Si Sepet Dan Si Manis

Si Sepet Dan Si Manis

Friday, May 6, 2011

Tanggungjawab Suami dan Isteri


Biler i tgk tanggungjawab suami dan isteri dalam perkahwinan menurut islam, adalah sgt x susah mane jika kite betul2x mengikot dan mengamalkannye.  Yg buat ia nmpk susah bile anda2x sume xmengikut dan mengamalkannye, betol x? hehehehehe. Sebenarnya nak berkawen nie bukan perkara main2x cik adik sume ye. Benda  ni adalah 1 langkah dan tanggungjawab yg amat BESAR.  Hanya org2x yg dah BERSEDIA je patut BERKAWEN. hihihhihihi.  Bersedia dari segi FIZIKAL, MENTAL DAN EMOSI kalian.  Sbb nak memulakan langkah ke arah perkara yg BAIK nie DUGAAN dan CABARAN mmg ader, kite kne tempohi dengan SABAR dan IKHLAS. DUIT pon kena BYK. Sbb zmn skang nie nk kawen bukan setakat 10K je dah CUKUP. Oh, tidak..tidak..tidak... SILAP BESAR tue. Lebih2x lg kite yg dok kat BANDAR BESO MCM KOLUMPO nie kan?  sume brg2x adalah MAHAL dan kdg2x rase NAK WAT SENDIRI atau DIY ler biar jd KREATIF skit :) ngggeeeeee... Lagipun, persediaan nk berkawen nie bukan kejap, kite kna amek mase btol2x. PERANCANGAN yg teliti HARUS kite amek brat. Sbb nk jadikan MAJLIS kite tu nanti sebuah majlis yg bakal kite kenang sehingga akhir hayat kite, Insya - Allah. Soal tanggungjawab pon bukan calang2x org leh bawak tau.  Lelaki dan perempuan kena btol2x KUAT semangat dan Seorang yg BERTANGGUNGJAWAB! KITE Kawen bukan nak MAIN-MAIN atau sehari - dua, tapi jika diizinkan oleh - Nya, tentu kita nak perkahwinan kite nie adalah PERTAMA dan TERAKHIR dlm hidup kite.  Sbb tu, bile kite bakal2x pengantin nie, mesti SEDAR dan TAHU ape itu TANGGUNGJAWAB SEORANG SUAMI? TANGGUNGJAWAB SEORANG ISTERI? Nak tahu? Silalah rajin2x membelek artikel dibawah tu ye.

TANGGUNGJAWAB SUAMI TERHADAP ISTERI
Suami adalah merupakan  ketua yang akan memimpin dan mencorakkan sesebuah rumahtangga.  Sikap suami mempunyai pengaruh yang akan besar terhadap suasana yang mesra, aman dan damai atau sebaliknya.  Oleh itu, suami mestilah menjadi seorang yang  benar-benar matang fikirannya, tahu tugas dan tanggungjawabnya, serta  bersifat jujur dalam memimpin dan mengetahui rumahtangga yang baru dibina itu.  Untuk melahirkan sebuah perkongsian  hidup  yang benar-benar bahagia maka Allah SWT sendiri menggariskan  beberapa kewajipan yang mesti dilaksanakan oleh suami terhadap isteri, antaranya ialah :
i.       Wajib atas suami  memberi mas kahwin kepada bakal isterinya.  Firman Allah SWT maksudnya : “Berikanlah mas kahwin kepada wanita (yang kamu nikah) sebagai pemberian yang wajib”.
ii.       Memberi nafkah zahir dan batin, nafkah zahir termasuklah :
a.   Tempat tinggal / tempat kediaman bersama (suami dan isteri) iaitu rumah yang selayaknya yang memberi keselesaan dan keamanan.
b.   Keperluan hidup iaitu makanan, pakaian dan peralatan yang munasabah dan selayaknya menurut kemampuan suami, sabda Rasulullah SAW maksudnya :
“Dan wajib ke atas kamu memberikan mereka (isteri-isteri) rezeki mereka dan pakaian mereka dengan baik.  Tempatlah mereka di mana kamu bertempat tinggal mengikut kemampuanmu.”
iii.      Bergaul dengan isteri dengan cara yang baik, mesra dan kasih sayang.  Firman Allah SWT, maksudnya:
“Bergaullah dengan mereka dengan cara yang baik.”
iv.      Hendaklah berlaku adil sekiranya suami itu mempunyai isteri lebih dari satu.
v.      Suami berkewajipan menahan diri dari menyakiti, berlaku kasar dan sebarang perbuatan yang memudharatkan isteri tanpa sebarang sebab.
vi.      Menjadi kewajipan suami untuk memberi keizinan kepada isterinya untuk menziarahi keluarganya (ibu bapa dan kaum keluarganya)
Demikianlah di antara kewajipan suami terhadap isteri, di samping itu sebagai yang kita maklum bahawa Allah menjadikan perempuan itu sebagai teman hidup yang paling rapat, hendaklah diberi layanan-layanan yang istimewa seperti berikut :
1.      Suami hendaklah sentiasa  bertimbang rasa, menunjukkan kasih-sayang terhadap isteri, bercakap dengan lemah lembut dan mesra, selalu bermuka manis dan janganlah bermuka masam atau sebagai singa yang garang terhadap mangsanya.  Adalah menyedihkan setengah orang-orang jahil  menyangka bahawa bersifat garang dan keras terhadap isteri itu adalah menunjukkan kelakiannya, dan ia menyangka berlemah-lembut terhadap isterinya adalah satu sifat yang  hina dan memalukan, tetapi sebenarnya bersifat kasar adalah membawa isteri menjadi durhaka, sebaliknya bersifat lemah-lembut menyebabkan isteri kasih dan menghormatinya.  Sanda Rasulullah SAW yang bermaksud :
“Orang yang paling baik antara kamu ialah orang yang berlaku baik terhadap isterinya, dan aku ialah orang yang sangat berlaku baik terhadap isteriku.”
2.      Hendaklah suami memberi kelapangan  perbelanjaan rumahtangga keperluan hidup yang selayaknya mengikut kemampuan yang sewajarnya.  Jika  suami terlalu bakhil terhadap rumahtangga maka diharuskan isteri mengambil sekadar yang diperlukan  dari harta  suaminya walaupn tanpa izinnya, sebagaimana Rasulullah sendiri  memberi kebenaran tersebut kepada isteri Abu Sufian apabila ia  mengadu kepada Rasulullah tentang kebakhilan Abu Sufian.
3.      Hendaklah suami menguruskan segala urusan dengan sebaik-baiknya dan menggembirakan seperti apabila ia sakit, diberi rawatan perubatan yang secukupnya.
4.      Pandu dan bimbinglah isteri dengan nasihat yang baik dan berilah contoh akhlak yang terpuji dan ajaran yang lemah lembut, Rasulullah sendiri menghuraikan hakikat ini dengan sabdanya yang bermaksud:
“Sesungguhnya wanita itu adalah tulang rusuk (bengkok), sekiranya engkau mahu membetulkannya ia akan patah dan jika engkau membiarkannya, engkau akan menikmatinya dalam keadaan bengkok.”
5.      Berilah isteri haknya sebagai isteri bukan sebagai orang suruhan (hamba) atau sebagai babu, dan bukan sebagai boneka yang semata-mata untuk memenuhi nafsu kaum lelaki sahaja.
6.      Hendaklah bersikap terus terang dengan isteri dan jangan sekali-kali mendustainya, kerana jika isteri didustai dia akan mendustai suaminya pula.
7.      Sebagai suami (ketua keluarga) jangan memperturutkan sahaja apa kehendak isteri sehingga sampai merendahkan harga diri (mengikut di bawah telunjuknya sahaja, istilah sekarang “queen control”.
8.      Dibolehkan suami memukul isteri untuk mendidik bukan untuk balas dendam.  Dalam hal ini tidak memaki hamunnya apabila  hendak memberi pengajaran kepada isteri dalam bentuk yang sopan atau pulaukannya (tinggalkan tempat tidur dan tidak tidur bersama-samanya).
Seandainya dapat dilaksanakan tanggungjawab yang sedemikian tentu Insya Allah suami dapat membawa rumahtangga ke arah kehormanian dan kebahagiaan.
TANGGUNGJAWAB ISTERI TERHADAP SUAMI
Kalau suami mempunyai hak dan kewajipan terhadap isterinya, maka isteri juga mempunyai tugas dan tanggungjawab terhadap suaminya.  Sesungguhnya tugas seorang  isteri terhadap suaminya adalah sangat penting dan mesti dipatuhi sehingga pernah Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :
“Jikalau sekiranya ada perintah dari Allah SWT untuk menyuruh manusia sujud kepada manusia nescaya aku suruh isteri sujud kepada suaminya.”
(Hadis Riwayat At-Turmizi)
Antara tugas isteri ialah :
1.   Jujur dan taat setia kepada suaminya dalam sebarang hal dan pekerjaan yang tidak berlawanan dengan hukum Islam.
2.   Menyampaikan hajat suami kepadanya, iaitu perkara-perkara yang dibolehkan oleh Islam termasuk perkara yang mengenai hubungan kelamin, sabda Rasulullah SAW yang bermaksud.
“Apabila suami mengajak isterinya ke tempat tidur sedangkan isterinya menolak (tanpa uzur) sehinggalah suami itu tidur dalam keadaan marah dan kesal, malaikat akan melaknatkannya (isteri) hingga ke subuh.”
(Hadis Riwayat Abdul Rahman Bin ‘Auf)
3.   Isteri mestilah berkelakuan sopan terhadap suaminya, wajib menjauhkan kata-kata  yang menunjukkan kedurhakaan atau menyakitkan hati suami seperti memaki, mengomil (berleter) atau kata-kata yang tidak disukai oleh agama atau adat.
4.   Janganlah memberati atau memaksa suami dalam soal nafkah seperti pakaian, wang ringgit dan tempat tinggal yang lebih dari ukuran yang wajib baginya kerana ia akan mendorong suaminya ke lembah curang seperti rasuah, curi,  rompak dan sebagainya.  Rasulullah  SAW pernah bersabda yang bermaksud:
“Perempuan yang datang kepada suaminya dengan muka masam dan mengomil meminta belanka (lebih) atau mengadakannya maka tidaklah diterima Allah amalan perempuan seperti itu.”
(Hadis Riwayat Ahmad dan Abi Hurairah)
5.   Minta keizinian suami apabila hendak keluar dari rumah walaupun untuk menziarahi keluarga, ibu-bapa atau kerana menuntut ilmu.  Sabda Rasulullah SAW maksudnya:
“Perempuan-perempuan yang keluar dari rumah tanpa keizinan suaminya adalah ia di dalam kemurkaan SWT sehinggalah ia balik ke rumahnya atas suaminya redha akan dia.”
6.   Hendaklah memelihara harta benda dan rumahtangga supaya bersih, rapi dan kemas serta isteri tidak boleh memberikan sesuatu harta benda suaminya kepada orang lain tanpa izinnya.
7.   Segera meminta maaf apabila  terlanjur mendurhaka kepada suami sepertimana yang dipraktikkan oleh Fatimah puteri Rasulullah SAW menurut sepotong hadis yang bermaksud:
