Si Sepet Dan Si Manis

Si Sepet Dan Si Manis

Tuesday, April 5, 2011

Si Perampas Cinta !

Selamat tengahari Selasa 5th April 2011. Entri hari ini tak boleh nak hadap : Si Perempas Cinta! :
Hahahaha, kontroversi skit kisah ni. Al kisah dlu2, hurrrm tapi pertama sekali saya nak mintak maaf dari ujung rambut sampai ujung kaki kepada Encik Tunang tersayang (jgn marah ye kalau bace tajuk cite di atas) Bukan kisah biasa atau bukan kisah menarik perhatian sesiapa.

Kejadian berlaku 5tahun lepas, Seorang gadis bernama zah dan mallek.  Antara perhubungan didlm internet dan juga hanya bertemu seminggu kemudian di luar.  Dan seterusnya terpalit dlm hati bahawa diantara mereka ada perasaan yg amat sukar nak dinyatakan.  Semakin lama zah cube untuk mengelakkan diri dari perasaan dan cuba menyembunyikannya, tetapi, si mallek dapat jugak tahu isi hati zah.  Zah cuba untuk menafikannya.  Tapi, mallek beritahu kepada zah bahawa ada satu halangan yang menjadi punca hubungan mereka tak mungkin dpt di teruskan lebih dari seorang sahabat. Sedih memang sedih perasaan si zah masa tue. tapi apa kan daya, terpaksa jugak zah menerima semuanya.  Memang benar cinta itu buta.  Tapi zah tak bermaksud nak merampas si Mallek dari keluarganya. Ya! Mallek berterus terang bahawa dirinya sudah beristeri dan mempunyai anak 4orang.  Tapi, hubungan isteri dan dia telah pudar dan tawar sejak 8tahun lepas.  Hati dan perasaan Si Zah bercampur2. samada nak teruskan atau nak berakhir disitu sahaja. Berkali2 Si Mallek menafikan bahawa bukan Zah menjadi punca kepada masalah perhubungan mereka.  Kerana mereka telah mengalami masalah selama 8/9tahun kebelakangan ini di atas sikap si isterinya sendiri.  Tak mengapa kata si Zah, jika Isteri Si Mallek tak mahu menjaganya, nanti Zah sendiri akan jaga mallek tu. Wah, tapi, mmg benar, isteri mallek menuntut cerai kerana ingin bebas bersama kehidupan bujang dan tak terikat dngn ape2 hubungan lagi.  Dan mallek melepaskan isterinya.. Selama itu hubungan Zah dan Mallek berjalan seperti biasa hingga pada satu saat Hubungan mereka goyah dan semakin jauh kerana Mallek jatuh cinta pada perempuan lain.  Adik angkat katanye. Tapi tetap menafikan hubungan dan perasaan sendiri.  Puas Zah cuba untuk membuatkan mallek berterus terang tetapi gagal!  Akhirnya mallek membiarkan hubungan zah dan dia terkapai2 dan berlalu begitu sahaja tanpa kabar berita. Kasihan si Zah. Kejam sungguh hati Mallek itu.  Mallek terus bersikap pengecut dan penipu.  Dia meneruskan hubnugan nya dengan adik angkat dia si Zila.  Dan diam tak diam Zah dapat tahu Mallek dah berkahwin dengan si Zila. Tapi, tak dapat tahu samada cerita ini benar atau tipu.  Zah masih lagi terluka dengan sikap Mallek yang pengecut dan kejam itu.  Kalau dia dah tak ingin kan aku, kenapa dia buat mcm nie dan tak berterus terang pada aku? Zah berkata sendirian dlm hatinya.  Dan ternyata, Kisah Si perampas cinta ini menjadi sambung menyambung. bermula dari Isteri Mallek yang dirampas cintanya dari Zah, Cinta Zah dirampas oleh Zila.  Begitulah kehidupan ini. PEREMPUAN TETAP DIGELARKAN PERAMPAS walau bagaimana hebatnya KISAH CINTA ITU sendiri. AKHIRNYA, semuanya akan TERBALIK KEPADA DIRI SENDIRI.

p/s: PENGAJARAN : PERAMPAS CINTA dan jadi Perampas adalah satu amalam yang AMAT BURUK DAN MEROSAKKAN IMEJ PEREMPUAN DI MUKA BUMI ini.  Jadi, JAUHILAH DIRI ANDA DARI PERAMPAS CINTA ATAU PUN MENJADI PERAMPAS CINTA ORANG LAIN !

No comments: