Hai peeps,
Saya dah BW tadi.
Tetibe pk lak idea nk wat entri nie.
Seronok lah kan.
Dapat gak idea nk bagi hadiah ape la kan utk orang2x yg bakal nk berkawen ni?
Nak pulak kawen time tgk kite gaji,
Fuhh, mmg kite lagi jadik bermurah hati lah kan.
Cube lak dia wat kenduri kawen time kite ngah pokai,
Busuk2x pun kite hulurlah sampul kan?
Hadiah tak dpt beli, bagi duit je lah.
Tu pun dah kira ade buah tangan dari dtg bawak perut je.
Muke tembok lak t orang ckp.
Tak kan lah kite tak nk dtg if best frenz kite yg kawen mase tu pulak la kite ngah pokai.
Jadi, bagi je la sampul yg BERISI duit tuh.
Suke mak bapak dia menyambut t :)
Ngeeee..
Kadang2x mmg pening gak bile pk tibe bab nk bagi Hadiah kat pengantin ni.
Bukan pe, klau leh, kite nk la hebat dan lain dari yg lain.
Tp kan.. kite kena lah tgk pada poket kite mase tuh.
Agak2x lah kan?
Takpe, kali ni korang jgn pening jgn mengeluh.
Pagi ni ade saya bagi beberape idea contoh hadiah yg korang ley bagi kat Pengantin nanti.
So, semak lah ye.
Selamat membace :)
Antara hadiah-hadiah berikut adalah :
1. Lesung batu.
Lagi bagus kalau siap ada cili, bawang dan belacan sekali.
(Penting untuk tumbuk sambal belacan nanti. Baru lepas kawen, banyak pakai duit, tak mampu beli lauk, makan sambal belacan lah tiap hari.)
2. Sudu dan garfu.
Kalau beli satu set siap dengan sudu kecik dan pisau makan tuh, mahal sikit la. Beli jer yang ada jual dalam peket-peket tuh dalam 2-3 peket. Lepas tuh, ikat dengan reben besar ikut warna yang disukai. Kreatif dan ada kelas gitu.
3. Pisau dapur.
Satu set pisau siap dengan holder paling murah boleh dapat dalam harga RM 19.90. Nak bagi siap dengan papan pemotong tuh pun lagi bagus.
(Pisau sangat penting. Mana la tau, nak jadikan ikan siakap masak 3 rasa sebagai 'air tangan' pertama untuk perut suami.)
4. Pemutar skru.
Atau lebih dikenali sebagai screwdriver. Nak bagi sebatang, segan la. Macam kedekut haji bakhil pulak. Ada satu set kat Ikea, harganya RM 15.90 sahaja.
(Nak buat apa? Penting wooo. Beli kipas angin berdiri kat Tesco, perlu ada screwdriver nak pasang sendiri.)
5. Set pinggan mangkuk.
Alternatif untuk cawan dan gelas aneka corak 6 biji. Tak payah beli satu set pun takpe. Beli jer pinggan atau mangkuk melamine corak yang berkenan di hati dalam 3-4 biji. Pastuh, bungkus sendiri dalam kotak biskut ke apa. Jimat dan praktikal.
(Walaupun harga untuk microwave and dishwasher safe set agak mahal, dalam RM 50 dan ke atas, tapi sangat berbaloi untuk pengantin yang baru nak memulakan hidup berkeluarga.)
6. Voucher.
Ada macam-macam pilihan voucher membeli-belah yang boleh dijadikan sebagai hadiah perkahwinan. Contohnya, voucher Ikea yang boleh dibeli dalam pelbagai harga berpatutan.
(Kita bagi pengantin buat pilihan hadiah sendiri. Bukan ke lagi bermakna tuh?)
7. Cadar.
Nak bagi satu set siap comforter pun okay. Itupun kalau ada bajet lebih dan nak hadiah nampak macam gah dan menonjol di antara yang lain-lain.
(Takkan laa selamanya pengantin nak pakai cadar satin berenda-renda corak awan larat bagai tuh tiap hari, kan? 100% cotton bedsheet is the best!)
8. Kuali.
Tak pun periuk jenama kuda belang tuh pun ok. Tak lebih RM 50 pun. Kalau jenis yang non-stick, mahal sikit. Tapi, kalau nak hadiahkan untuk saudara-mara atau kawan baik, apa salah nya belanja lebih sikit, kan..
(Sekurang-kurang nya, dapat jugak pengantin goreng telur mata kerbau pakai kuali tuh nanti. Mana tau kot-kot dah habis idea tak tau nak masak apa untuk laki dia.)
9. Sexy lingerie / night dress.
Sesuai untuk dihadiahkan kepada kawan atau saudara yang sangat rapat dengan kita. Yang dah biasa makan megi, tidur sebantal, joget lambak, lepak mamak, layan ngumpat, tampal poster Brad Pitt dan kongsi rahsia bersama. Maka, ia tidak akan menimbulkan sebarang salah faham dan sebagainya. Malahan, akan mengundang gelak tawa dan rasa terharu yang tak terhingga.
(Satin night dress jenama Scarlet kat Jusco masa sale hujung tahun nih hanya RM 29.90. Cepat! Sementara stok masih ada.)
10. Duit.
Tak kisah laa pengantin ke tak. Siapa yang tak suka dapat duit, kan?
Walau apa pun hadiah yang jadi pilihan kita untuk pengantin.
Tak kira murah atau mahal.
Percayalah. Hadiah yang paling bermakna untuk pengantin adalah kesudian kita untuk turut sama hadir, memeriahkan suasana, mendoakan kebahagiaan dan meraikan satu hari paling bersejarah yang mungkin berlaku hanya sekali dalam seumur hidup mereka. Ia sangat-sangat dihargai dan akan dikenang sepanjang hayat.
Tak kira murah atau mahal.
Percayalah. Hadiah yang paling bermakna untuk pengantin adalah kesudian kita untuk turut sama hadir, memeriahkan suasana, mendoakan kebahagiaan dan meraikan satu hari paling bersejarah yang mungkin berlaku hanya sekali dalam seumur hidup mereka. Ia sangat-sangat dihargai dan akan dikenang sepanjang hayat.
3 comments:
semua phat dpt mase kawen tahun lepas..hehe
pampers n botol susu!
Phat: Hahahaha, yeker ? Lucky u.
Lelaki Ini: Yes, itu pun boley di ambil kire :)
Post a Comment