Fatimah telah datang berjumpa ayahandanya Rasulullah SAW dalam keadaan menangis dan mukanya berubah tanda penyesalan lalu bertanya Rasulullah SAW: “Kenapa wahai anakku, Fatimah?” Fatimah menjawab, “Ayahanda, kelmarin anakanda dengan Ali telah berseloroh (bergurau) sehingga  terbit kata-kata anakanda yang menyebabkan Ali marah anakanda, anakanda menyesal kerana sebab mulut anakanda   itu Ali menjadi marah, lantas anakanda meminta maaf darinya dan mengeliling dia sebanyak tujuh puluh dua kali sehinggalah ia memaafkan dan Ali pun tertawa serta redha”.  Sabda Rasulullah kepada Fatimah,”Demi diriku yang telah diangkat oleh Allah sebagai Nabi, sesungguhnya engkau sekiranya meninggal dunia sebelum Ali redha atas kesalahan itu takkan ku sembahyang jenazah engkau”.
8.   Jikalau suami tidak berharta dan isteri dari anak orang kaya janganlah isteri menunjuk-nunjuk dan berbangga dengan  harta yang diberikan bapanya sambil mengecilkan  pemberian dari suaminya, serta berkata,”Apalah yang awak  boleh berikan kepadaku dan tengok ini, itu dan sebagainya semuanya bapa berikan kepadaku”, isteri yang bersikap demikian terhadap suaminya.  Pernah Rasulullah  SAW bersabda yang bermaksud :
“Allah akan menghapuskan amalan perempuan itu sekalipun banyak amalan kebajikannya.”
9.   Hendaklah isteri memakai pakaian yang cantik dan bersih di hadapan  suaminya.  Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
“Perempuan-perempuan yang menghias diri kepada yang bukan suami atau muhrimnya adalah seperti  lampu yang tidak bercahaya di akhirat kelak.”
10. Isteri wajib memelihara perasaan dan peraturan suaminya, isteri tidak boleh membenarkan masuk seorang lelaki atau perempuan yang tidak disukai ke dalam rumah.  Jika isteri hendak berpuasa sunat ketika suaminya berada di rumah hendaklah meminta izin suami terlebih dahulu dan tidak boleh memasukkan seorang lelaki ke rumahnya dengan tidak izin suaminya. (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).
11. Isteri hendaklah sentiasa memberi layanan baik kepada suaminya.  Allah memberi ganjaran pahala yang berlipat ganda kepadanya sebagaimana yang ditegaskan oleh Rasulullah SAW dalam banyak hadis-hadisnya antara lain bermaksud :
a)      “Sekali suami minum air yang disediakan oleh isterinya adalah lebih baik dari  berpuasa setahun”.
b)      “Makanan yang disediakan oleh isteri kepada suaminya  lebih baik dari isteri itu mengerjakan haji dan umrah”
c)      “Mandi junub si isteri disebabkan jimak oleh suaminya lebih baik baginya daripada mengorbankan 1,000 ekor kambing sebagai sedekah kepada fakir miskin”.
d)      “Apabila isteri hamil ia dicatitkan sebagai seorang syahid dan khidmat kepada suaminya sebagai jihad”.
e)      “Pemeliharaan yang baik terhadap anak-anak adalah menjadi benteng neraka, pandangan yang baik dan harmonis terhadap suami adalah menjadi tasbih (zikir)”.
f)       “Tidak akan putus ganjaran dari Allah kepada seorang isteri yang siang dan malamnya menggembirakan suaminya”.
g)      “Apabila meninggal dunia seorang dan suaminya redha, nescaya ia dimasukkan ke dalam syurga”. (Hadis Riwayat Tarmizi)
h)      “Seseorang wanita apabila ia mengerjakan sembahyang yng difardhukan ke atasnya, berpuasa pada  bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dirinya dan  taat kepada suaminya maka berhaklah ia masuk  syurga dari mana-mana pintu yang ia suka”.
(Hadis Riwayat Anas Bin Malik)



Jika anda nak tahu lebih lanjut lagi tentang perihal perkahwinan nie, SINI ader jawapan utk soalan2x yg bermain dipikiran kalian sume ye. OOOkkkkeeeehhhh... saya nk berehat kan mata jap, asyik dok blogwalking je dari td. Klau dtg idea lg, saya akan wt entri lg pasnie sbelum saya cabot blik umah :)

No comments: