Si Sepet Dan Si Manis

Si Sepet Dan Si Manis

Friday, November 12, 2010

Melancarkan Pengaliran Haid

Penting Untuk Lancarkan Pengaliran Haid Anda

23

Assalamualaikum…
Perempuan. Semestinya tidak asing lagi dengan perihal ‘datang bulan’. Sebaik sahaja golongan perempuan akil baligh, golongan perempuan dikatakan memasuki alam baru iaitu alam kematangan. Kehadiran akil baligh seolah-olah membawa mereka ke dunia baru. Dunia selepas dunia kanak-kanak riang. :)

Pada ketika inilah, amat penting untuk seseorang perempuan menjaga kebersihan bahagian sulitnya kerana ia melibatkan ‘darah kotor’ dan juga bahagian yang paling sensitif serta mudah terkena jangkitan kuman. Selain itu, terdapat pelbagai ‘pantang larang’ yang perlu dipatuhi untuk memastikan kesihatan, kebersihan dan kecantikan bahagian tersebut sentiasa terjaga.
Tahukah anda bahawa amatlah penting untuk anda memastikan pengaliran haid anda berjalan dengan lancar? Sekiranya darah kotor ketika haid tidak keluar sehingga habis atau tidak lawas atau juga masih tertinggal saki baki darah kotor di dalam rahim, anda mungkin berisiko menghidapi fibroid. Selain itu, gangguan perjalanan darah haid dan kemandulan juga m, Secara ringkasnya, fibroid merupakan sejenis ketumbuhan atau tumor yang berada di dalam rahim perempuan. Banyak fakta yang boleh anda ketahui mengenai fibroid di internet. Namun, apa yang saya ingin tekankan di sini ialah bagaimana cara untuk memastikan perjalanan darah haid lancar dan sekaligus dapat mengelakkan simptom fibroid.
buah anti oksida
Oleh itu, saya menggalakkan para wanita untuk mengamalkan pengambilan buah-buahan yang kaya dengan anti-0ksida ketika sedang mengalami haid. Seperti rutin saya ketika ‘datang bulan’, saya akan mengamalkan pengambilan buah tomato kerana tomato adalah salah satu buah-buahan yang mengandungi anti-oksida dan saya juga sangat menggemari tomato. :D Kenapa anda perlu mengambil buah-buahan yang kaya dengan anti-oksida? Berikut ialah fungsi dan kelebihan anti-oksida untuk tubuh badan kita :
  • Membantu memulihkan kesihatan sel dan tisu badan
  • Melancarkan perjalanan darah
  • Menghalang pembengkakan dan keradangan
  • Bertindak sebagai bahan anti bakteria,anti virus, anti kanser dan pelindung kepada alahan
  • Membantu meningkatkan kekuatan dan keanjalan salur darah
…dan banyak lagi. Tapi, kelebihan yang saya tekankan di sini ialah kelebihan untuk kesihatan rahim anda, lebih-lebih lagi, ketika proses menstruasi/’datang bulan’ anda. Selain itu, pastikan anda tidak menjadikan minuman berais sebagai rutin harian anda. Ia bukan sahaja tidak sihat untuk rahim tetapi ia juga tidak sihat untuk tenaga batin. Saya tahu anda faham. :)

No comments: