Si Sepet Dan Si Manis

Si Sepet Dan Si Manis

Saturday, November 13, 2010

PERKAHWINAN

Perkahwinan

E-mailPrintPDF
SEKS DALAM PERKAHWINAN
“Isteri-isterimu adalah (seperti) tanah tempat kamu bercucuk-tanam, maka kerjakan tanah tempat bercucuk tanam itu bagaimana saja kamu kehendaki. Dan lakukan (amal yang baik) untuk dirimu, dan bertaqwalah kepada Allah dan ketahuilah bahawa kelak kamu akan menemuiNya. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang beriman”.
(Al Quran, Surah Al Baqarah Ayat 223)
Seks amat penting di dalam perkahwinan dan adalah digambarkan seperti maksud surah di atas. Dan juga membawa kepada beberapa akibat burukjika tidak dipenuhi. Terjadinya kes-kes penceraian kebanyakan disebabkan kurang berperanannya seks dalam rumah-tangga.
Ia memainkan peranan penting dalam perkahwinan, baik untuk menyalurkan libido seksualmanusia ataupun untuk mendapat keturunan. Oleh sebab itu kalau kehidupan seks tidak dihormati dan diperhatikan dalam perkahwinan maka perkahwinan itu kehilangan dasar ghairah.
Dari sudut seks, perkahwinan merupakan suatu bentuk tanggungjawab manusia terhadap akibat-akibat nafsu berahi. Perkahwinan pada dasarnya adalah suatu bentuk aktiviti seks yang bertanggung-jawab serta halal kerana dalam perkahwinan telah ditetapkan ketentuan-ketentuan yang harus dipatuhi oleh suami-isteri, terutamanya dalam bidang seksual yang memang merupakan hajat utama dalam perkahwinan.
Ternyata, ramai orang yang kurang menyedari tentang hal ini, baik dari pihak suami atau isteri, bahkan kadang-kadang kedua-duanya. Yang lebih teruk kalau kesedaran itu tidak wujud dari salah satu pihak.
Yang satu mengkehendaki agar kehidupan seksnya dapat dipenuhi sepuas-puasnya, sedang yang satu lagi kurang menyedari keperluan lawannya. Sehingga terjadilah penyelewengan seksual. Bila keadaan sudah demikian, tidak mungkin suami isteri dapat membina rumah-tangga dengan baik dan harmonis.
Juga terdapat kehidupan suami-isteri di mana kedua-duanya sedar dan faham akan erti seks dalam perkahwinan. Akan tetapi dari salah satu pihak kadang-kadang terlalu ego, mementingkan kepuasan sendiri tanpa mempedulikan keperluan lainnya. Biasanya hal demikian ini selalu dilakukan oleh pihak suami.
Cinta seseorang lelaki itu ingin selalu memonopoli. Kerana seks itu adalah bahagian utama dari percintaan, maka monopoli di bidang seks tetap menjadi hajat suami. Akhirnya lalai memikirkan keperluan seks isterinya, suami bertindak menurut kemahuannya sendiri untuk memperoleh kepuasan.
Isteri hanya mahu menanti dan bahkan tidak pernah diberi peluang untuk mencapai kepuasan. Tentu terjadi gejolak, bila menimpa isteri yang kebetulan agak lemah imannya, mungkin akan melakukan perbuatan tidak bermoral seperti melakukan perzinaan dengan lelaki lain yang sanggup memberi kepuasan seks kepadanya. Atau si isteri tunjukkan rasa sakit hatinya itu dengan suka marah-marah, mudah tersinggung, sakit-sakitan dan sebagainya.
Apa yang dikemukan agar mendapat perhatian para suami, betapa pentingnya peranan seks dalam perkahwinan. Betapa pun kuatnya rasa cinta tapi kalau sifat egoisme ini tetap tidak bisa dihilangkan tentu akan membawa kesuraman dalam perkahwinan. Jadiharus ada keseimbangan dari suami-isteri di mana mereka secara bersama bertanggung-jawab memberi kepuasan.
Firman Allah Taala yang bererti:
“Mereka itu (isteri) adalah pakaian bagimu, dan kamupun adalah pakaian bagi mereka”.
(Al Quran,Surah Al-Baqarah Ayat 187)
Dari ayat itu memberi penjelasan bahawa suami dan isteri mempunyai tanggungjawab yang sama dan seimbang di dalam bidang seks. Kalau suami mahu kepuasan seks, begitu juga isteri tentumempunyai keinginan yang sama.
Sebagaimana dalam surah Al-Baqarah, ayat 223, maka isteri diumpamakan sebagai kebun tempat bertanam. Lazimnya petani tentu tidak mahu menggarap kebunnya dengan membuta-tuli. Tentu dirawat dan dipeliharanya dengan baik agar hasilnya memuaskan.
Begitu juga seorang isteri ia pun wajib diperhatikan. Keperluannya harus dipenuhi menurut kemampuan termasuk dalam masalah seks. Sehingga di dalam permainan seks isteri tidak tergolek (sendirian), di tempat pembaringan dengan sinar matanya yang sayu kerana memendam kekecewaan. Sedang di pihak suami dengan kesedapan telah tidur berdengkur di samping isterinya kerana hajat seksualnya telah dipenuhi sepuas-puasnya.
Andai-kata isteri yang mengabaikan tuntutan suaminya dalam masalah seks, tentu si suami di mana setiap harinya bekerja kuat menanggung keluarga, pastilah mengharapkan layanan yang istimewa dalam erti tidak dikecewakan. Dorongan seks yang datangnya tiba-tiba memerlukan layanan isteri. Ia harus pandai menghiaskan dirinya sehingga suaminya tidak merasa bosan. Apatah lagi pada malam hari di mana waktu malam adalah waktu yang paling baik untuk melakukan hubungan seks.
Sekiranya hal-hal seperti ini diabaikan, tidak aneh jika suami selalu beralih pandangan kepada wanita lain untuk menyalurkan keperluan seksnya. Apalagi kalau kebetulan suami itu kurang kuat dalam memegang hukum agama, mungkin melakukan zina.
Sebuah hadis menyatakan:
Jabir berkata: “Kami bersama-sama dengan Nabi Muhammad s.a.w. dalam suatu peperangan. Ketika kami kembali ke Madinah, kami hendak masuk (ke rumah-rumah kami). Maka beliau bersabda: “Sabarlah, sampai masuk malam, agar isteri berhias dari kusut-masai dan berdandan (berhias) perempuan yang (lama) ditinggalkan oleh suaminya.”
(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Dari hadis di atas memberi pengajaran iaitu:
a)Ketika pulang dari berpergian yang lama pada waktu malam, janganlah tergesa-gesa masuk ke dalam rumah. Larangan ini dapat dimaklumi kerana pada waktu malam boleh menimbulkan kecurigaan. Atau juga untuk menghindarkan kecurigaan dari suami bila menemui hal-hal yang di luar kebiasaan perilaku isterinya sehari-hari.
b)Berilah kesempatan kepada isteri agar berhias diri sewaktu menyambut kedatangan suaminya. Ini bererti suatu perintah agar para isteri itu supaya bersiap sedia menerima hajat suami dalam keadaan memuaskan dipandang mata, iaitu dengan berhias diri. Perpisahan yang agak lama antara suami-isteri membuatkan kerinduan keduanya terutama bagi suami. Agar supaya kerinduan itu dapat terubat maka sudah seharusnya isteri berdandan untuk menarik perhatian suaminya melampiaskan kerinduan seksnya.
Jelaslah Islam membimbing umatnya antara lain agar suami dan isteri memberikan layanan yang baik dalam bidang seksual. Sebab betapa pun banyak tujuan-tujuan yang baik dan murni orang melaksanakan perkahwinan, akan tetapi tujuan seksuallah yang sangat menonjol. Oleh kerana itu peranan seks dalam perkahwinan janganlah diabaikan.
Suami isteri wajib menjunjung tinggi peranan seks dalam perkahwinan, kalau keduanya tidak ingin perkahwinannya mengalami kegagalan. Saling memberikan kepuasan dalam bidang seksual antara suami dan isteri adalah langkah yang baik.

No comments: