Si Sepet Dan Si Manis

Si Sepet Dan Si Manis

Thursday, May 5, 2011

Harga Minyak naik lagi? Petrol RON97


Ape? Harga minyak naik lagi? Giler lah mcm nie. Kalau org kaya2x tue xper lah, duit diaorang berkepuk2x dan tebal. Tapi, mcm golongan sederhana dn xberape kaya mcm kite nie? ape kes? Minyak asyik naik jer dlm tahun nie dah 3 or 4 kali aku dgr dah.  Walaupun hnya petrol RON 97 je yg naik, xmustahil nanti, RON 95 lak naik mencanak! haaiiiissshhhh, geram tol. WTFish lah diaorang nie. Ape ke x pk tntg keadaan ekonomi skg yg xstabil. Gaji pekerja xnaik2x, belanja makin naik.  Sume brg2x makin mahal. Abis lah cmnie. Nmpk gayanye, keje part time pown tetap xcukup2x gak duit. huurrmmm, tssskkk.  SEDIHnye :( Petronas tue ape salahnye subsidi je kat sume rakyat malaysia terutamanye kaum BUMIPUTERA dan RAKYAT MALAYSIA SAHAJA! Bukan rugi besar pon.  Aperlah.... Sakit hati tol dibuatnye.  Brg2x naik pasnie, nie nk bulan puase mule lah sume barang2x lg naik harga mendadak! sumenye jd mahal belaka. Raye t ala kadar je lah ek.. So, mulakan aktiviti kite utk berjimat cermat. Beli hanya ikot KEPERLUAN bukan KEHENDAK ye.  Ingat, ukur baju dibadan sendiri. Yg dah byk hutang keliling pinggang tue, jgn tmbahkan hutang lg lak ek? t botak kepala. Jgn sesekali pinjam ngan ALONG tue. Mmg xmendtgkan faedah lgsung! kena bunuh lg ader la. Bg aku, sepatutnye, PETRONAS adalah milik kite, rakyat Malaysia.  Jgn lah jual kat luar negara.  Mmg pk kan untung tue mmg ade, tp TLGLAH pk, subsidi la kat rakyat jelata.  Utk menyenangkan kite sume.  X yah la kite dok terhegeh2x nk gune petrol luar tue :P hurrmmm, issshhh, geramnnyeeee... emosi lebih lak aku pepagi nie kan? biase lah, nk suarakan pndpt sndiri. mcm nielah gaye nye. hehehehehe. Apepun, korang leh bce artikel lebih lnjut kat bwh tu ye: 
Tepat seperti apa yang kami jangkakan dalam artikel minggu lepas, harga minyak naiklagi sebanyak RM 0.20 untuk menjadikannya RM 2.70 bagi Petrol RON 97.Untuk Petrol Ron 95, harga masih lagi tidak berubah. Berikut di bawah adalah kenyataan mengenai kenaikan harga minyak semalam.
KUALA LUMPUR, 1 April – Harga petrol RON97 akan mengalami kenaikan 20 sen seliter mulai tengah malam ini, demikian menurut sumber-sumber industri hari ini.
Dengan kenaikan itu, bahan api RON97 akan dijual RM2.70 seliter – kadar peningkatan paling tinggi tahun ini.
“Baru petang ini kami menerima notis pengesahan (daripada kerajaan) mengenai kenaikan, 20 sen seliter kali ini,”
Ini kenaikan kali ketiga tahun ini. Ia mengalami kenaikan 10 sen seliter berkuat kuasa 31 Januari lalu.
Baru 4 bulan, dah 3 kali kenaikan harga petrol bagi RON 97 ini.Kami nak tanya sikit pada kerajaan, atas alasan apa kenaikan ini berlaku? Berkemungkinan jawapan mereka adalah kerana pergolakandi timur tengah yang menjadikan harga minyak melampaui $100 setong, dan kerajaan tidak lagi mampu untuk memberi subsidi bagi petrol kepada rakyat.
Tapi, kami ingin anda fikirkan bersama-sama kami. Minyak yang digali di negara kita, adalah minyak yang terbaik dalam grednya, dan oleh itu ianya dijual di luar negara.Dalam masa yang sama, sebenarnya Petronas juga mendapat laba keuntungan yang besar daripada kenaikan harga minyak dipasaran dunia. Tidak logik sekiranya kerajaan membohongi rakyat berkenaan isu minyak ini.
Minyak kita dijual pada harga yang tinggi, kemudian kita pula beli minyak gred rendah untuk kegunaan rakyat.Kalau diikutkan sifir dan logik, tiada apa sebenarnya yang perlu kerajaan subsidikan.Ianya tidak bermaksud kenaikan harga minyak akan membuatkan kerajaan terpaksa menambah wang untuk membeli minyak gred rendah tersebut.Ini kerana, minyak yang kita jual juga mendapat pulangan yang lebih tinggi.
Menurut Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Ismail Sabri Yaakob,tahun lalu sahaja jumlah subsidi yang ditanggung oleh kerajaan untuk petrol dan diesel sahaja mencecah RM7.61 bilion.Untuk tahun ini katanya, jumlah itu dianggarkan mencecah RM10 bilion dan mungkin akan naik kepada RM14 bilion seandainya kerajaan pertahankan harga RON95 pada paras sekarang untuk tempoh sepanjang tahun.
Apa salahnya bagi subsidi minyak kepada rakyat sebanyak RM 10 Bilion, kalau boleh bagi subsidi kepada IPP sebanyak RM 15.1 bilion.RM 10 bilion untuk 10 juta rakyat Malaysia yang berkenderaan daripada RM 15.1 bilion hanya untuk 7 “kroni”, mana yang lebih baik? Inikah bentuk “Rakyat diDahulukan, Pencapaian Diutamakan”?Akan kami sentuh mengenai isu IPP ini dalam artikel akan datang.
Adakah kenaikan ini selaras dengan pilihanraya Negeri Sarawak yang akan diadakan tidak lama lagi? Terpulang kepada anda untuk menilaikannya. Sekarang heboh sangat cerita pasal video seks anwar.Jadi kenaikan ini semestinya tidak disedari akibat daripada populariti video tersebut.Kalau tengok berita media kerajaan nanti, pastinya cerita mengenai “Ketua Polis sahkan video seks Anwar tulen” akan dilebih-lebihkan daripada berita mengenai kenaikan harga minyak ini.
Kerajaan perlu fikir rakyat sama.Bukan sewenang-wenangnya menaikkan harga minyak atas alasan yang kurang konkrit.Sebab itu kami selalu tegaskan bahawa kerajaan perlu memberitahu rakyat mengenai mekanisma yang digunakan dalam menaikkan harga minyak ini.Bukan beri alasan macam-macam.Rakyat Malaysia sudah semakin maju, tapi kerajaannya masih lagi berifkiran “Dunia Kelas ketiga”.
Terima kasih bebyk kat beritasemasa.com. Sila klik SINI utk lebih info ye.
Kredit artikel nie beritasemasa.com

No comments: