Ha, dengar mcm entri biase je kan? tapi sebenarnye berjimat nie byk membantu hidup kite lebih lancar. Duit nie mmg adalah satu kepentingan WAJIB dlm hidup kita nie. Xkira brape pun usia kite, kite masih lg memerlukan DUIT. Serius hari nie ramai org diisytiharkan BANKRAP! Tak ke korang sume takot dgr mcmtu? Susah hidup kite nanti. Nama dh blacklist. Hiissshhh, jgn lah mcmtue. Dan jgn sesekali pk nk pinjam dari ALONG. Along kakak atau abg kite tue takper lah lagi, nie nk pinjam ngan ALONG yg tukang kasi byk bunga2x smpai kite xterbayar t, keluarga dan diri sendiri jd mangsa! Mintak dijauhkan lah sume benda nie. Simpang malaikat lah ye. Saya sendiri pon msh lagi terkial2x nk belajar menguruskan kewangan sendiri nie. Walaupun gaji kite besar atau ciput je, pengurusan kewangan nie penting sgt2x. Kite xnk la nanti belum smpai ujung bulan berlapar dan xmakan langsung lak. Sumenye sbb kite dah KEHABISAN duit! Jadi silalah mula dari skang, jgn amalkan berhutang atau meminjam duit dari kawan2x kite ataupun keluarga sendiri. Mungkin kite pinjam dlm kuantiti yg sikit, tp lame2x jd byk! Silap2x ari bulan xterbayar! Sape pening dan susah? Diri sendiri jugak le jawabnye.
Petua Menyimpan Wang Gaji / Pendapatan & Berjimat
Petua ni saya masih ingat dari dulu sampai sekarang sebab saya sendiri praktikkan. Cuba anda praktikkan dan nescaya akan menghasilkan simpanan yang banyak nanti. Lepas je dapat gaji lakukan perkara berikut
Petua Menyimpan Wang Gaji / Pendapatan & Berjimat
Petua ni saya masih ingat dari dulu sampai sekarang sebab saya sendiri praktikkan. Cuba anda praktikkan dan nescaya akan menghasilkan simpanan yang banyak nanti. Lepas je dapat gaji lakukan perkara berikut
- SIMPAN Wang terlebih dahulu. Biasanya saya simpan sekurang-kurangnya 10% daripada pendapatan saya terus masuk ke ASB. Bayar bil diri terlebih dahulu sebelum bayar bil lain. Inilah peraturan pertama yang harus dipatuhi jika mahu menyimpan.
- Simpan untuk perbelanjaan rumah dan diri. Jangan biarkan diri dan keluarga kebuluran. Jadi bajetkan perbelanjaan rumah dan asingkan wang tersebut.
- Bayar bil-bil penting. Contoh bil elektrik, air, astro, kereta, pinjaman dsb.
- Lunaskan hutang-hutang dengan segera. Kalau boleh jangan lagi berhutang.
- Tuliskan senarai barangan rumah / makanan yang mahu dibeli di pasaraya supaya tiada barang yang dibeli tanpa dirancang.
- Kurangkan makan di luar dan banyakkan makan di rumah. Kalau boleh, makan sarapan dan makan malam di rumah.
- Kurangkan penggunaan barangan elektrik yang menggunakan kuasa tinggi seperti air cond, water heater, sterika dan sebagainya.
Lagi tips berjimat cermat dibawah nie :
TIP AMALAN BERJIMAT CERMAT Tip 1: Sediakan bajet kewangan keluarga Ukurlah baju di badan sendiri. Elakkan berbelanja di luar kemampuan. Melalui bajet kewangan, perbelanjaan dapat dikawal. Utamakan yang utama bagi keperluan keluarga. Tip 2: Merancang kewangan untuk masa depan Sediakan payung sebelum hujan. Wujudkan simpanan tetap atau tabungan untuk masa depan atau kecemasan. Boleh juga membuat simpanan dalam skim takaful yang memberikan manfaat perlindungan yang tidak kita dapati dengan simpanan biasa. Bagi mereka yang berminat dengan amanah saham, pilihlah yang terbaik untuk membuat pelaburan. Tip 3: Masak sendiri Kurangkan makan di kedai. Ini lebih jimat, terutama bagi keluarga yang ramai. Air tangan ibu atau isteri akan mengikat kasih sayang antara keluarga serta lebih terjaga kebersihannya. Secara tak langsung keluarga yang sihat akan mengurangkan kos perubatan yang tidak kurang mahalnya. Tip 4: Bawa bekal ke pejabat atau sekolah Jangan malu untuk membawa bekal ke pejabat. Malahan anak-anak juga perlu diajar membawa bekal ke sekolah. Dengan cara ini kita dapat berjimat paling kurang RM3 sehari. Duit yang dijimatkan ini boleh dijadikan simpanan untuk masa hadapan dan kecemasan. Tip 5: Elakkan memandu kenderaan sendiri Walaupun harga minyak telah turun namun amalan berjimat akan sentiasa menguntungkan kita. Gunakan kenderaan awam seperti bas, komuter atau LRT sebagai alternatif. Atau boleh juga berkongsi kereta dengan rakan sepejabat. Tip 6: Jimatkan penggunaan air, elektrik dan gas Keluarga perlu dididik untuk menghargai nikmat ini dan elakkan dari pembaziran. Tutup peralatan elektrik di ruang yang tidak digunakan. Berpada-pada menggunakan pendingin udara, begitu juga air di bilik mandi ketika mandi atau mencuci. Tip 7: Tanam sendiri sayur-sayuran Serai, kunyit, daun pandan dan daun kari mudah untuk ditanam. Bagi yang tidak mempunyai tanah dan ruang masih boleh menanamnya di dalam pasu. Begitu juga sayuran seperti sawi, kangkung, cili malahan pisang juga tidak susah untuk ditanam. Mengamalkan cara ini akan dapat menjimatkan perbelanjaan keluarga dari perlu membeli sayur-sayuran yang telah ditanam seterusnya dapat mengisi masa lapang bersama keluarga. Tip 8: Elakkan membawa anak-anak ketika membeli belah Ini satu langkah yang baik, kerana kehadiran anak-anak biasanya mendorong kita membeli barang-barang yang tidak sepatutnya dibeli. Seelok-eloknya senaraikan barang-barang yang ingin dibeli terlebih dahulu sebelum keluar membeli belah. Cara ini dapat menjimatkan masa dan juga menggelakkan tabiat boros berbelanja. Tip 9: Beli secara pukal Ini jauh lebih murah berbanding jika kita membeli secara sedikit demi sedikit. Begitu juga dengan saiznya. Beli barang-barang sama ada untuk stok seminggu atau sebulan. Ini akan menjimatkan wang dan masa. Tip 10: Lakukan perbandingan harga dahulu Amalan ini adalah penting kerana kadang kala terdapat perbezaan harga di antara kedai, lain tempat lain harga walaupun barang yang dijual adalah sama dari segi jenis dan kualitinya. Amalan ini membantu juga untuk berjimat. Tip 11: Kurangkan pembelian barangan berjenama Dalam situasi ekonomi yang merosot kini, kita tidak perlu terlalu berkira tentang jenama barangan yang ingin dibeli. Jika barangan tersebut mempunyai kualiti yang baik setanding dengan barangan berjenama, kita sebagai pengguna harus bijak memilihnya. Diharapkan agar panduan di atas dapat memberikan sedikit sebanyak informasi berguna kepada kita sebagai pengguna dalam menghadapi situasi ekonomi yang tidak menentu kini seterusnya menjadikan kita sebagai pengguna yang bijak. Hmm, cemane? ok kan tips2x diatas nie. So, korang sume boleh lah mulekan ye berjimat cermat dari skg nie. Jgn asyik membazir je. (ingatan tok aku jugak) HEHEHEHEHEHE. Dan kalau sesape yg ader lagi idea2x dn tips2x cemane nak jimatkan duit dan cara2x pengurusan kewangan yg lebih baik, SILALAH kongsi sekali disini ye. Bye.... |
No comments:
Post a Comment