Si Sepet Dan Si Manis

Si Sepet Dan Si Manis

Tuesday, June 7, 2011

Kurus cepat

Salam dan selamat pagi selasa kepada sume bloggers2x yg cantik dan dirindui selalu. Jugak tidak lupa kepada pembaca2x blog saya yg tak seberape nie.  Saya dah blogwalking pepagi nie, hmmm, sangat suke tgk blog Fatin Liyana, Hanis Zalikha, Cik Epal, Ben Ashaari, Belog MTT, Yuyu Zulaika dan byk lagi blog2x yg menarik. Tak lupe gak saya blogwalking kat blog2x B2B tue. Mencari info persiapan perkahwinan. Sangat mengujakan! Hehehehe, sekembalinye saya hari nie, tetibe rakan sekerja saya menegur, anda kelihatan kurus! hah? biar betol nie? Agak terperanjat la dengar ayat dia tu. Maklumle hati ku berkata : baru je hari sabtu saya makan 4 kali sehari! Heheheehehe. rase agak byk jugak la saya menambah lemak di badan nie. Tp entah kenapa dia bilang pada saya, saya dah kurus. Saya melihat di cermin, arrgggghhhh, same je saya tgk. Tak de ape pun perubahan, walaupun saya BERHARAP sangat2x nk kurus dan KURUS! Sila ketawakan saya ye :) Kurus ataupun tidak, yg penting mmg saya nk KURUS. Klau boleh nk kurus smpai 45kg! Agak2x lambat lagi kot baru leh dpt berat badan ideal tu? Hehehehehehe. Kira dpt berat 50kg pun dh memadai bersyukur sangat2x. SBB? Saya nie dah terlebih berat badan dari yg sepatutnye. Sngat tak padan dengan ketinggian yg hnye mencecah 150cm sahaja. Huhuhu. Jadi, dengan itu misi memecahkan lemak tetap berjalan walaupun sambil tu saya menambah lemak! Anda paham kan maksud saya? ye, skang nie tiada makan mlm di hari biase. Maksud saya hari Isnin hingga Jumaat. Sabtu dan Ahad adalah waktu utk saya menambah lemak. Tp, bukan dengan cara melampau2x smpai tak ingat dunia. Itu dah mengikot amalan syaitan nirrojim tau kawan2x. Maksud saya disini, berpada2x lah anda nk mkn ape pun. Dlm kuantiti yg sepatutnye dan SEDIKIT. Klau anda tnye saya skrang, baru 6hari saya minum JAMU. Jamu air kunyit campur dengan asam jawa. Nk paling mujarab sekali, buatlah sendiri. Air asam jawa dicampurkan dengan kunyit idup. Dan cmpurkan sedikit madu dan limau nipis bagi menambahkan rase. Sedap gak tau. Amalkan meminumnye dua kali sehari klau nk cepat kurus. Saya minum sekali sehari je. Klau nk lebih afdal, daun sireh direbus dan airnye dicampur sekali dgn kunyit idup dan asam jawa tadi. Jadi, anda akn dpt membuang lemak anda melalui pembuangan air besar :) dari situ, lemak anda akn keluar bersama2x dngn ape yg anda makan :) Sukekan? Jadi jimat duit sikit ye. Tak lupe jugak bersenam. Saya MALAS nk bersenam. Jadi saya berjalan kaki sepanjang pagi dan lewat petang. Saya letakkan atau parking kereta saya jauh sikit dari rumah. Smpai ofis saya naik TANGGA. Ye, ofis saya terletak ditingkat lima! Bile saya balik rumah , saya parking kan kereta saya agak jauh dari rumah.  Berjalan la saya dari tempat parking ke rumah. Klau ke shopping komplek, saya akan memarkingkan kereta pon agak jauh dari pintu masuk :) Itu je saya bersenam kalau anda sume nk tahu.  Tp, masih lagi tak dpt menandingi diet PUASA. Ye, dibulan puase amat mudah sekali berat badan turun. LEBIH2x lagi klau kite tak sentuh nasi langsung. Ce try Ce try :) Jadi, dibawah ini jugak saya sertakan sedikit tips2x utk korang2x yg nak sangat KURUS tue :)



1. Kurangkan makan nasi & makanan berlemak. Cuba amalkan makan roti yang ada bijirin bagi menggantikan nasi.
2. Buat exercise keluarkan peluh sekurang2nya 30 minit setiap hari. Paling baik ialah ‘jogging’ atau berenang.

Tapi apabila saya beritahu tips ini, semua mengamuk. Mereka kata, kalau tips tu, kalau tak tanya saya pun diorang dah memang sedia maklum.

Saya jawab balik. Memang itulah tips asas yang perlu korang amalkan. Kalau itu korang takleh nak buat, macammana nak kurus. Cakap banyak tak guna. Ada banyak ilmu dan tahu banyak tips pun tak guna kalau kita tak amal. Korang cari la banyak mana tips sekalipun, tapi kalau korang tak praktikkan atau amalkan apa yang disarankan, jangan harap dapat hasil. Itu nasihat saya pada diorang.

Apa-apa pun, bagi memenuhi permintaan mereka yang selalu bertanya tentang petua atau tips nak kuruskan badan tu. Saya sarankan untuk amalkan tips diet kuruskan badan seperti dibawah ini.

* Amalkan Makan Malam Sebelum Jam Tujuh Malam. Elakkan Mengambil Makanan Yang Berat Kerana Kadar Metabolisme Yang Rendah Pada Waktu Malam Akan Menyebabkan Makanan Disimpan Sebagai Lemak.

* Jangan Mudah Terpedaya Iklan-iklan Merampingkan Badan Atau Produk-produk Pil Kurus. Kebanyakkannya Indah Khabar Dari Rupa. Duit Habis, Badan Tetap Juga Naik.

* Dapatkan Nasihat Doktor Sebelum Membuat Keputusan Membeli Produk Diet Yang Banyak Terdapat Di Pasaran Dan Farmasi. Pandangan Doktor Adalah Lebih Selamat.

* Turun 1 Kg Sebulan Secara Tetap Adalah Lebih Baik Daripada Turun Berat Badan Secara Drastik Dan Mendadak. Ini Boleh Mengganggu Kesihatan Dan Kemungkinan Berat Badan Anda Akan Naik Secara Mendadak Pula.

* Rajinkan Diri Melakukan Senaman Seperti Sit-up. Jika Mampu, Berkunjunglah Ke Jim Berdekatan. Senaman Membentuk Otot Yang Sihat Dapat Membakar Lemak.

* Positifkan Diri. Buatlah Target Badan Yang Realistik Dan Perancangan Yang Sesuai. Jangan Memaksa Diri Mencapai Perkara Yang Tidak Logik Dalam Masa Yang Singkat.

* Jangan Asyik Menimbang Berat Badan. Anda Akan Kecewa Jika Masih Tiada Perubahan. Cara Paling Fleksibel Ialah Menimbang Berat Badan Tidak Lebih Sekali Dalam Seminggu.

* Beri Penghargaan Untuk Diri Sendiri. Beri Ganjaran Pada Diri Sendiri Jika Matlamat Tercapai. Contohnya, Makan Satu Bar Coklat Yang Sedap. Jangan Risau…

Sesekali Tidak Mengapa. Sekian, selamat mempraktikkannya…












Dah bace tips2x diatas :) Silalah mulekan DIET anda tue. Klau dah jadi kurus, TOLONG Sharing ngan saya di blog ini ye :) Good Luck!


p/s: Mari kite kurus beramai2x




No comments: