Si Sepet Dan Si Manis

Si Sepet Dan Si Manis

Friday, June 17, 2011

Salad



Tetiba datang pulak mood nk cari resepi Salad kentang nie.
SBB? Saya nie suke ngan kentang.
Lebih2x lagi klau dibuat Salad.
Sangat sedap dinikmati jika salad tu dah disimpan dlm Peti sejuk
Sedapnye tak terkata!
Mengalahkan yg lain.
Jadi, dgn hasil olahan sedikit dari saya dn jugak 
Diambil daripada Rancangan Rasa-rasa dari Anis Nabilah.
Cume Anis nabilah menggunakan daging hancur.
Tapi saya menggantikan dengan telur rebus.
Itu kelainan sikit yg saya dah olah.
Jom semak kejap :


RESEPI SALAD KENTANG 

Bahan-bahan

A

Kentang 6 biji
Mayonis Coleslaw 1 senduk
Garam 1 camca kecil

B

Telur Ayam (direbus) 6 biji
Bawang Putih 15 ulas
Daun Sup 2/3 batang (terpulang citarasa anda)
Mayonis Asli 1 senduk
Lada Sulah 5 sudu besar

Bahan A:

  • Mula-mula, kentang perlu dikupas & dipotong dadu. Potongan perlulah bersaiz sederhana, tak terlalu besar atau terlalu kecil. Jadi mudahlah untuk dinikmati. Wah!
  • Selesai langkah pertama, kentang tadi boleh mula direbus. Tambahkan satu camca kecil garam ke dalam air rebusan untuk menambahkan rasa pada kentang.
  • Sesudah kentang lembut, toskan. Letakkan di dalam mangkuk besar dan gaulkan bersama 1 senduk besar mayonis coleslaw. Gaulkan hingga rata dan sejukkan di dalam peti sejuk selama 15 minit.

Bahan B:

  • Untuk bahan B pula, mula-mula basuh telur ayam dan rebus hingga masak. Sementara itu, kupas bawang putih dan potong halus bersama-sama dengan daun sup.
  • Sesudah masak, masukkan telur-telur tadi dalam air sejuk supaya mudah dikupas.
  • Kupas telur rebus. Belah dua dan keluarkan kuning telur. Masukkan kuning telur dalam mangkuk yang sederhana besar. Sementara itu, racikkan putih telur tadi menjadi hirisan halus.
  • Lecekkan telur kuning tadi bersama-sama 1 senduk besar mayonis asli dan 5 sudu besar lada sulah. Lecekkan sehingga sebati.
  • Masukkan di dalam peti sejuk selama 15 minit.

Selepas itu:

  • Letakkan kedua-dua campuran bahan A & B di dalam mangkuk yang paling besar. Ini bakal memudahkan kerja penggaulan (wah!).
  • Gaulkan kedua-dua bahan dengan hirisan putih telur rebus, bawang putih dan daun sup. Boleh juga ditambah mayonis coleslaw, mayonis asli dan lada sulah mengikut citarasa.






p/s: Sesekali menambah LEMAK ape salahnya :)

2 comments:

Mama Gee said...

wahhh...so creamy and yummy...dan simpleje nk buatnyaa...leh lah buat nnti

neeza the gojes said...

Mama Gee: Ye, so creamy dan yummy. Cubelah ye :)