Si Sepet Dan Si Manis

Si Sepet Dan Si Manis

Thursday, May 12, 2011

Tips Penyusuan Bayi

Okeh, memandangkan saya berminat nk cari tips2x utk penyusuan bayi. Dan, YA, InsyaAllah, selepas bersalin nanti, mmg saya nak MENYUSUKAN anak sendiri selama 2 tahun jika mampu. Kalau x, setahun je. Saya suke kaedah penyusuan bayi melalui susu badan kerana byk kebaikannye selain dpt menurunkan berat badan dgn cepat. Klau xpercaya, korang sume leh baca sikit tips2x kat bawah nie ye:




Kebaikan Susu Ibu kepada bayi:
  1. Mengandungi antibodi (bahan pencegah penyakit)
  2. Mempunyai komposisi nutrien yang lengkap dan memenuhi keperluan bayi
  3. Mengandungi protein dan asid lemak yang tinggi dan mudah hadam
  4. Mengurangkan risiko alahan
  5. Mengurangkan masalah pergigian dan ortodontik
  6. Melindungi bayi daripada kolik, asma, penyakit kulit, jangkitan hidung dan telinga
  7. Mengelakkan cirit birit dan penyakit saluran pernafasan
  8. Mengurangkan risiko penyakit jantung, kencing manis, kanser dan obesiti
  9. Menggalakkan tumbesaran yang baik
  10. Meningkatkan daya perkembangan intelek yang baik
Kebaikan susu ibu kepada ibu:


  1. Membantu pengecutan rahim dan mengurangkan pendarahan
  2. Mengurangkan risiko barah payudara dan ovari
  3. Menjarakkan kelahiran
  4. Mempercepatkan penurunan berat badan
  5. Mengeratkan kasih sayang antara ibu dan anak
  6. Menjimatkan masa dan wang
  7. Mudah dan tidak perlu persediaan
Nota peribadi: Kebaikan-kebaikan di atas dapat dinikmati dengan penyusuan susu ibu secara eksklusif sekurang-kurangnya selama 6 bulan. Insya Allah.













Jadi, kepada bakal2x ibu diluar sane, kite kna berpikiran positif dan jgn jdkan alasan, bekerja, ataupun air susu tak de sbg cara kite tak memberikan penyusuan badan kepada bayi. Kesian ank2x anda.



No comments: