Si Sepet Dan Si Manis

Si Sepet Dan Si Manis

Friday, November 12, 2010

Melambatkan Penuaan

Urutan Wajah Lambatkan Penuaan

21

Wanita sering dikaitkan dengan kecantikan, kehalusan, kesopanan dan keghairahan. Jika kesemua aspek ini tidak wujud dalam seseorang wanita, ia seolah-olah melambangkan wanita tersebut tidak sempurna. Lelaki sukakan wanita. Malahan, wanita sendiri ada yang mengagumi kecantikan wanita lain yang lebih cantik. Golongan yang cantik sangat bertuah dan amatlah rugi jika mereka mensia-siakan kecantikan mereka.

Tapi, bukan mengenai wanita cantik yang saya ingin tuliskan pada hari ini. Tetapi, apa yang kita lihat, bila umur seseorang wanita meningkat, segala yang dipuja, terutamanya secara fizikal, akan mula berkurangan.Contohnya, kecantikan akan semakin pudar bila kedut sudah mula timbul, keghairahan mula menurun bila hormon menopouse mula ‘menjelma’, perasaan malu mula menjengah bila tubuh badan mula menaik.
urutan wajah lambatkan penuaan
Walaubagaimanapun, semua itu kita dapat atasi jika kita pandai menjaga tubuh badan, kesihatan dan kecantikan kita. Kita boleh kurangkan lemak, turunkan berat badan yang meningkat dan mengekalkannya, tetapi tidak dalam bab penuaan. Walau banyak mana pun produk anti-penuaan yang kita pakai, hakikatnya kita tetap akan tua. Berita baiknya,walaupun kita juga akan tua suatu hari nanti tapi kita masih dapat melambatkan proses penuaan yang berlaku pada wajah kita.
Setiap penyakit pada asasnya berpunca daripada perjalanan darah yang tidak lancar. Secara ringkasnya, perkara yang sama berlaku pada wajah kita. Sekiranya perjalanan darah pada bahagian wajah kita tidak lancar, jerawat mudah timbul, tona kulit akan tidak sekata, liang pori yang sangat kelihatan dan pelbagai lagi masalah kulit yang lain kerana kulit muka adalah bahagian kulit yang sangat sensitif.
Oleh itu, bagi aspek penuaan pula, sekiranya perjalanan darah pada bahagian wajah berjalan dengan lancar, ia juga akan melambatkan proses penuaan yang berlaku pada kulit wajah. Ia boleh dilakukan dengan urutan pada wajah anda. Selain itu, ketika melakukan urutan pada wajah, anda boleh gunakan produk perawatan anti-penuaan atau pembaharuan sel-sel yang rosak sebagai pelembab utama ketika proses urutan dilakukan. Kesemua ini perlu dilakukan seawal umur 25 tahun kerana ia waktu yang terbaik untuk melambatkan proses penuaan yang berlaku.
Urutan Wajah Lambatkan Penuaan
Seperti kata Stephanie Chai mengenai tip kecantikan beliau, “Before foundation, apply primer and moisturiser, the result is very natural. Also, start on anti-ageing products early!” Walaubagaimanapun,sekiranya anda sudah berumur 30-an dan masih belum berbuat apa-apa untuk proses penuaan pada wajah anda, masih belum terlambat kerana kehidupan ceria dan sentiasa senyum juga, merupakan salah satu urutan wajah yang paling berkesan! Senyum…

No comments: