuuu... terpksa minum je lah jawabnye. Sementara tunggu kaunter bukak mgkin kol duapetang, saya g solat kat surau berhampiran. Setelah selesai, saya pon terkocoh2x cari kaunter, dn dari satu kaunter saya dimintak pergi ke kaunter 014. Dari kaunter 014 saya dimintak pergi ke kaunter 017. Ape nie? Sakit btol ati saya. Tp, sabarkan je lah ye ati nie. Saya diberitahu pesakit yg saya nk tgk tu di wad sepuloh tgkat dua. Saya pon bergegas lah mintak tlg dua orang jururawat kebetulan nk pergi ke tingkat dua. Saya cari sendiri wad sepuloh tu. Sampai kat luar pintu, saya cek senarai name pesakit dan nk cari nombor katil pesakit tersebut. Dia ditempatkan dikatil tigapulohdua. Terus saya tercari2x mcm org asing kat situ. Dalam ati, nombor katil pon tak ikot turutan, kelam kabut semacam jer. Penghabisan saya terjumpe lah pesakit yg nak saya lawat nie. Orangnye warganegara Myanmar, perempuan. Saya pon tegor lah dia dan perkenalkan diri saya , siape saya dari mane saya dtg dan sebagainye. Kesian saya melihat dirinye terbaring. Nmpk saya, terus dia bangun dan muke ceria. Ati saya tersentuh. Mcm ni rupanye duduk kat negara orang, cari duit, tup2x sakit. Dok kat hospital lak tu. Kawan2x dia yg tlg antarkan dia ke Hospital mase dia jatuh pengsan. Oleh kerana dia boleh berbahasa inggeris dan melayu sikit2x, maka tak susah utk saya memahami cerita disebalik penyakitnye. Dia menghidapi apendiks. Terok smpai jatuh pengsan. Kesian saya tgk. Ati saya turut sedih. Dia cukup menghargai kedatangan saya utk melawat dia. Dia tak henti2x berborak dan senyum kerana gembira ade orang dtg jengok dia. Tetibe dtg mak guard cakap, waktu melawat dah abis nie, dah kul duasetengah nie. Saya pun mntak diri. Sebelom tu, dia meminta nombor telefon bimbit saya. Saya pon bagi. Sebelom saya balik, smpat dia salam dan pegang tangan saya lame, kerana dia terharu dengan kedatangan saya. Sedih gak saya tgk dia. Saya arap dia cepat2x semboh dan keluar dari hospital tue. Okeehhh, abis disitu. Saya pon keluar mencari jalan keluar menuju ketempat parking. Yg bestnye, nk balik ke ofis pon saya leh buat pusingan satu round lagi kat situ. Hahahahaahha. Kelakar kan? Sbb saya keliru jalan balik. Last sekali, jmpe gak jalan nak ke ofis :) Senyum sendiri. Seblom naik ofis, tekak saya pon haus lagi, singgah beli air kat 7E. Lega rasenye. Pengalaman dan pengajaran yg saya dpt arinie ialah, saya sangat tersentuh dan terharu bile melawat orang sakit arinie. Dlm ati saya mengucapkan syukur kepda Tuhan kerana memberikan kesihatan yg baik kepada diri saya, amin. Saya mmg dari dlu tak suke g Hospital dan tgk orang sakit. Sbb saya TAKOT. tak tahu takot aper? Jadi, inilah cerita yg saya nk kongsikan bersama kalian sume. Sebagai manusia, kite harus menghargai sesame manusia dan jgn bersikap sombong dan berlagak. Sakit tak kire usia. Tua atau mude pasti ade penyakitnye. Yg mmg tak der ape2x sakit tue, eloklah anda mencegah dari mengubati kan? Jaga kesihatan masing2x ye. Disamping itu jugak, saya nk menyelitkan sedikit info tentang 9 sbb nape perhubungan percintaan kalian tidak bertahan lame, sila semak dibawah ini :
1. Menipu
Menipu adalah "pembunuh" utama dalam sebuah perhubungan. Ia umpama ledakan gunung berapi yang meletus hebat. Ada yang menipu untuk "menyelamatkan" sebuah perhubungan, namun mereka tidak mahu hati pasangan terluka. Sesetengah orang tidak dapat menerima bahawa hati mereka telah dipermainkan.
2. Harapan / Kebebasan
Ada pasangan meletakkan harapan yang sangat tinggi kepada pasangannya malah mereka bergantung penuh kepada pasangan. Ada lelaki menyukai hal ini tetapi ada juga yang sebaliknya. Di sinilah timbulnya konflik yang mungkin menyebabkan hubungan terputus di tengah jalan. Ada pula lelaki yang inginkan kebebasan, tetapi dikongkong. Hal-hal beginilah membuatkan perhubungan tersekat.
3. Terlalu Memikirkan Aspek Perkahwinan
Perhubungan yang sihat biasanya berlangsung dalam suasana yang sangat harmonis. Ia perlu diisi dengan kasih sayang dan sikap saling memahami. Bila semua ini ada barulah perhubungan boleh sampai ke peringkat serius. Tapi sesetengah wanita, yang baru saja berkenalan terus saja mengharap akan ia berakhir dengan perkahwinan. Mereka takut jika perhubungan dijalinkan hanya sia-sia sahaja. Jadi kalau timbulnya konflik ini, perhubungan boleh menjadi putus.
4. Mengungkit Hal Yang Lalu
Menjadi kepantangan bagi sesetengah orang untuk mengungkit hal-hal yang lepas. Apatah lagi jika mengungkit akan kekasih lama. Belajarlah dari kesilapan, jangan mengungkit kisah lalu kalau anda sayangkan perhubungan.
5. Berbeza Pendapat
Dalam menjalin sebuah perhubungan, perbezaan pendapat memang sering terjadi. Kita mempunyai idea yang berbeza dengan pasangan dan hal-hal inilah yang membuatkan pasangan sering berbalah. Ada yang mempunyai cita-cita tetapi tidak dapat ditunaikan hanya kerana pasangan tidak mengizinkan. Itu adalah antara perkara yang boleh membantutkan sesebuah perhubungan.
6. Status Yang Tinggi
Ada sesetengah pasangan sangat gembira dengan perhubungan yang dijalinkan. Mereka sangat bahagia namun ada sesetengahnya begitu mementingkan status diri. Mereka memilih pasangan yang dirasakan sangat sesuai dengan diri mereka.
7. Hal-hal Yang Menyakitkan Hati
Ada perkara yang dibuat oleh pasangan memang menyakitkan hati. Malah sanggup melakukan hal-hal bodoh semata-mata mahu menyakiti hati orang lain. Jadi kalau inilah yang terjadi, hubungan anda pasti tidak akan bertahan lama.
8. Kehidupan Yang Sangat Mendesak
Ada sesetengah pasangan memang suka menyusahkan pasangannya. Mereka sering memberikan masalah dengan membuat pelbagai perkara hingga ia menyakiti hati pasangan. Kehidupan yang sangat terdesak ini adakalanya membuatkan perhubungan tidak berlangsung dengan baik.
9. Kawan-kawan dan Keluarga
Tidak mustahil, kawan-kawan dan keluarga juga boleh membuatkan sebuah perhubungan menjadi tidak stabil. Pengaruh dari kawan-kawan dan keluarga boleh mempengaruhi keputusan. Jangan salah sangka, orang yang anda sayang pun boleh terlepas dari tangan jika keluarganya tidak menyukai anda.
Kredit KAT SINI . Andai anda nk cari info byk2x silalah pergi ke website tersebut.
p/s: Saya MENGHARGAI diri sendiri dan orang lain.