Si Sepet Dan Si Manis

Si Sepet Dan Si Manis

Monday, June 20, 2011

Lelaki HEBAT

Selalunye bile entri saya ade cakap tentang WANITA, 
MAKA wajiblah saya bercakap tentang LELAKI pulak.
Jadi, utk tak menghampakan kaum adam nie, saya pon meletakkan ciri-ciri lelaki idaman 
pada pandangan mata saya sendiri.
Mungkin anda jugak mempunyai pendapat anda sendiri.
Anda boleh saje kongsikan bersama saya disini.
Disini, anda TERBUKE utk meluahkan pendapat dn pandangan anda sendiri.
Cume, syaratnye, jagalah MULUT dan jgn maki hamun ataupun menyakiti hati orang lain.
TERMASOK Tuan punya blog nie sendiri.
Maka, saya sepanjang menulis blog ini, tidak pernah pula saya memaki hamun sesape.
Jika hati saya berasa panas dan bengang, saya cume luahkan saje ape yg saya rase.
Bukan nak melibatkan sesiapa.
Harap anda faham.
Jadi, serba sedikit disini ingin saya berkongsi dengan anda sume berkenaan padangan saya
tentang lelaki yang menjadi idaman wanita.
Ciri-ciri tersebut adalah:



1.       Yang menjaga imannya. Yang sentiasa menunaikan solat pada waktunya dan patuh segala suruhan-Nya. Yang mementingkan agama berbanding yang lain.

2.       Yang menghormati wanita dan orang lain. Amat tinggi budi bahasa ini! Nak 1 boleh? Haha. 

3.       Yang sentiasa mengambil berat. Namun, bukanlah seorang yang terlalu ‘busy body’. Sepanjang masa asyik-asyik sms dan siasat apa yang dilakukan oleh sang wanita hampir sepanjang masa. Nanti perempuan naik rimas pulak. Entah-entah dia kat tandas ke ape ke, tu pun nak sibuk? Haish, susah ni. 

4.       Yang menjaga dan melindungi dan penyayang. Wanita inginkan lelaki yang mampu menjaga keluarganya, dirinya,  dan hatinya. Sememangnya wanita takutkan ancaman dan bahaya. Dan semestinya lula takutkan keseraman, maka perlukan lelaki yang berani lawan jembalang semua haha. 

5.       Yang mesra dan tidak terlalu serius. Kebanyakan wanita sukakan lelaki yang mempunyai sifat-sifat humor. Mereka mampu menjadi penawar di kala duka dan bila bersama pun taklah boring. Ada je yang nak di cakapkan. Biarpun kadang kala perkara yang dibualkan tu, mengarut. Ehhe. :D 

6.       Yang berterus terang. Berterus teranglah dengan pasangan. Jika ada sesuatu yang sang wanita dapat tahu dari mulut orang lain tentang benda buruk yang telah anda lakukan, lagi nahas! Maka, lebih baik berterus terang. Mulakan sedari awal perhubungan agar ‘kepercayaan’ masing-masing tak di ragui. Kan? =)

7.       Yang mudah berkata “maafkan saya”. Tak payah panjangkan cerita. Lelaki begini memang sangat susah dijumpai. Sekali jumpa aku taknak lepas. Hoh hoh.

8.       Yang sukakan kanak-kanak. Kalau lula jumpa lelaki yang tak sukakan kanak-kanak, macamana nak hidup bersama kan? Dan ini adalah antara tanda-tanda yang lelaki tersebut adalah seorang yang panas baran. Fuish, dah lah lula tak suka kena marah. “ek eyleh. Ada aku kesah?” kata pembaca. hahaha..

9.       Yang melakukan kerjanya dengan baik. Apa yang ingin dilakukannya, lelaki tersebut akan pastikan yang ianya akan siap dan sempurna. In short, lelaki yang kurang malas, dan ada rajinnya. 

10.   Yang mampu membuat keputusan dengan baik dan tepat. Lelaki akan menjadi ketua keluarga suatu hari nanti kan? Pastinya ciri-ciri ini yang paling diperlukan. inilah lelaki yang matang. 

11.   Sayangkan keluarga kedua belah pihak. Inilah lelaki yang bertanggungjawab. Tak gitu? 

12. Yang pandai mengucapkan kata cinta, pada waktu-waktu yang sesuai. janganlah setiap masa nak ucap kata cinta, nanti lama-lama basi je ayat cinta tu. hilang manisnya.  
13.   Yang mengutamakan kebaikan. Wanita sukakan lelaki yang berani untuk berkata, ‘tidak’ kepada sesuatu yang membawa kesan buruk kepada dirinya dan orang lain. Contohnya; Rokok serta perkara-perkara yang bertentangan dengan agama.
14. Yang menjaga penampilan, kemas. pernah tak nampak wanita cun bersama lelaki yang 'tak berapa cun'? haa, wanita ni kalau betul-betul jatuh cinta, dia tak heran paras rupa kau dah. yang penting, kemas. lelaki yang tak selekeh, tu paling penting. wanita ni agak geli sebenarnya dengan lelaki 'Metroseksual'. 






Sangat suke dengan ciri-ciri diatas. Agak2x nye ada tak ciri2x tue pada jejaka pujaan hati anda sume?

p/s: Aaron Aziz lawan ngan Seth Tan = ROMANTIK 



No comments: