Si Sepet Dan Si Manis

Si Sepet Dan Si Manis

Monday, June 20, 2011

Tips menabung UNTUNG BANYAK


Eh cakap pasal duit ni bersemangat la pulak. Jom saya share dengan korang cara nak menabung. memang senang cakap tapi semangat nak menabung tu yang susah tu. Apa-apa pun, tips ni berdasarkan pengalaman SAYA la kan.

Ada orang kata susah nak menabung sebab tak banyak duit. Memang la tak banyak duit. Menabung ni bukan simpan sekali tu beratus-ratus. Pernah dengar sikit-sikit lama-lama jadi Everest? A'ah ini la caranya yang saya nak terangkan:
  • Penting dan wajib ni, korang mesti ada akaun Amanah Saham. Yang saya syorkan ASB a. Akaun ASB ni memang bonus dia maintain setiap tahun. dan tiap-tiap hujung tahun korang dapat bonus tu dalam 10%. kengkadang kalau ekonomi baik boleh dapat lebih lagi.
  • Yang kedua, korang buat tabung yang kecik. Sebab pe kecik? Sebab senang nak penuh. baru korang bersemangat nak menabung. Kalu malas sangat nak cari tabung kecik, korang beli je oren sunkist yang botol kecik tu cam bawah ni. bila dah penuh beli arr lagi. takpun gi simpan je dalam akaun ASB dan menabung lagi.
  • Bila berbelanja, korang dapat baki duit syiling kan. hah duit syiling tu korang simpan je dalam poket. jangan guna untuk bayar apa-apa. balik je rumah terus masuk tabung. Contohnya korang beli suratkhabar RM1.50. korang bayar RM2. Pastu baki RM0.50 tu masuk tabung. Senang je kan.
  • Pastu korang boleh jimatkan bil air, api dan telefon. Tak susah pun. Korang yang ada handphone tu lebih baik SMS dari call. Kan jimat. tapi kalu urgent tu tak perlu a SMS. tengok tempat dan masa la.
  • Tahukah korang kalu korang beli air bungkus kat kedai makan, korang dapat lagi banyak kuantiti air tu dari segelas air kat kedai makan tu. Kajian saya menunjukkan air bungkus tu boleh dapat lebih kurang dua gelas. Jadi, tapau-tapau la lepas ni.
  • Sebelum korang nak berbelanja, tak kira la nak shoping atau makan, survey dulu tempat yang betul-betul murah. Jangan main serbu je. Kang kopak poket nak bayar. Lagi sakit hati, kalau ada tempat yang lebih murah lepas beli tu.
  • Kalau korang nak jalan jauh atau gi shoping ke, bawak bekal makanan ringan atau air dari umah. takde la nafsu shopping tu meningkat seiring dengan nafsu makan tu.
  • Kalau ada keta tu, mesti ada motor. Kalau mampu beli kereta takkan tak mampu nak beli LC135 ke? Harga RM6000 je. Takde a low standard sangat kalau segan naik motor. Kalau takde motor pun, paling koman ada basikal jadi a. Tujuannya, kalau nak gi tempat yang dekat tu tak perlu guna kereta. Jimat minyak sikit guna motor. Kalau guna basikal lagi jimat. Apa-apa pun, guna helmet canggih skit. Safety first. Tak perlu a berjimat sampai keselematan pun diabaikan.
  • Rumah korang ada nyamuk tak? kalau ada korang guna pe? Ubat nyamuk elektrik atau coil? Sekarang, lupakan semua tu. Tiap-tiap bulan nak beli ubat tu semua kopak la poket. Gantikan semua tu denganKelambu. Lagi jimat kan.

Walaupun mungkin ade segelintir fakta diatas ini yg buat anda rase mcm kelakar atau pun malas nk buat, Tp, dgn permulaan sedikit demi sedikit, InsyaAllah, akan berjaya.
Belom cube belom tahu. Marilah kite bersama2x belajar menabung sebaik mungkin.



p/s: Belajar lah menyediakan duit simpanan supaya ada duit kecemasan


2 comments:

diana said...

ASB bukan haram ke??

neeza said...

diana: tak tahu lah saya halal ke haran. TAK PERNAH MASOK DLM SURATKHABAR seingat saya dah beso pnjang nie :)