Si Sepet Dan Si Manis

Si Sepet Dan Si Manis

Tuesday, June 21, 2011

Sedap dan RIngkas

Salam dan Selamat pagi kepada kalian sume yg bergelar bloggers mahupun pembaca2x blog nie.
Saya dh BW tadi lebih kurang sepulohminit je.
Sebab hati meronta2x nk bagi korang sume resepi mudah dan ringkas.
Maklumlah dok bujang nie mmg cenggitu.
Semuanye nk masak yg mudah, ringkas dan CEPAT.
Asalkan sedap dan menepati selera perot dan mulot.
Ehehhehehehehe.
Gelak besar lak kan?
Ekceli korang suke makan ape ye?
Boley la korang sharing ngan saya katsini resepi2x yg mudah dan ringkas.
Jgn malu jgn segan.
Saya menerima dengan ati yg terbuke.
Ikhlas.
Sebenarnye saya nie mmg jenis suke mkn makanan barat.
Tak tahu nape.
Mungkin sejak kecil keluarga saya sering bawak saya makan makanan ini.
Agak2x nye lah saya rase yg mempengaruhi selera nie.
Tp, kalau dpt sambal belacan, komfem utk saya sorang je.
Dah tak pandang kiri kanan lg.
Menaikkan selera jew.
Blom lagi Tempoyak! uuuuuhhhh, sedapnye tak terkata!
hihihihii.
Okeh la kite balik ke alam nyata.
Ni saya nk kongsi sikit resepi Spaghetti Carbonara.




Bahan-bahanye (utk 3-4 orang makan)



  • 1/2 bungkus Spaghetti/ atau ape jenis pon. (saya suke Fettuccine) 
  • Beberapa isi Ayam atau pun makanan laut. (saya guna Isi ayam)
  • 2-3 ulas bawang merah (dicincang)
  • 3/4 ulas bawang putih (dicincang)
  • 2 Labu bawang besar. ( dihiris sederhana) ( saya guna Bawang besar Kuning) sbb ianye manis.
  • 1 tin sos Carbonara. (Saya guna jenama prego)
  • Beberapa cendawan butang. (saya guna lebih)
  • 1/2 cawan susu segar. (saya gune yg rendah lemak - ape2x jenama)
  • Sedikit daun parsley (utk hiasan)
  • Lada sulah
  • Lada hitam
  • Keju permesan

Cara-caranye:

  • Rebuskan Fettuccine/Spaghetti bersama dengan sedikit minyak. (utk mengelakkan ianye melekat)
  • Biarkan lebih kurang 15minit dan toskan.
  • Tumiskan bawang putih, bawang merah hingga naik bau.
  • Selepas itu, masukkan isi ayam dan masak hingga isi ayam itu agak sederhana masak.
  • Masukkan cendawan butang tadi.
  • Kemudian, masukkan bawang besar tadi.
  • Selepas itu masukkan 1 tin sos carbonara dan kacau hingga pekat.
  • Apabila sudah agak pekat sedikit, masukkan susu segar tadi dan terus kacau hingga pekat dan likat.
  • Letakkan sedikit garam, lada sulah  dan lada hitam.
  • Apabila sudah masak, tuangkan keatas spaghetti/Fettuccine tadi.
  • Hiaskan dengan daun parsley dan taburkan keju permesan mengikot selera anda. 



Cubelah, pasti memikat selera anda.

p/s: Menambahkan lemak lagi ye.


No comments: