Si Sepet Dan Si Manis

Si Sepet Dan Si Manis

Wednesday, June 1, 2011

Tips Melamar

Selamat Pagi sume pembace2x dan jugak bloggers2x sekalian. Saya amat teruja ari nie kerana pagi tadi dengar siaran radio Era. Bermula jam tujuh pagi tadi saya tertarik ngan tajok arinie iaitu, Bagaimanakah anda melamar (bagi lelaki) dan bagaimanakah anda dilamar (bagi perempuan).  Hahahahaha, saya tersenyum simpul je. Bile pk diri sendiri, saya tidak dilamar oleh encik tunang saya dlm suasane yg romantik atau kejutan. Tp melalui telefon saje. Waktu itu pun saya sudah terkejut dan kaget. Mcm tak percaye je. Dua kali lamaran diberi. Pertama lamaran si dia sewaktu mengatakan ingin kami menjadi lebih dari seorang kawan dan lamaran kedua pulak sewaktu dia memberitahu ingin membawa keluarga si dia dtg merisik saya. Hurrrrmmm... bile kenang balik semua tu, rase kelakar dan jugak terharu pun ade. Kerana si dia berani melamar saya dan jugak yakin.  Tanpa was-was dan ragu katanye.  Saya siap suruh dia berfikir berkali2x dan masak2x tentang hal serius mcm nie.  Tp, Alhamdulillah, saya menerima dengan hati yg terbuka dan ikhlas. Korang sume mcmmane pulak ye? Bakal2x pengantin dan jugak yg sudah bertunang. Macamane kekasih anda melamar anda dan bagaimanakah anda dilamar? Berbalik pada topik lamaran nie kat radio Era pagi tadi. Yg buat saya menitiskan airmate pagi tadi terharu adalah kerana saya mendengar seorang lelaki nie nk melamar kekasih hatinye melalui radio secara langsung dn didengar oleh orang seluruh malaysia! WOW! Tak ke hebat tue? Yg bestnye, kekasih hati  dia pun tak tahu yg pakwe dia nie nak melamar dia pagi2x dan secara LIVE lak tue.  Nasib baik mase Pak Nil col perempuan tu dan bagi peluang pada lelaki tu melamar, perempuan tu cakap dia SETUJU. Terdiam dan terkedu je bile Pak Nil panggil2x nama perempuan tu lepas perempuan tu dilamar. Heheheheehehe. Agaknye tak sangkalah kot pakwe dia wat mcm tu dan melamar dia pagi2x nie. Sooo swwweeettt! Romantis gak ye. Lelaki tu bagitahu lepas raye nie nk hantar rombongan merisik. Hehehehehehe. Saya komfem sepanjang satu hari nie perempuan tu dok tersenyum2x dan tersengeh2x sorang2x kat ofis kan? Hahahahaha.Bahagia dan hati berbunge2x la kan.  Kebetulan saya pon dah mencari sikit2x tips2x dan cara nak melamar kekasih hati nie KHAS buat pembace2x sume. Jom kite tgk same2x ok.

Tips melamar


1.  Di tempat umum. Jika anda memang BERANI dan gentlemen boleh lah melamar kekasih hati anda di hadapan umum. Terus je melutut dan bg cincin. Pasti si dia terkejut dan kaget.


2. Melamar di tempat2x yg unik dan bersejarah.  Maksud disini, mungkin boleh melamar di Kota A Famosa, Muzium Negara, Masjid Negara atau di Stesen keretapi. Agak menarik kan ? Dpt dikenang seumur idup.


3. semasa Perkhemahan. Saat kite menghabiskan mase dengan aktiviti lasak seperti perkhemahan atau panjat gunung, saat itu boleh juga melamar si dia. Pasti tak terduga kan?


4. Buat kejutan dan lamaran dengan mengajak si dia makan tengahari besama.  Sementara si dia duduk dimeja, anda berlari la sebentar ke kereta dan keluarkan sejambak bunga dan cincin diletakkan di poket atau nk lebih menarik cincin di letakkan dicelah2x bunga. Dan melamar la si dia.


5. Melamar si dia Ditepi Pantai.  Yg pastinye anda mesti lah merancang dlu mcmane anda nk letakkan cincin tu kat bawah cengkerang ditepi pantai. Pastikan cengkerang tu tak dekat sangat dgn air. Nanti, hilanglah cincin tu pulak. Anda aturlah sendiri tempat strategik nk letakkan cengkerang tu. Sambil anda dan si dia bejalan2x, pura2x lah anda suruh si dia amek cengkerang2x di sepanjang pantai tersebut. Bile si dia jumpe cengkerang yg ade cincin lamaran anda tu, anda melamarlah si dia waktu itu.


6. Buat lamaran melalui IKLAN di TV atau PAPAN IKLAN di tepi jalan raya. Ha, ini dh kira bajet besar. Klau anda mmg berbajet besar, boleh saje anda buat lamaran mcmnie.  Beli iklan di TV, dan biarkan anda yg menjadi model iklan tersebut sambil memegang cincin dan lamarlah si dia :)


7. Belikan si dia binatang peiharaan seperti Kucing, hamster, Sugar Glider dan lain2. ikatkan rantai utk binatang peliharaan tersebut sampai anda selitkan cincin itu bersame2x dengan rantai tersebut.  Semasa anda hendak menghantarkan binatang tersebut ke rumahnye, anda lamar lah si dia di waktu itu.


8. Buatlah rakaman video dan burnkan di DVD/VCD.  Yang pasti anda balutkan dengan kertas hadiah beserta kad kecil. Mengatakan sila buka dan tgk DVD/VCD ini di rumah dan telefon saya sepanjang anda lihat video tersebut. Dan pastikan saat si dia melihat video rakaman anda, anda dan si dia tetap berhubung dlm telefon. Dan tnyakan pd si dia ape jawapan si dia.


9.  Tempah kek atau pun makanan kesukaan si dia. Dan selitkan cincin tersebut dlm makanan itu. Sambil si dia makan, pasti si dia terjumpa cincin itu. Dan lamarlah si dia.


10.  Belikan si dia buku atau majalah kesukaannye dan ajak si dia ke kedai buku. Saat si dia membelek2x buku, anda dtglah dari arah belakang si dia, dan tunjukkan kotak cincin dan lamarlah si dia disitu.


Ha, mcmane ngan tips2x diatas? okeh tak? boleh la dpt idea sikit2 pasnie mcmane nk lamar kekasih hati anda pasnie. Selamat bejaya ye. 










p/s: rindu saat saya dilamar oleh SI DIA

2 comments:

Elya Roza said...

lamaran si dia kpd kamu bagaimana ??ehe

neeza the gojes said...

lamaran si dia pada saya, hanye sekadar di telefon saje :)