Si Sepet Dan Si Manis

Si Sepet Dan Si Manis

Thursday, May 5, 2011

Tunang giler

Biler aku tgk berita hari nie. Terkejut beruk makyeh aku dibuatnye. Hah? Dibunuh oleh tunang yg cemburu? Takot giler weeehhh.  Serius aku takot.  Ni sume angkara Cemburu buta, xpasal2x nyawa jd taruhan. Yg jd mangsanye? PEREMPUAN jugak. Bg aku, org yg snggup membunuh nie, dlm diri dia ada sesuatu yg kurang. Iaitu, DIDIKAN AGAMA dan jugak MASALAH MENTAL yg agak serius.  Mesti dia ada tekanan jiwa yg terok smpai snggup bunuh org yg tersyg.  Ape nk jd ngan dunia nie kan? Nyawa skg dh xberharga mcm dlu2x.  Nyawa mudah je melayang. Kalau lah nyawa kite byk, leh lah dipertimbangkan lagi.  Nie, nyawa kite dah la 1 je. Pulak tue dicabut oleh angkara SETAN bertopengkan MANUSIA! WTFish. Haaaaiiisssshhh. Ko ingat nyawa nie ko punye keje ke nk tarik sesuke ati ko? Nie sume sepatutnye ditentukan oleh - Nya. Tuhan yg Maha Esa.  Bukn kite sbg manusia nie nk mencabut nyawa sesuke ati! Issskkkhhhh, sedih ar aku biler bce brita nie. Bukn xsgka, cume TERKEJUT je. Zmn skg sume xmustahil.  Sumenye PASTI. Kite smua kna byk BERHATI2x. Walaupun ngan kawan karib sendiri! Yg penting DIDIKAN AGAMA dn PENDIRIAN yg teguh tu kunci kpd kekuatan diri kita.  Dan hanya diri kite dpt membendung segala tindakan kite nie.  Bukan org LAIN. Bak kata pepatah :  Tiada org yg dpt ubah diri kite, MELAINKAN diri kite SENDIRI. Katsini, aku sertakan sekali, ciri-ciri orang yg CEMBURU BUTA. So, jom same2x kite tgk, ada x ciri2x nie kat pasangan kite? 




1. Emosi keterlaluan : Setiap minit dan jam, si dia pasti menelefon anda tanpa rasa jemu. Malah, si dia akan marah sekiranya anda tidak menjawab panggilan telefon atau tidak membalas mesej yang dihantarnya menerusi Khidmat Pesanan Ringkas (SMS).


2. Suka menuduh : Si dia seringkali melemparkan tuduhan secara melulu terhadap anda tanpa mempunyai bukti yang kukuh. Keadaan berlaku sekiranya si dia mendapat tahu anda berada bersama rakan-rakan. Sikap cemburunya yang keterlaluan menyebabkan dia lebih percaya bahawa anda sedang berdampingan dengan teman lelaki atau wanita lain, bukannya rakan taulan. Perbuatannya itu membuatkan dia berani melemparkan kata-kata kesat.

3. Mencari kesalahan : Sikap cemburu menjadi-jadi apabila si dia mula mengintip ke mana sahaja anda berada. Sama ada di pejabat mahupun di rumah, si dia sentiasa ingin tahu apa yang dilakukan setiap hari. Paling menjengkelkan, si dia cuba mencari kesalahan anda.


4. Ugut bunuh diri : Ucapan ‘bunuh diri’ sentiasa bermain di bibirnya. Si dia seringkali mengatakan ingin membunuh diri sekiranya cinta yang diberikan olehnya tidak berbalas, lebih-lebih lagi apabila anda memutuskan mahu meninggalkannya.


5. Selalu mahu 'berkepit'Setiap masa : si dia hanya mahukan anda berdampingan dengannya dan begitu marah sekiranya mendapat tahu anda keluar bersama rakan-rakan tanpa mengajaknya sekali. Perbuatannya itu menyebabkan rakan-rakan anda hampir terkena tempias perbuatannya itu.


6. Anti sosial : Tidak dinafikan, anda seorang wanita atau lelaki yang mempunyai penampilan menarik. Si dia amat bimbang sekiranya ada lelaki atau wanita lain tertarik pada diri anda. Ini menyebabkan si dia tidak gemar berparti atau menghadiri majlis sosial yang dianjurkan rakan-rakan sepejabat. Takut nanti, anda terlepas daripada genggamannya.


7. Jadi polis : Sekiranya terdapat tindak tanduk anda yang mencurigakan, si dia akan menyoal anda seperti seorang anggota polis ataupun wartawan. Contohnya, ke mana anda pergi, dengan siapa, kenapa pergi ke sana atau balik pukul berapa.


8. Prasangka negatif : Biarpun anda mempunyai niat atau matlamat yang baik untuk menambah duit poket dengan bekerja lebih masa, namun baginya anda sekadar mahu berseronok dengan kawan-kawan atau semata-mata ingin mengambil kesempatan daripada alasan itu.


9. Takut dipermainkan : Jangan terkejut apabila si dia mula berani menyelongkar dompet atau beg tangan anda untuk mencari bukti sama ada anda bermain kayu tiga atau bersikap lidah bercabang. Biarpun pada hakikatnya, anda tidak pernah mempunyai niat seburuk yang disangka itu.


10. Anti bunyi telefon :  Setiap kali telefon berbunyi, si dia akan merampas telefon daripada anda dan terus menjawab panggilan yang diterima. Paling memeranjatkan, si dia bertindak berani mematikan suis telefon, atas alasan bunyi deringan menganggu anda dan si dia sewaktu bersama.






Macammane sume? Klau rase2x si dia ade ciri2x diatas tue, cepat2x lah bgtahu dn terus terang ngan pasangan anda ye. Klau dia sayangkan kite, dia akan ubah sikap buruk dia demi KEBAIKAN BERSAMA.  Kita hanya mampu BERDOA. Yg berubah itu adalah DIRI DIA sendiri.

p/s: CEMBURU tandanye SAYANG, tapi JGN MELAMPAU!



2 comments:

fisa othman said...

melampau kan..ya Allah tak tau la sekarang ni macam2 kes...

neeza the gojes said...

tahu xper, btol tue.. takot2x