Si Sepet Dan Si Manis

Si Sepet Dan Si Manis

Sunday, July 31, 2011

So - called Holiday

Salam dan Selamat berhujung minggu :)

Tetibe je kann?? meaning tetibe je i hapdet belog cikodot i ni ujung minggu. Nk tahu sbb ape? sbb i now kat ofis. Bahahahahaha... cos my dad datang kat ofis dan nk meeting ngan bisness partner dia :( i baru je berangan nk  cuci baju harinie. Pastu lepak jap tempat keje my lovelies fiancee. Wah! tup..tup. jam sepuloh dah terpacak kat airport lah. Then, bawk my dad g check in hotel plus, makan dan bla..bla... dekat kol 230ptg baru g ofis.

Ekceli nk g amek mesin thumbprint for illegal foreign workers kat ofs  and laptop, web cam dan jugak printer. Yess, tetibe je smpai ofis, technician ckp tak install lg cos xde password for installation! What?? Dia call lah org yg sepatutnye lebih tahu tntang installation tntang thumbprint machine ni.. Bla..bla..bla.. skg my computer kat ofis ade problem. I suruh dia re-programmed balik sume :( now i tunggu je sume siap install baru leh anta my dad balik hotel. Ntah pukol brape siap pun tak tahu lah :(

I nk balik. Nk cuci baju dlu. Malas dok ofis. Boring. Sbb boring, i update belog ini. Hopefully mengisi mase lapang i :) Pagi tadi beli suratkhabar METRO AHAD. Front page tajuk : KHAIRUL FAHMI PUTUS TUNANG! What The Fish Curry Head lah! I betol2x emo. Coz i dh agak la. Keputusan tu KFCM buat sendiri. Pluss later on baru family dia g jmpe ngan family Elia. I really sad about this. I tumpang simpati pada Elia, of cos. I hope dia tabah dan kuat! Jgn patah semangat. Mungkin ade hikmah disebalik sume ni. Allah S.W.T. Akan memberikan yg terbaik utk diri kite, percayalah.

Biaselah kan, bile dah POPULAR, TERKENAL, BANYAK DUIT, Dan jadi PERHATIAN ORG RAMAI, Tentulah jadi LUPA DIRI. Mase tuh, mata terbukak LUAS. Baru nmpak byknye aweks-aweks cantik meletops kebabooommmm lagi seksi dan HOT dari awek sendiri. Pastu lupa diri dan status sendiri! Arrgghhhh..nyampah aku.

Cukup-cukup lah cite pasal hal nih. Biarkan mereka selesaikan masalah ni secara AMAN. Jgn GANGGU Privasi kehidupan mereka. Hanya berdoa and let them settle all this things properly and with satisfied heart!.  For Elia, smoga berbahagia terus.. Walaupun mungkin bukan ngan KFCM tu, maybe one day will come for your true happiness! Tabah Dan KUAT! Berdoa byk2x pada Tuhan. Jgn JAUH dari ALLAH SWT. Ingat tu. 

I nk sambung BLOGWALKING lagi. Sekian, terima kasih.


Sumber Meletops : ELIA COMEL

Berehat Sebentar : I Suke tgk ELIA dan KFCM sebenarnya. THEY ARE A PERFECTOS COUPLE EVER!

Friday, July 29, 2011

Jom KAHWIN!

Hai Selamat Petang sume....

Entri gatal jap sebelum nk balik kol 7mlm nanti. Yep, bersedia kah anda untuk berkawen? atau pun ade tanda-tanda anda tak bersedia nk kawen?? Haaa.. Sila angkat tangan lajulaju dan tinggi-tinggi tanda anda BERSEDIA! 


Klau korang tnya kat i pulak, i jawab je, I dah bersedia nak kawen, bile-bile mase, tapi PASTIKAN DUIT SIMPANAN tu cukup dan BANYAK! Yess.. mcm korang tak tahu zaman skg ni sumenye serba MAHAL nk mampos! Haaiisshhh.. tak de benda dah yg murah skg nih. Even korang nk mulakan perancangan nk kawen ni pun korang dah kena nk buat checklist kan?? Barang2x hantaran pulak sume mahal je. Mane ade yg murah. Nan hadooo..

Bertunang pun paling koman korang  berabis pun beribu-ribu. Ni kan pulak nk kawen! Of course la berabis puloh-puloh ribu! Hissshhh.. sob..sob.. pikirkan duit simpanan ni yg selalu jadi masalah kat i. I sedaya upaya nk buat simpanan. Tapi, i tak dpt. Sejak pindah penang ni, kereta MEWAH i asyik meragam je! Mcm tahu-tahu je nk abis utang awal tahun depan. All the way few month sejak i move here, mmg kereta meragam bagai. Alhamdulillah, dua tiga bulan kebelakangan ni, kereta i tu okehh. 

Hopefully, sampai tahun depan pun still okeh. I nk ganti timing belt kereta tu, g servis minyak itam, tukar oil filter, tukar power steering oil tu. Dan ade rezeki tukar tayar belakang. Nk repair tmpat bukak pintu belakang tu, baru beberape hari lepas dah patah. My dad punye salah. Dia yg kasar. I nk mintak duit dari DIA! Baahahaahahaaa.. Itu yg ade dlm fikiran i.  Simpanan KAWEN, simpanan RAYA, simpanan LEPAS RAYA, simpanan REPAIR KERETA i. Hissskkhhhhh.....

Dah, i malas lagi nk membebel panjang pasal duit or simpanan. Moh kite tgk tanda-tanda diri kita dah bersedia dan tidak bersedia untuk BERKAHWIN!

10 Tanda Lelaki Sedia Untuk KAHWIN

1. Kawan-kawannya terdiri daripada lelaki yang sudah berkahwin
Jika berasakan teman lelaki anda adalah calon suami yang sesuai, anda perlu periksa sama ada rakan-rakannya adalah kalangan lelaki yang sudah berkahwin.
Kajian menunjukkan bahawa jika rakan-rakannya sudah berumah tangga, dia lebih berkemungkinan besar mempunyai keinginan untuk berkahwin.
Tetapi, jika rakan-rakannya di kalangan lelaki bujang dan masih berada di fasa ingin berseronok dan berparti, ia mungkin isyarat yang kurang baik.

2. Kewangannya stabil
Kajian menunjukkan bahawa lelaki yang mempunyai rumah sendiri lebih bersedia untuk berkahwin. Lelaki yang berasakan kewangannya stabil akan melihat perkahwinan adalah peringkat seterusnya dalam fasa hidup mereka.

3. Dia mula mendesak anda
Lelaki yang bersedia untuk membuat komitmen akan membuka langkah terlebih dahulu. Jika emel anda kepadanya mengambil masa beberapa hari untuk dibalas atau jika anda terpaksa bertanya untuk tahu di mana dia berada atau jika anda saja terpaksa menghubunginya, anda mungkin mengejar lelaki yang mungkin tidak berminat terhadap perkahwinan.

4. Dia bersedia untuk menunggu
Jika lelaki tersebut mengambil inisiatif untuk mengenali anda dengan lebih dekat, dia kemungkinan besar bersedia membuat komitmen.

5. Mengambil berat ketika anda sakit
Jika dia mengambil berat keadaan anda ketika anda sakit, ini menunjukkan lelaki ini bukan berada di sisi hanya untuk berseronok. Jika dia mahu bersama anda ketika susah, itu tanda dia bersedia dengan hubungan jangka panjang seperti perkahwinan.

6. Dia berusaha mengenali rakan dan keluarga anda
Lelaki yang memikirkan hubungan jangka panjang mahu mengenali anda dengan lebih mendalam. Melihat anda berinteraksi dengan keluarga dan rakan-rakan anda, membantu dia mengenali anda dengan lebih mendalam.
Pada masa sama dia juga mahu anda mengenalinya dengan lebih dekat. Dia mahu melihat sama ada anda sesuai dengan keluarga dan rakan-rakannya.
Lelaki yang cuba menjauhkan anda dengan individu-individu yang penting dalam hidupnya, melihat hubungan sebagai suka-suka saja.

7. Dia menggunakan perkataan 'kita' bukannya 'saya'
Apabila dia bertukar daripada menggunakan 'saya' kepada 'kita', itu tanda dia semakin komited dengan anda.
Jika teman lelaki hanya menyebut 'saya' berbanding 'kita' dalam perbualan biarpun selepas sekian lama berkenalan, sebenarnya dia masih senang dengan dirinya sebagai lelaki bujang.

8. Dia tidak takut berkompromi
Lelaki yang bersedia terhadap komitmen tidak ragu-ragu untuk meminta pendapat atau berbincang mengenai sesuatu keputusan yang beliau buat dan dia bersedia berkompromi dengan anda.
Lelaki ego yang mahu segala-galanya mengikut caranya tidak bersedia untuk berkompromi, sedangkan ia merupakan sebahagian sifat semula jadi sebuah hubungan yang matang.

9. Dia tidak perlu berdalih
Lelaki yang fobia dengan komitmen sentiasa mencari pelbagai alasan sama ada untuk tidak mahu keluar dengan anda, alasan kenapa tidak menelefon dan alasan mengapa tidak bersedia untuk membawa hubungan ke peringkat seterusnya.
Sebaliknya, lelaki yang bersedia dengan komitmen tidak perlu berdalih, dia hanya perlukan anda.

10. Dia suka pada hubungan jangka panjang
Jika dia sentiasa mengadu mengenai memerlukan ruang untuk bersendirian, melayan anda seolah-oleh anda satu bebanan bukannya anugerah dan sentiasa bercakap agar tidak perlu terburu-buru untuk membawa hubungan ke peringkat seterusnya, secara tidak langsung dia memberitahu bahawa dia tidak bersedia untuk komitmen. 

10 TANDA LELAKI TAK BERSEDIA UNTUK KAHWIN

1. Terus ‘tutup mulut’ apabila anda bertanya kepadanya mengenai kesediaannya untuk berumahtangga.

2. Tidak pernah ada niat untuk menemui orang tua anda walaupun anda sudah berusaha untuk mempertemukan dengan orang tua anda.

3. Tidak pernah memegang janji. Melupakan dan membatalkan janji dengan anda bukan perkara yang menganggu fikirannya.

4. Tidak pernah benar-benar memerlukan orang lain. Mungkin dia banyak teman atau sanak saudara, tapi tidak ada yang benar-benar akrab dan dekat dengannya. Jadi, dia memang tidak mengerti makna ‘ikatan’

5. Jarang memperkenalkan anda kepada kenalannya.

6. Mudah bercinta dengan wanita lain.

7. Tidak pernah membincangkan masalah peribadinya dengan anda. Juga tidak mengizinkan anda untuk mengetahui masalah peribadinya dengan anda.

8. Terlalu menganggap bahawa segala-galanya mesti sempurna.

9. Berulangkali dia menceritakan mengenai keburukan-keburukan dirinya kepada anda.

10. Tidak menyimpan wang untuk berkahwin. Malah selalu berbelanja dengan boros tanpa perancangan masa depan. 





Sumber Meletops : carian internet (pelbagai sumber)

Berehat Sebentar : I dah bersedia nk KAWEN ! (MOOD gatal) 



TAK SABAR!!

Selamat Petang sume :)

Hai peeps! Yes, tetibe je kann?? i rse encik tunang i dah dapat gaji! Yess.. yess.. yess.. leh kite g jejalan kann?  tgk movie best. DAN penting skali MAKAN!! arrggghhhh!!! makan lagi kan? Sebelum puasa bermula, nk g try makan sedap2x. T dah bulan puase g makan lagi makanan yg setahun sekali je ade kat Bazar ramadhan.. Seronoknye!! (mane tak bulat membulat jadinye kau, neeza!) hehehehehe.

Well, i tak dpt lah nk pejam mate je sambil lalulalang depan kedai makan yg sedap lagi best! Rugi ooo. lagi-lagi pas dpt gaji. Tp kann, i kena beringat sikit la, nk simpan utk persiapan raya dan simpanan kawen lagi.

Yes, encik tunang, JGN LUPA buat SIMPANAN tau! Kita buat simpanan same-same.
 By the way, tiket balik KL tak beli lagi utk raya nih. Agak2xnye tak abis kan? Meaning is, dari Penang ke KL lah. I tak plan nk balik berape ari bulan lagi. Tak tahu dpt balik ngn encik tunang i ke tak? Sbb i kena tgk kalendar lagi sekali. Urrhhhh... pening2x.

Warne tema baju raya dah dpt dah tahun ni. I dah inform kat encik tunang. Dia ok je kot. Cume i rase tak MUNGKIN la sempat nk tempah kann?? Jawabnye, BELI jelah ye. Then, wat simpanan utk beli kerepek-kerepek, kuih muih raye for my nenek kat slayang. 

Then, sediakan duit raya utk my nenek dan anak sepupu. Dan duit raye for adik beradik encik tunang. Haaiisshhhh.. i dah menabung. tapi tak kira brape yg hadoo dlm tabung tuh. 

Mcm - mcm lah nk pk lagi. Nk beli kasut utk raye. Baju jejalan utk raye. Handbeg dah ade :) Suke sgt! Tp i ingat if ade duit lebih raya tahun ni, nk rembat Handbeg for hantaran sekali! Nk cari kat Charles & Keith. My dream. 

Or else i tunggu Bulan 12, Krismas day. Of course lagi hebat MEGASALE kann?? Then, cari kasut raya for encik tunang. Baju melayu for him. What else?? something gift for my grandmom n mom. Yes, for MIL and FIL i will buy some kuih raye for them. And cake. Cukup la kann?? Lagi nk pk mcm2x lah.

Dan nk jugak buat simpanan utk kawen. Dan simpanan lepas raya! I taknak pokai DAN melopong pas raya. Nangis wooo.. Awal2x lagi i nk setelkan bayar duit sewa bilik. Roadtax i mati 4 OGOS ni, my dad yg uruskan :) thanks a trillion dad! Well, itu je kot update ape yg i dah pk. 

By now, i ngah lagi pening. Pk itu ini.  Terus menerus lah kan? Itu lah kot yg i ngah peningkan.

By right, skg ni i patut listkan senarai for Hari Raya. Apa i nk beli dan simpanan utk kawen dan simpanan utk lepas Raya. Biar i tak meraung sbb tak de duit nk belanja pas raya. Tak mo cmtu. Tak mo.. 

Okeh, stop membebel la, neeza. Kau emo je lebih! Hisshhh. of course lah, duit ni penting. Tak pandai bajet, tentu lari lah bajet tu tak smpai ujung bulan. Nan hadoo maaf bagi mu! 

Sekian,  Terima kasih.





Berehat Sebentar : Mari kita pening bersama-sama.


Saat ITU


Salam dan Selamat Petang,


Tetibe je kann, i rase suke dan tertarik ngan lagu baru Ungu ni :) So, kepada my fiancee, encik SEPET, i arap u suke lagu ni okeh. Special dedicate for you my lovelies, fiancee  :)

 PERCAYA PADAKU - UNGU

aku tak tahu apa yang ku rasakan
dalam hatiku saat pertama kali
lihat dirimu, melihatmu

seluruh tubuhku terpaku dan membisu
detak jantungku berdebar tak menentu
sepertinya aku tak ingin berlalu

reff:
berikan cintamu juga sayangmu
percaya padaku ku kan menjagamu
hingga waktu menjemputku
ku berikan cintaku juga sayangku
percaya padaku ku kan menjagamu
hingga waktu menjemputku

saat ku tahu kau akan pergi jauh
izinkan aku tuk selalu menantimu
untuk katakan ku ingin dirimu (ingin dirimu)
agar kau tahu betapa ku terlalu
mencintaimu aku akan menunggu
hingga dirimu kembali untukku

repeat reff
tolonglah aku bagaimana diriku
ungkapkan itu rasa yang membelenggu
dalam hatiku ku cinta padamu

repeat reff
berikan cintamu juga sayangmu
percaya padaku ku kan menjagamu
hingga waktu menjemputku



Berehat Sebentar : My lovelies fiancee, miss u a million trillion bunch!


Nak BELI vco

Salam dan Selamat Petang Jumaat.

Sejak semalam lpas dpt udpate dari satu belog BEST NIE dia ada wat promosi sempena nk puase ni kann? Promosi dari 27 Julai - 31 Julai nih. Pasal VCO. Atau dalam nama penuhnya Virgin Coconut Oil. Ala, minyak kelapa DARA. Tapi dalam bentuk kapsul lah. Byk kebaikkannye rupa-rupanye. Baru i tahu. Since dia ada buat promosi hebat. I dah isi form nk beli sebotol. Nak beli banyak tak rase pun nk buat cmtuh, sbb ni first time nk try kan? Jadi, i tak nk lah tamak haloba dan rakus. 

I cadang nk beli sebotol je dlu. Baru tadi isi form order. In case, dia call i dalam mase terdekat nih, i ckp i akan bank in kan duit besok. Paling lambat pun. Promosi skg sebotol cume RM37 dan harga postage utk pos laju RM6 sahaja. Jadi total sume adalah = RM43.00 je. Murah kann?? Tak salah mencuba ye. Byk kebaikkannya. Disini i listkan sedikit sebanyak kebaikkan kapsul tu ye.


60 biji sebotol

cara makan:
  • diambil dua biji pagi
  • atau dua biji malam
  • atau satu biji pagi dan satu biji malam
[sebelum atau selepas makan]

melawaskan pembuangan air besar dan kecil, mengawal kencing manis, meningkatkan kadar ketahanan tubuh badan, meningkatkan kadar metabolisme pada seluruh sel tubuh, memusnahkan organisma perosak seperti virus, mengurangkan keadaan mudah lapar, mengurangkan kandungan lemak, mengurangkan risiko serangan jantung dan darah tinggi, meningkatkan daya tahan tubuh, anti-penuaan, mengatasi masalah menopaus wanita, menghasilkan tenaga segera, jika disapu pada kulit ia mampu mengurangkan infeksi dan mencegah garis halus pada kulit, meingkatkan penyerapan kalsium dan magnesium untuk tulang dan gigi, melindungi dari serangan osteoporosis, terhindar daripada gejala alahan, memperbaiki kualiti tidur dan menelakkan dengkur, memperbaiki hubungan suami isteri, dan pelbagai lagi.

dalam bentuk softgel (kapsul) yang boleh dimakan dan disapu pada kulit.




Sesuai untuk:
  • kanak-kanak
  • remaja
  • lelaki
  • wanita
  • bujang
  • berumahtangga



Harga Asal:
RM39.90


Harga Promosi:
RM37





Sbb tulah i tergerak nak cuba kan? Sbb banyak pulak khasiatnya. Bagus sgt. Kepada: Cik Ardini Humaira, saya akan bank in kan duit besok ye. Ape-ape boleh contact my number dekat order form tu.


Sumber Meletops : Kredit gambar : Google

Berehat Sebentar : VCO tak de bahan KIMIA okeh..



Fabulous Friday


Berehat Sebentar : Fabulous Friday alls :)



MUSNAHNYA RUMAHTANGGA

Salam dan Selamat pagi Jumaat,

Setelah berhari-hari i mengikuti perkembangan berita tentang pergolakkan rumahtangga antara Jimmy Shanley dan jugak isterinye, Suhaila. Sgt menyedihkan bila isterinya masih didalam pantang dan anak perempuan mereka berusia tidak sampai sebulan sudah heboh sane sini mak bapaknye nk bercerai berai.  Ye, i ni pun manusia biase. Tak layak nk menghakimi permasalahan antara mereka.

Tapi, sejak isteri Jimmy membuat kenyataan tentang sebab sebenar kenapa dia tidak mahu berbaik semula dgn Jimmy, amat mengejutkan! Tak sgka yg Jimmy tu panas baran, pernah memukul isterinya sewaktu malam pernikahan dan jugak semasa berbulan madu. Lepas tu, Jimmy ni berperangai pelik, seperti yg pernah diberitahu isterinya, Jimmy ni anti sosial. Lebih suka hidup bersendiri. Tak suka bercampur gaul dgn orang ramai. DAN itu yg menyebabkan isterinye rase amat berduka cita.
I tak salahkan Jimmy mahupun Suhaila tapi dalam hal ni dua-dua pun bersalah. Senang kan?? masing-masing sebagai mnusia biasa, tidak dpt lari dari kesilapan. Mungkin skg ni masing-masing dengan ego sendiri. Tapi kan, sebenarnya, mereka boleh duduk berbincang andai kedua-duanya berhati lembut dan bertolak ansur. Tanpa ada campur tangan dari kedua-dua pihak keluarga. Biar suami isteri berdua je yang berbincang. 


Jadi, kita sama-sama lah berdoa supaya pasangan ini akan dpt mencari jalan terbaik utk masalah yg sedang mereka hadapi skarang ni. Kesian pada anak mereka, Zahrah yang baru lahir. Tidak mengerti apa-apa. Dan yang pasti bayi itu memerlukan kasih sayang kedua orang tuanya.
Disini i nk kongsikan bersama ngan korang sume, tentang Punca Rumah tangga bergolak. Ini hanya 8 punca sahaja. SELEBIHNYA, kesimpulan anda lebih bijak kan ?? Jadikan semua ini sebagai iktibar utk kita hayati.



 8 Punca RUMAHTANGGA bergolak.

(1) Kritikan yang melampau - Pada kebiasaannya, pasangan yang telah menjalinkan hubungan agak lama tidak terlalu peka tentang masalah ini. Mereka lebih memikirkan kepuasan hati apabila mengkritik berbanding memikirkan sensitiviti pasangan.
Tanpa mereka sedari, ia sebenarnya telah menimbulkan masalah dalam hubungan dan sekiranya ia dibiarkan berterusan, mungkin akan membuatkan orang yang sentiasa dikritik merasakan perpisahan adalah jalan terbaik.
Kritikan yang melampau bukanlah satu cara yang membina sebaliknya ia boleh menjatuhkan semangat seseorang.

(2) Penipuan - Jangan sesekali memulakan penipuan dalam hubungan walaupun ia suatu perkara yang kecil kerana ia akan memberi kesan dalam hubungan untuk jangka masa panjang.
Masalah ini perlu dipandang serius untuk mengelakkan pasangan terasa seperti dianiaya. Dikhuatiri penipuan yang telah dilakukan akan mempengaruhi pasangan yang ditipu untuk turut menipu. Adalah lebih teruk sekiranya masalah ini akan terus berlanjutan dan berbalas-balas di antara satu sama lain.

(3) Intipan - Walaupun niat anda mungkin baik untuk mengetahui setiap pergerakkan atau aktiviti pasangan anda, tetapi ia sebenarnya akan membawa masalah besar dalam perhubungan sekiranya tindakan "intipan" diketahui pasangan anda. 
Oleh itu, binalah kepercayaan dan elakkan keraguan terhadap diri pasangan anda. Sekiranya tanda-tanda kecurangan dapat dikesan atau was-was, barulah anda cuba melakukan intipan. Apa yang paling penting ialah jangan sesekali bersangka buruk terhadap pasangan.

(4) Cemburu yang melampau - Cemburu sememangnya amat penting dalam hubungan. Ia adalah sebagai tanda anda benar-benar menyayangi pasangan anda. Malangnya, perasaan cemburu yang tidak terkawal akan menjadi punca masalah dalam hubungan. Perasaan cemburu itu haruslah dikawal agar bersesuaian dengan situasi, tempat, keadaan atau sebagainya.

(5) Membandingkan hubungan masa lampau - Pasangan tidak seharusnya melakukan perkara seperti ini dalam hubungan. Jangan membandingkan hubungan sekarang dengan hubungan masa lampau. Ini akan mewujudkan pelbagai pemikiran negatif terhadap pasangan. Masalah ini perlu diberi perhatian untuk mengelakkan timbulnya masalah yang lebih besar pada masa akan datang.

(6) Masalah komunikasi - Ia adalah merupakan masalah yang kritikal kerana ia melibatkan persefahaman dan penilaian terhadap pasangan masing-masing. Ini kerana semua masalah dalam hubungan seperti perasaan cemburu, krtitikan, penipuan atau sebagainya dapat diatasi sekiranya pasangan mampu berkomunikasi dengan baik. Komunikasi yang baik juga dapat membantu kedua-dua pihak untuk meluahkan ketidakpuasan hati terhadap sesuatu perkara.

(7) Mengambil ringan - Apabila sesuatu hubungan telah melalui satu jangka masa yang panjang, kebiasaannya pasangan akan mengambil ringan atau kurang memberi respon (tidak peduli) terhadap pasangan masing-masing. Masalah ini perlulah dielakkan. Bahkan, kedua-dua pasangan seharusnya berusaha untuk menyemarakkan lagi perasaan serta menguatkan ikatan cinta yang terjalin sekian lama agar terus berkekalan. 

(8) Aktiviti harian - Setiap orang pasti mempunyai tanggungjawab masing-masing yang perlu dilakukan, tetapi, jangan sesekali mengabaikan pasangan kerana ia juga merupakan salah satu dari tanggungjawab anda. Walaupun anda sibuk dengan aktiviti harian, carilah masa yang sesuai untuk diluangkan bersama pasangan anda. Masalah dalam hubungan pasti berjaya dielakkan sekiranya anda bijak untuk membahagikan masa.




Sumber Meletops : BLOG TERHEBAT

Berehat Sebentar : Impikan rumahtangga yang BAHAGIA DAN AMAN je :)
 

BERSEDIAKAH kita??

 
Assalammualaikum dan Selamat Hari Jumaat yg Mulia.....

Selamat pagi kepada sume beloggers2x dan jugak pembace2x belog i yg cikodot. :) Terima kasih pada yg sudi follow belog i :)  Thanks a million bunch dear! I will hit u back. Tadi Blog walking jap sane sini. Tp tak tinggalkan jejak kat mane2x. rase tak sempat je. Mcm terkejar2x ape ntah. 

Sok Hari Sabtu, kejap je dah ujung minggu kann?? Skg ni mase berlalu cepat sgt. Nape tak lambat mcm dlu2x? Haaiissshhh.. rase tak sanggup nk hadapi umo tua :) Hehehehehehe. Tp tak sabar nk sambut bulan puasa. Puasa yg ditunggu2x. menambahkan pahala lagi kann?? Sambil tu leh la kita menguruskan badan.. Tak abis2x hal kurus murus ni kan?? Biaselah orang pompuan mmg cenggitu. Sila paham ye kaum lelaki semua.

Sempena Bulan puasa yg bakal kite sambut lagi beberape hari ni, i nk sharing sesuatu yg berguna utk kite semua. Something that really beautiful to learn by our own self. Something that we can gain more knowledge by it. Sempena bulan puasa tahun ni, rase mcm tak best lah kan? Of course sbb puasa dan bersahur pun ala kadar je. Maklum le, idup orang bujang mmg cmnie. T dah kawen baru kelam kabut sikit. Nk bersahur, berbuka lagi kan? Tak leh bayangkan la mase tu nanti, bangun sahur masak ape yg patut. Kejutkan suami. hehehehehe. DAH, cukuplah nk berangan lagi.

Skg i sharing sikit persediaan kite menyambut bulan Ramadhan yang mulia.


Persediaan
Cara
Iman
1. Taubat yang benar (Istighfar, meninggalkan maksiat).
2. Sentiasa berdoa Allahumma Ballighna Ramadhan.
3. Perbanyakkan puasa di bulan Sya’ban (Isnin-Khamis, 15-16-17).
4. Membaca Al-Quran (meletakkan matlamat satu juz sehari misalnya).
5. Mujahadah untuk bangun malam (beberapa kali seminggu).
6. Berzikir setiap masa, Al-Mathurat pagi dan petang (penggunaan tasbih sangat membantu).
Ilmu
1. Membaca/belajar buku Feqah Puasa dengan lengkap beserta kelebihan, rahsia, dan tafsiran ayat Al-Quran yang berkait dengan puasa.
2. Membaca buku-buku penyucian jiwa.
3. Mendengar ceramah-ceramah tentang Ramadhan.
4. Mengulangkaji surah-surah yang telah dihafal, sebagai persediaan solat samada sebagai imam atau makmun di bulan Ramadhan.
Dakwah
1. Bersedia untuk memberi tazkirah/ceramah tentang kelebihan dakwah di bulan Ramadhan.
2. Menghadiri majlis ilmu di masjid-masjid samada sebagai penceramah atau pendengar.
3. Mengingatkan orang lain tentang kepentingan membuat persediaan untuk Ramadhan.
4. Memberi hadiah Ramadhan kepada rakan-rakan dengan tujuan mendekatkan diri dan mereka kepada Allah.
5. Menyediakan risalah/majalah kecil untuk jiran-jiran tentang persediaan menyambut Ramadhan.
Keluarga
1. Membuat persediaan bersama seluruh ahli keluarga untuk menyambut Ramadhan terutama dari aspek iman dan ilmu.
2. Membaca buku berkaitan Ramadhan bersama-sama.
Keazaman
1. Membuka lembaran amalan baru yang jauh lebih baik.
2. Menjadikan hari-hari dalam bulan ini, lebih baik dari hari-hari biasa.
3. Sentiasa memakmurkan rumah Allah, pada setiap solat fardhu dan iktikaf.
4. Membersihkan puasa dari perkara yang merosakkannya seperti mengumpat.
5. Sentiasa berlapang dada.
6. Menghadirkan niat untuk amal soleh di bulan puasa.
Jihad
1. Merealisasikan matlamat ‘Bersungguh-sungguh melawan nafsu’.
2. Menahan diri dari berlebihan dalam perkara harus (makan, pakaian, tidur).
3. Menjaga lidah dari berkata keji, mengumpat, dan mencaci.
4. Menahan syahwat dari perkara yang haram.
5. Membuat semakan amalan di bulan Ramadhan tentang segala yang dibincangkan di atas.





Sumber Meletops : Ramadhan yang Ditunggu 
Berehat Sebentar : Ramadhan sentiasa di rindui :)

 

Thursday, July 28, 2011

What's one food you'll never eat again?

I think, maybe Nasi Beriyani LOL :)

Ask me anything

What's your favorite city?

So far, Singapore

Ask me anything

What's the nicest thing someone's ever done for you?

Buy me a bouquet of flowers and also bring me travel around my country

Ask me anything

What's your favorite genre of music?

Everything :)

Ask me anything

What is the first movie you remember seeing in the theater?

I think Armageddon :)

Ask me anything

What’s a deal-breaker for you in dating?

Silent person :)

Ask me anything

What's your favorite way to stay cool when it's hot outside?

Just chill in ur office

Ask me anything

How many profile photos do you have on your Formspring? Have you taken a profile photo with your computer's webcam yet?

So many, not YET

Ask me anything

formspring.me

Ask me anything http://formspring.me/yutzsnyza

What celebrity do you want to join Formspring?

Shah Indrawan.. LOL i'm crush on HIM

Ask me anything

Doa utk DIA


Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Ya Allah...
Seandainya telah Engkau catatkan...
Dia milikku tercipta buatku...
Satukanlah hatinya dengan hatiku...
Titipkanlah kebahagiaan antara kami...
Agar kemesraan itu abadi...

Ya Allah...
Ya Tuhanku yang Maha Mengasihani...
Seringkanlah kami melayari hidup ini...
Ketepian yang sejahtera dan abadi...
Maka jodohkanlah kami...
Tetapi Ya Allah...

Seandainya telah Engkau takdirkan
Dia bukan milikku...
Bawalah dia jauh daripada pandanganku...
Luputkanlah dia dari ingatanku...
Dan periharalah aku dari kekecewaan...

Ya Allah ya Tuhanku yang Maha Mengerti...
Berikanlah aku kekuatan...
Menolak bayangannya jauh ke dada langit...
Hilang bersama senja yang merah...
Agarku sentiasa tenang...
Walaupun tanpa bersama dengannya...

Ya Allah yang tercinta...
Pasrahkanlah aku dengan takdir-Mu...
Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan
Adalah yang terbaik untukku...
Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui...
Segala yang terbaik buat hamba-Mu ini...

Ya Allah...
Cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku...
Di dunia dan akhirat...
Dengarkanlah rintihan daripada hamba-Mu yang daif ini...
Jangan Engkau biarkan aku sendirian...
Di dunia ini mahupun di akhirat...
Menjuruskan aku ke arah kamaksiatan dan kemungkaran...
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman...
Agar aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup...
Ke jalan yang Engkau redhai...
Dan kurniakanlah kepadaku keturunan yang soleh dan solehah...

Ya Allah...
Berikanlah kami kebahagiaan di dunia dan akhirat...
Dan periharalah kami dari azab api Neraka...
Amin...amin...Ya rabbal 'aalamin.




Sumber Meletops : BLOG cintaku 

Berehat Sebentar : Kepada Tunangku, Mohd Firdaus, Amalkanlah doa diatas seperti saya amalkan selalu :) Love u my lovelies fiancee :)

 

Spontaneous Thursday



Berehat Sebentar : Siapa PEREMPUAN ni?? Inilah PERAMPAS TUNANG ORANG!!!!
Kepada ELIA COMEY (Tunang Khairul Fahmi Che Mat) Tabahkan hati mu dan Kuatkan semangat!

Wednesday, July 27, 2011

BAGUS tak???

Salam dan Selamat Petang, 

Rentetan dari ENTRI PANAS NIE so, i dah buat keputusan nk bagi tips Sebab anda TAK PATUT KEMBALI PADA BEKAS KEKASIH! Ingat tuh.. Jgn dok lemah ati dan lembut je bile BEKAS kekasih dtg merayu meroyan mcm org gilerh! Tips ni sedikit sebanyak dpt membantu lah kann?? Tp selebihnya terpulang pd DIRI sendiri. Nak atau tak je. Yg penting hati dan diri kita. Klau ikot hati, mati lah. Ikut badan binase. Jadi, pikir-pikirkan lah ye kengkawan ku yg tercinta :)


5 Sebab Untuk tidak Kembali bersama Bekas Kekasih anda

1. Si dia curang: Curang lebih daripada sekali adalah suatu penghinaan buat anda. Si dia seorang yang curang dan merahsiakannya daripada anda. Adalah lebih buruk apabila si dia sanggup menipu dan akhirnya rahsia curangnya terdedah. Manusia seperti ini berkemungkinan akan melakukan perkara yang sama jika kembali bersama anda
.
2. Anda Kesunyian: Sunyi kerana sudah menjadi “single” adalah perkara yang akan berlaku kepada anda apabila putus cinta. Namun jika ini alasan anda untuk kembali kepada si dia adalah lebih baik jangan! Beri diri anda sendiri ruang dan masa untuk berfikir dengan lebih rasional. Jika kembali kerana anda kesunyian, sudahkah anda berfikir perkara lain yang selain daripada kesunyian?

3. Tiada lagi “spark” antara anda dan si dia: Mungkin anda telah letih terhadap semua “drama” dan pemainan cinta yang akhirnya memakan diri anda sendiri. Keadaan ini akan menyebabkan anda bosan dan akhirnya tidak menemui apa- apa perasaan terhadap si dia. Jangan paksa anda untuk menyintai si dia kerana ini akan memburukkan keadaan diri anda.

4. Tiada keserasian: Tiada persamaan adalah lebih baik daripada tiada keserasian. Walau apa pun alasan anda dan si dia berpisah sebelum ini jika salah satu daripada alasannya adalah tidak serasi maka, lebih baik jangan sambung semula hubungan jika kali ini anda berdia sekadar berpura- pura anda dan si dia adalah serasi
.
5. Si dia sudah berpunya: Jika si dia telah pun berkahwin ataupun dimiliki insan lain adalah lebih baik anda berundur dan menerukan kehidupan yang baru. Walaupun si dia sanggup menghentikan hubungannya dengan pasangannya ini belum menjamin kebahagiaan anda dan si dia. Jangan jadikan diri anda batu penghalang kepada kebahagiaan orang lain.


Jadi dah dpt kan tips serba sedikit?? Amalkan lah ye kengkawan. Peringatan utk diri sendiri gak!! Jadi sbg seorang blogger, i pun sharing lah ape yg patot for all of us among bloggers. Especially in MALAYSIA :) Yehhuuuu... Adiosss amigos.


Sumber Meletops : Kredit to BELOG TERHANGAT


Berehat Sebentar : Curang???? campak lah orang mcnie JAUH-JAUH, Please!!