Si Sepet Dan Si Manis

Si Sepet Dan Si Manis

Thursday, June 16, 2011

MyVi BARU GEMPAK!



Selain Perodua Myvi Extreme 1.5 yang merupakan salah satu model baru, Perodua Myvi 2011 model baru keluar dengan variasi lain seperti 1.3 Standard, Premium, Elegance and 1.5 Special Edition and Extreme.
Perodua Myvi Elegance (automatik + cat metalik) dilengkapi spesifikasi paling lengkap, jadi harganya ditawarkan sebanyak RM57,908.00 (atas jalan dengan insuran).



Antara warna menarik Perodua Myvi baharu versi Elegance ialah Ebony Black (hitam) dan Mystical Purple (ungu). Warna lain seperti Ivory White (putih), Glittering Silver (perak), Medallion Grey (kelabu) dan Pearl White (putih mutiara).
Timbul persoalan kini ialah adakah berbaloi untuk memiliki sebuah Perodua Myvi 1.3 liter dengan harga setinggi itu? Itu baru model 1.3, belum lagi model 1.5 liter Special Edition (SE) dan Extreme yang bakal dilancarkan hujung tahun ini.
Dijangka Perodua Myvi 1.5 SE dan 1.5 Extreme akan dijual pada harga RM 63K ke atas. Masih lagi murah berbanding model kompak lain seperti Suzuki Swift 1.5, Mazda2, Ford Fiesta, atau sedan murah seperti Toyota Vios 1.5J. Proton Persona dan Saga FL 1.6L Executive berharga jauh lebih rendah, namun dari segi persepsi peminatnya, Perodua Myvi setahap lebih baik.
Perodua Myvi generasi kedua ini juga dikatakan mempunyai bentuk lebih kompak, sedikit kecil berbanding model asalnya. Namun menurut Perodua, ruang kabin masih lagi luas sama seperti model terdahulu. Berikut adalah spesifikasi Perodua Myvi 2011:
  • EPS: Electronic Power Steering
  • ABS with EBD & BA System
  • The latest modern new design: Projector headlamp
  • Dual SRS Air bags (All variant)
  • Automatic Shift lock part
  • ISO Fix Child Restraint System
  • 3 point rear seatbelt
  • Pre tensioner Seat belt with force limiter
  • Dash mounted gear shift
  • Electronic retractable side mirror
  • Fuel efficient
  • Built in GPS with DVD Player, MP3, USB, and Bluetooth
Harga Model 1.5SE dan 1.5EXT akan diumumkan pada tahun depan. Berikut adalah harga bagi Perodua Myvi 1.3 baru harga 2011:
  • RM44,926.00 (M) Standard
  • RM47,726.00 (M) Premium
  • RM54,908.00 (M) Elegance
  • RM47,926.00 (A) Standard
  • RM50,726.00 (A) Premium
  • RM57,908.00 (A) Elegance
Model Perodua Myvi 2011 akan dilancarkan pada Jun 16, 2011 oleh Datuk Seri Najib Tun Razak di Putra World Trade Centre (PWTC).



Okehh, saya nk mintak maap dari ujung rambut sampai ujung kaki.
 Memandangkan harinie Kereta MyVi baru ini akan dilancarkan, jadi saya tak reti sangat nk review pasal kereta nie.
 Jadi, silalah bace artikel diatas yg saya amek dari SINI
Terima kasiih tak terhingga atas penerangan lengkap tentang kereta MyVi nie. 
Sebenarnya, saya pon mengidam gak nk pakai kreta MyVi tapi yg SE lah. :) 
Amboiii, demand tinggi kau, Neeza. Biaselah, yg smart dan gempak mmg pilihan dan pujaan hatiku! 
Jgn tak tahu. Saya jatuh cinta dgn MyVi SE sbb Kaler dan Leather Seat nye yg wat saya betol2x tertarik.
Hahahaha. Lucu betol la kan? 
InsyaAllah, andai diizinkan Tuhan, saya nk jugak merase pakai kereta MyVi SE.
Berangan lagi.
Seronoik wweehhh klau dpt pakai kereta MyVi SE. 
Kompem meletoppss kebabooomm bile saya bawak lalu depan rumah apekjiran kampung kat belakang sungai.
Hihihihi..
Oklah, dah abis melayan gambo dan artikel pasal kereta keluaran negara malaysia nie. 
Saya nk sambong buat keje utk petang nie.
Selamat bekerja ye.









p/s: Owhh! Kereta MyVi SE Kaler oren :)


No comments: