Si Sepet Dan Si Manis

Si Sepet Dan Si Manis

Friday, July 29, 2011

MUSNAHNYA RUMAHTANGGA

Salam dan Selamat pagi Jumaat,

Setelah berhari-hari i mengikuti perkembangan berita tentang pergolakkan rumahtangga antara Jimmy Shanley dan jugak isterinye, Suhaila. Sgt menyedihkan bila isterinya masih didalam pantang dan anak perempuan mereka berusia tidak sampai sebulan sudah heboh sane sini mak bapaknye nk bercerai berai.  Ye, i ni pun manusia biase. Tak layak nk menghakimi permasalahan antara mereka.

Tapi, sejak isteri Jimmy membuat kenyataan tentang sebab sebenar kenapa dia tidak mahu berbaik semula dgn Jimmy, amat mengejutkan! Tak sgka yg Jimmy tu panas baran, pernah memukul isterinya sewaktu malam pernikahan dan jugak semasa berbulan madu. Lepas tu, Jimmy ni berperangai pelik, seperti yg pernah diberitahu isterinya, Jimmy ni anti sosial. Lebih suka hidup bersendiri. Tak suka bercampur gaul dgn orang ramai. DAN itu yg menyebabkan isterinye rase amat berduka cita.
I tak salahkan Jimmy mahupun Suhaila tapi dalam hal ni dua-dua pun bersalah. Senang kan?? masing-masing sebagai mnusia biasa, tidak dpt lari dari kesilapan. Mungkin skg ni masing-masing dengan ego sendiri. Tapi kan, sebenarnya, mereka boleh duduk berbincang andai kedua-duanya berhati lembut dan bertolak ansur. Tanpa ada campur tangan dari kedua-dua pihak keluarga. Biar suami isteri berdua je yang berbincang. 


Jadi, kita sama-sama lah berdoa supaya pasangan ini akan dpt mencari jalan terbaik utk masalah yg sedang mereka hadapi skarang ni. Kesian pada anak mereka, Zahrah yang baru lahir. Tidak mengerti apa-apa. Dan yang pasti bayi itu memerlukan kasih sayang kedua orang tuanya.
Disini i nk kongsikan bersama ngan korang sume, tentang Punca Rumah tangga bergolak. Ini hanya 8 punca sahaja. SELEBIHNYA, kesimpulan anda lebih bijak kan ?? Jadikan semua ini sebagai iktibar utk kita hayati.



 8 Punca RUMAHTANGGA bergolak.

(1) Kritikan yang melampau - Pada kebiasaannya, pasangan yang telah menjalinkan hubungan agak lama tidak terlalu peka tentang masalah ini. Mereka lebih memikirkan kepuasan hati apabila mengkritik berbanding memikirkan sensitiviti pasangan.
Tanpa mereka sedari, ia sebenarnya telah menimbulkan masalah dalam hubungan dan sekiranya ia dibiarkan berterusan, mungkin akan membuatkan orang yang sentiasa dikritik merasakan perpisahan adalah jalan terbaik.
Kritikan yang melampau bukanlah satu cara yang membina sebaliknya ia boleh menjatuhkan semangat seseorang.

(2) Penipuan - Jangan sesekali memulakan penipuan dalam hubungan walaupun ia suatu perkara yang kecil kerana ia akan memberi kesan dalam hubungan untuk jangka masa panjang.
Masalah ini perlu dipandang serius untuk mengelakkan pasangan terasa seperti dianiaya. Dikhuatiri penipuan yang telah dilakukan akan mempengaruhi pasangan yang ditipu untuk turut menipu. Adalah lebih teruk sekiranya masalah ini akan terus berlanjutan dan berbalas-balas di antara satu sama lain.

(3) Intipan - Walaupun niat anda mungkin baik untuk mengetahui setiap pergerakkan atau aktiviti pasangan anda, tetapi ia sebenarnya akan membawa masalah besar dalam perhubungan sekiranya tindakan "intipan" diketahui pasangan anda. 
Oleh itu, binalah kepercayaan dan elakkan keraguan terhadap diri pasangan anda. Sekiranya tanda-tanda kecurangan dapat dikesan atau was-was, barulah anda cuba melakukan intipan. Apa yang paling penting ialah jangan sesekali bersangka buruk terhadap pasangan.

(4) Cemburu yang melampau - Cemburu sememangnya amat penting dalam hubungan. Ia adalah sebagai tanda anda benar-benar menyayangi pasangan anda. Malangnya, perasaan cemburu yang tidak terkawal akan menjadi punca masalah dalam hubungan. Perasaan cemburu itu haruslah dikawal agar bersesuaian dengan situasi, tempat, keadaan atau sebagainya.

(5) Membandingkan hubungan masa lampau - Pasangan tidak seharusnya melakukan perkara seperti ini dalam hubungan. Jangan membandingkan hubungan sekarang dengan hubungan masa lampau. Ini akan mewujudkan pelbagai pemikiran negatif terhadap pasangan. Masalah ini perlu diberi perhatian untuk mengelakkan timbulnya masalah yang lebih besar pada masa akan datang.

(6) Masalah komunikasi - Ia adalah merupakan masalah yang kritikal kerana ia melibatkan persefahaman dan penilaian terhadap pasangan masing-masing. Ini kerana semua masalah dalam hubungan seperti perasaan cemburu, krtitikan, penipuan atau sebagainya dapat diatasi sekiranya pasangan mampu berkomunikasi dengan baik. Komunikasi yang baik juga dapat membantu kedua-dua pihak untuk meluahkan ketidakpuasan hati terhadap sesuatu perkara.

(7) Mengambil ringan - Apabila sesuatu hubungan telah melalui satu jangka masa yang panjang, kebiasaannya pasangan akan mengambil ringan atau kurang memberi respon (tidak peduli) terhadap pasangan masing-masing. Masalah ini perlulah dielakkan. Bahkan, kedua-dua pasangan seharusnya berusaha untuk menyemarakkan lagi perasaan serta menguatkan ikatan cinta yang terjalin sekian lama agar terus berkekalan. 

(8) Aktiviti harian - Setiap orang pasti mempunyai tanggungjawab masing-masing yang perlu dilakukan, tetapi, jangan sesekali mengabaikan pasangan kerana ia juga merupakan salah satu dari tanggungjawab anda. Walaupun anda sibuk dengan aktiviti harian, carilah masa yang sesuai untuk diluangkan bersama pasangan anda. Masalah dalam hubungan pasti berjaya dielakkan sekiranya anda bijak untuk membahagikan masa.




Sumber Meletops : BLOG TERHEBAT

Berehat Sebentar : Impikan rumahtangga yang BAHAGIA DAN AMAN je :)
 

2 comments:

Ku Azhar said...

btl2...xbaik mngintip! :D

neeza the gojes said...

Ku Azhar : mengitip tu PATUT if perangai suami tetibe je lain mcm! :)