Si Sepet Dan Si Manis

Si Sepet Dan Si Manis

Wednesday, June 1, 2011

Tips solekan ringkas

Selamat petang sume bloggers2x yg gojes dan cantik nie. Saya tengah teruja dan sibok nk cari tutorial cara2x nk mekap. Mekap yg ringkas dan jgak semulajadi. Taknak over mcm opera cine. Nanti sume orang tgk semacam je kan? Lg pun bukan cantik pun kalau mekap tebal2x sgt! Saya lebih suke ringkas dn cepat. Tak lah memakan mase lame sangat nk bersiap :) Anda pulak bagaimane? Ade tips solekan yg leh sharing tak? Kongsilah dengan saya disni. :) Saya suke sharing. Okeh la, kite tgk tips2x solekan dibawah dan jugak video sekali pon ader khas istimewa buat bloggers2x yg cantik dan gojes tue. Bye. Wassalam.

Tips Solekan

Jika anda inginkan tips solekan ringkas dan santai, berikut adalah beberapa tips dari pakar solekan untuk membantu anda.

1. Sebelum wajah anda dirias, pastikan ia dibersihkan terlebih dahulu. Gunakan pelempab atau moisturiser yang mengandungi pelindung matahari untuk memelihara kulit anda.





2. Kemudian sapukan foundation atau bedak asas mengikut warna kulit, keseluruh wajah anda.








3. Setelah rata, sapukan bedak debu atau loose powder. Sapukan dangan lembut dan rata .







4. Bagi membolehkan sapuan nampak lebih kemas dan rata, sapukan wajah anda dengan bedak dwi cara.






5. Untuk solekan mata pula, gunakan pembayang mata warna ungu serta kelabu. Anda juga boleh mengunakan warna-warna gelap di bahagian mata untuk menyerlahkan mata anda. Gunakan pensel mata untuk membentuk bahagian mata diikuti dengan maskara.


















6. Kemudian sapukan pemerah pipi dengan berus lembut. Gunakan warna yang lembut agar nampak lebih semulajadi.









7. Untuk bibir, sapukan lipstik berwarna merah jambu atau lebih lembut untuk menampakkan bibir anda lebih natural. Elakkan mengunakan lipstik dengan warna terang kerana ia membuatkan wajah anda lebih nampak matang dan garang.






8. Akhir sekali sapukan pengilat bibir dengan warna senada dengan lipstik.







Sila layan klip video dibawah mengenai Tutorial Solekan yg semulajadi.








Best kan bile dpt belajar mekap muke sendiri. Yg penting ringkas dan jugak semulajadi.


p/s: pasnie saya nk beli bedak debu, pemerah pipi dan set berus mekap.

2 comments:

Unknown said...

ringkas ni ambik bapa lama ni??haha

neeza the gojes said...

Kalau dah agak2x pro dan rase nak solekan yg simple amek dlm 10 ke 15minit je. Tapi kalau nk kasi gempak dan cantik lagi, dlm setengah or sejam kot? tp, neeza nie tak lah amek mase lame sangat nk bermekap, 15 atau 20minit je kot. itupun klau dtg rajin :)