Si Sepet Dan Si Manis

Si Sepet Dan Si Manis

Tuesday, November 30, 2010

Lebatkan Rambut anda

Ambil sekepal nasi dan 1/2 biji limau nipis dan direndamkan bersama secawan air dan sebuku garam. Kemudian diembunkan waktu malam. Pagi esoknya perahlah limau nipis tersebut bersama bahan yang diembunkan tadi. Selepasitu barulah dibasuh rambut anda dengan air campuran tadi dan biarkan selama 3 jam. Kemudian barulah dibilas dengan air bersih. Insya-Allah jika diamalkan petua ini, akan menampakkan hasilnya.

Petua Melebatkan Rambut


Siapa yang tidak inginkan rambut tebal menawan.. Bagi yang berambut nipis mari cuba mengamalkan nipis ini. Petua rambut lebat ini menggunakan minyak zaitun, minyak zaitun bukan sahaja digunakan untuk memasak sahaja banyak lagi khasiat-khasiat yang ada pada minyak zaitun yang boleh dimanfatkan kepada kecantikan dan kesihatan.
Bahan-bahan
2 sudu besar minyak zaitun
2 sudu besar minyak bijan
2biji telur
2 sudu besar santan asli
2 sudu besar minyak kelapa
Cara
  1. Kisar semua ramuan dengan alat pengisar kelajuan sederhana selama lebih kurang 30 saat, ramuan akan berbuih keran aterdapat telur.
  2. Ketika mandi selepas membersihkan rambut dgn syampu, sapu rata ramuan tadi dan urutkan keseluruh kulit kepala.
  3. Biarkan selama 5 minit sebelum membilas bersih sebaiknya mengguna air suam.
ini bolehlah diamalkan setiap hari. Ramuan yang disediakan ini tahan selama lebih kurang 5 hari jika disimpan di dalam peti sejuk.
~Selamat mencuba~

Penjagaan Rambut

Petua menjaga rambut
Syampu
Mitos pertama mengenai rambut adalah terlampau kerap bersyampu. Ini boleh menyebabkan rambut mengalami keguguran. Sebenarnya, cara anda menggosok kepala adalah penyebab utama rambut gugur. Cara menggosok kepala yang tidak betul akan mencabut akar rambut. Rambut yang gugur 50-100 helai sehari adalah perkara normal. Ini berlaku kerana rambut juga perlukan generasi. Jika jumlah rambut gugur lebih daripada jumlah yang dihadkan, maka anda mengalami masalah rambut gugur. Masalah itu terjadi mungkin disebabkan oleh fungsi tubuh anda terganggu, ‘stress’ dan kurang vitamin.

Mayonis
Ada juga di kalangan wanita mengatakan bahawa mayonis adalah perapi rambut yang baik. Ia terbukti apabila ada di kalangan personaliti barat menggunakan cara yang sama untuk mendapatkan rambut yang cantik. Malahan cara ini sering menjadi ikutan dan terus meletakkan status petua sebagai berkesan.

Jika dilihat secara asasnya mayonis diperbuat daripada campuran telur, minyak dan cuka. Memang benar bahawa bahan-bahan ini adalah perapi yang baik. Tapi anda harus ingat, tidak semua rambut serasi dengan bahan-bahan tersebut.

Misalnya bagi rambut berminyak, sebaiknya hindari penggunaan minyak yang banyak. Rambut yang kering dan kulit kepala yang sensitif pula, hindarkan penggunaan cuka. Ingat juga, setelah menggunakan mayonis sebagai perapi, basuhlah dengan bersih kerana dikhuatiri lubang pori-pori akan tersumbat.

Air hujan
Biasanya, air tadahan hujan dikatakan baik dijadikan air mandi dan membasuh rambut. Hal ini kerana, air tadahan datang daripada sumber semulajadi. Hujan yang turun daripada langit dapat ditadah terus menerus tanpa ditambah dengan klorin.

Perkara ini mungkin praktikal pada zaman dahulu. Anda harus sedar, udara kini kotor. Banyak pencemaran terjadi di muka bumi. Awan pula menakung air yang datang dari bumi. Justeru, air hujan tidak boleh dikatakan bersih dan baik untuk rambut. Dikhuatiri air yang ditadah adalah air hujan asid.

Syampu bayi
Syampu bayi sering dianggap sebagai bahan yang mampu menjadikan rambut wanita dewasa kembali lembut seperti rambut bayi. Sebenarnya, tekaan anda itu salah. Satu-satunya kelebihan menggunakan syampu bayi adalah mata anda tidak pedih.

pH yang terdapat dalam syampu bayi lebih rendah berbanding pH pada syampu orang dewasa. Hal ini kerana kulit kepala bayi masih lembut berbanding kulit kepala orang dewasa. Penggunaan syampu bayi orang dewasa tidak berkesan kerana syampu bayi tidak mampu bekerja secara maksimum pada kulit kepala orang dewasa.

Rokok
Ramai orang mengatakan bahawa merokok mengakibatkan rambut akan cepat beruban. Kenyataan ini benar sekali. Perokok bakal menanggung risiko cepat beruban 4 kali lebih besar berbanding mereka yang tidak merokok.

Air limau
Ada petua yang mengatakan perahan air lemon boleh mengilatkan rambut. Petua ini mungkin ada kebenarannya namun semuanya bergantung pada warna rambut anda. Sejak dahulu kala, air perahan lemon telah digunakan sebagai ‘bleaching’ semulajadi pada rambut bewarna terang.

Seperti rambut warna perang atau coklat terang. Rambut yang diusap dengan air perahan limau nampak lebih berkilat jika terkena cahaya matahari. Namun begitu bagi rambut bewarna gelap, termasuk hitam, merah tua atau coklat tua, kilat rambut tidak berkilau.

Saturday, November 20, 2010

Kesilapan ketika berdiet

Bila kita berbicara berkenaan berdiet, banyak sebenarnya kesilapan yang telah kita lakukan dalam hari-hari ketika kita ingin berdiet. Kesilapan ini mungkin adakalanya kita tidak sedar ataupun memang kita tak tahupun sebenarnya perkara tersebut merupakan kesilapan ketika berdiet.
Mari saya kongsikan bersama anda apakah kesilapan-kesilapan tersebut. Semoga dengan mengetahui kesilapan-kesilapan tersebut seterusnya dapat mengelakkan anda daripada melakukannya di masa hadapan ketika anda ingin berdiet ok…
Kesilapan yang terbesar biasa kita lihat ialah mereka yang ingin berdiet ini akan menjalani sesi diet mereka bagaikan seperti berada dalam tahanan perang Guantanamo atau dalam penjara. hoho..memang bunyinya macam lawak, tapi inilah hakikatnya.
Mereka ini akan buang segala makanan yang ada di dapur mereka dan di dalam peti sejuk mereka yang mereka lihat ada potensi untuk menambahkan lemak dalam badan mereka. Sesi diet seperti ini sebenarnya mustahil untuk anda kekalkan untuk anda mencapai matlamat berat badan ideal anda.
Perkara ini mungkin akan berkesan untuk jangka masa yang pendak, tetapi kesan langsungnya ialah anda akan mudah berasa gagal, kecewa dan berasa sakit di kemudian hari.
Perkara utama yang harus anda fokus ketika berdiet ialah apakah matlamat diet anda.
Kesilapan yang lain ialah memakan makanan atau menu yang sama setiap hari. Tiap-taip hari sama je menunya dan tidak berubah-ubah. Natijah semulajadi tubuh badan kita ialah ianya lebih cenderung anda selesa untuk memakan pelbagai menu makanan berbeza setiap hari.
Pilih diet atau pelan pemakanan sihat yang boleh anda nikmati pelbagai makanan sihat yang berbeza berbanding hanya kekalkan satu jenis menu sahaja setiap hari.
Selain daripada dua kesilapan di atas, kesilapan seterusnya ialah menahan diri anda sendiri untuk menikmati makanan kegemaran anda. Ini umpama menyeksa diri sendiri. Dalam berdiet malah apa pun perkara dalam kehidupan seharian kita, kesederhanaan itu menjadi keutamaan.
Dalam anda menetapkan menu utama harian anda seperti buah-buahan dan sayur-sayuran, jangan lupa untuk beri sedikit ‘kebebasan’ buat diri anda untuk menikmati makanan kegemaran anda. Bukannya setiap hari, tapi kadang-kala apa salahnya anda menikmati ais krim atau kek coklat yang menjadi kegemaran anda tu.
Tidak menjadi kesalahan atau sesuatu yang ‘berdosa’ untuk anda makan makanan yang berlemak ketika anda berdiet.
Begitulah beberapa kesilapan yang adakalnya mungkin anda tidak sedar anda lakukannya ketika anda berdiet.
Selamat menjalani diet anda yang seimbang.

Sarapan Sihat

Sarapan yang sihat ialah sesuatu yang penting dalam menu pemakanan seharian kita.
Apa kata anda ubah sekali-kala menu sarapan anda. Asyik-asyik nasi lemak, roti canai, teh tarik je..kalau anda amalkan menu sebegitu hari-hari selama mana anda hidup, ada kemungkinan besar berat badan anda akan cepat naik.
Mari saya kongsikan bersama anda idea-idea tersebut:
  • Hidangan buah-buahan campuran. Anda boleh potongkan beberapa hirisan buah epal, pisang, mangga dan pear. Apa yang penting pelbagai hidangan buanh-buahan anda. Masa yang diambil untuk menyediakan sarapan seperti ini amat cepat. Owh ye, kalau anda nak tahu, jika anda makan buah-buahan dalam keadaan perut yang kosong, ini mampu menurunkan berat badan anda secara semulajadi.
  • Minum shake untuk lebih kenyang. Jika anda rasakan makan buah membuatkan anda masih berasa lapar, anda boleh buat minuman shake buah-buahan. Kalau nak buat milk shake pun boleh. Dengan meminum minuman shake, ia dapat memberi anda tenaga tambahan untuk aktiviti sepanjang hari anda.
  • Kek muffin dan jem. Hidangan ini juga mampu mengurangkan pengambilan kolesterol berlebihan dalam sarapan anda. Dalam masa yang sama, ia mampu memberi anda kesihatan yang lebih baik. Beli kek muffin di kedai-kedai kek dan sapukan jem kesukaan anda. Beli muffin yang tidak berperisa atau berperisa original. Nak lagi best boleh tambahkan juga madu.
  • Scramble egg. Yang ni saya pasti mesti menjadi kegemaran anda. Anda boleh buat scramble egg. Pecahkan telur dalam non-stick frying pan dan campurkan dengan susu segar. Gunakan majerin sebagai minyak untuk memasak. Gaulkannya hingga ia masak kemudian letakkan serbuk lada hitam. Makan dengan roti untuk nak lebih kenyang.
  • Oatmeal. Ini merupakan hidangan bagi anda yang inginkan penjimatan masa. Anda boleh beli 3 in 1 Quaker Oat dan hanya campukan dengan air panas. Saya jamin, sampai tengahari pun anda akan kenyang dan tak perlu menahan kelaparan.
Semoga dengan perkongsian idea-idea ini dapat anda cuba amalkan dalam amalan pemakanan seharian anda.

Jalan Kaki Senaman Mudah !

Faktor masa tidak boleh dijadikan sebagai alasan untuk anda tidak bersenam. Sibuk bekerja dan sebagainya bukanlah satu halangan untuk anda memulakannya. Jadualkan masa sekurangkurangnya lima hingga 10 minit setiap hari untuk berjalan kaki walau di mana jua anda pergi.

Seperti yang diketahui, berjalan kaki merupakan satu bentuk senaman mudah untuk dilakukan sama ada anda sedar atau tidak. Contoh yang paling mudah ialah meletakkan kenderaan anda di tempat yang jauh sedikit daripada tempat yang anda biasa letak. Kemudian, berjalanlah sedikit dan elakkan menggunakan lif. Sebaliknya gunakan tangga semampu yang anda boleh. Aktiviti berjalan kaki ini sebenarnya lebih menyeronokkan apabila ia turut dilakukan bersama rakan, pasangan mahupun keluarga. Jangan memandang remeh aktiviti berjalan kaki kerana banyak manfaat yang anda peroleh melaluinya.

Pada dasarnya, aktiviti fizikal seperti ini yang dilakukan secara berterusan dan dalam tempoh yang panjang membantu melatih tahap jasmani seseorang. Selain daripada itu, oksigen yang disedut dan dihembus akan melancarkan peredaran darah. Sebagai impaknya, tubuh tidak mudah merasa penat, sebaliknya segera mengembalikan tubuh pada keadaan yang normal di samping mengurangkan tekanan.

Jalan kaki dan diet

Hampir setiap latihan fizikal yang dilakukan akan membakar kalori. Persoalannya berapa banyak kalori yang terbakar? Seperti aktiviti fizikal yang lain, berjalan kaki turut membakar kalori dalam jumlah yang cukup besar. Wanita yang berusia 40 an dan ke atas yang berjalan kaki dengan kecepatan sekurang-kurangnya 70 langkah seminit selama 30 minit dapat membakar kalori hingga 79kcal. Lebih banyak langkah yang dilakukan, lebih banyak kalori yang terbakar. Sebaliknya, bagi lelaki berusia 40 an dan ke atas yang melakukan perbuatan yang sama hanya membakar kalori sebanyak 64kcal. Oleh itu, jadikan aktiviti ini sebagai rutin harian anda. Anda dapat mengira berapakah jumlah kalori yang hilang ketika berjalan kaki.

9 Cara Membakar Kalori

Thursday, November 18, 2010

Makanan Pencegah KANSER PAYUDARA

Ramai yang mungkin hairan jika ada makanan khusus yang boleh membantu mengurangkan penyakit tertentu. Kita semua tau ada makanan sihat yang bagus untuk jantung, tetapi adakah cara mengamalkan makanan yang sihat untuk mengurangkan risiko kanser payudara? Ikuti tips di bawah sebagai panduan pemakanan untuk anda kurangkan risiko kanser payudara.

1. Kekalkan pengambilan makanan rendah lemak, tidak melebihi 30 gram lemak setiap hari. Ini akan membantu mengekalkan diet seimbang yang juga membantu menurunkan berat badan. Estrogen disimpan pada lemak tubuh, jadi lebih sedikit lemak yang kita bawa, lebih baik.

2. Masukkan brokoli ke dalam makanan dan menu harian anda. Makan sepinggan brokoli setiap hari dan anda akan mendapat manfaat khasiat sulfuraphane yang terdapat di dalamnya. Bahan sulfuraphane ini terbukti secara ilmiah dapat mengurangkan risiko kanser payudara.

3. Jangan lupa makan buah-buahan dan masukkan sayur-sayuran lain dalam menu anda.

4. Makan tomato yang kaya dengan likopen kerana ia merupakan agen yang berfungsi mengurangkan risiko kanser.

5. Makan dalam kuantiti yang sedikit tapi kerap. Elakkan makan dengan banyak sekaligus. Cara ini dapat membantu saluran pencernaan anda dan meningkatkan/memperbaiki metabolisme anda.

6. Minum teh hijau yang kaya dengan antioksidan.

7. Makan coklat gelap sekali sekala kerana coklat gelap terbukti sebagai agen yang dapat membantu mengurangkan risiko kanser payudara. Flavonoid yang terdapat pada coklat gelap (dark chocolate) juga dapat membantu untuk anda kelihatan awet muda. Elakkan pengambilan coklat manis kerana tidak mempunyai khasiat yang banyak untuk kesihatan anda.

15 Tips turun berat badan

15 Tips Menurunkan Berat Badan



15 Tips Menurunkan Berat Badan:
FIKIR POSITIF - "Bagus, gelas ni cuma pecah separuh!"
1.    Saya Boleh!
Tanamkan azam itu dalam diri anda. Yakin anda boleh melakukannya. Apa saja godaan yang datang, sentiasa ingat azam anda itu. Sentiasa terapkan dalam fikiran anda bahawa anda boleh menurunkan berat badan. Jadikan mereka yang telah berjaya menurunkan berat badan sebagai motivasi anda untuk berjaya seperti mereka juga. Sentiasala berfikiran positif.

2.    Sarapan Adalah Wajib
Jangan sesekali meninggalkan sarapan pagi. Sebelum keluar rumah, jamahlah sedikit makanan kerana sarapanlah yang akan memberikan anda tenaga untuk meneruskan aktiviti harian. Tidak perlu makan sarapan yang berat. Cukup sekadar roti, telur atau jika tiada masa, anda boleh makan pisang, yogurt atau makanan yang mengandungi serat dan protein. Ia akan membuatkan anda berasa kenyang sehingga tengahari.

3.    Baca Dan Semak Kandungan Nutrisi
Jangan terburu-buru sebaliknya ambil masa untuk anda membaca atau memerhatikan kandungan nutrisi pada makanan yang anda pilih sebelum anda mengambilnya. Perkara ini amat penting kerana jumlah kalori dan zat inilah yang berperanan untuk menambah berat badan anda jika diambil secara berlebihan. Belajarlah untuk menyesuaikan keperluan tenaga atau kalori anda dalam seharian.  Anda juga boleh membuat catatan yang boleh mengingatkan anda terhadap keperluan nutrisi anda agar pengambilannya sentiasa terkawal.

4.    Elak Diet Sementara
Kebanyakan orang mahu berdiet kerana mahukan keputusan dalam waktu yang singkat. Mungkin diet yang sangat ketat boleh menurunkan berat badan dalam jangka masa yang cepat namun selalunya ia akan bertambah semula dalam masa yang singkat. Berlapar semata-mata tidak akan membuat berat anda turun malah cara berlapar ini akan menurunkan metabolisme badan untuk membakar lemak. Paling penting adalah memilih makanan yang seimbang nilai gizinya mengikut keperluan tubuh anda agar kalori yang masuk akan dimanfaatkan tanpa disimpan menjadi lemak terkumpul dalam tubuh.

5.    Makan Dengan Teratur
Amalkan makan secara teratur dan jadikan ia sebagai rutin. Kadar metabolisme anda akan menurun apabila sedang lapar dan keadaan ini tidak begitu elok jika anda sedang berusaha untuk menurunkan berat badan. Bagi menghindari keadaan tersebut, sediakan pola/menu pemakanan yang anda boleh ikuti dan jadikan rutin setiap hari.

6.    Banyakkan Pengambilan Serat.
Serat amat penting untuk membantu menurunkan paras kolesterol selain melancarkan proses pada saluran pencernaan. Malah, serat juga membantu mempercepatkan rasa kenyang dan ini akan membantu anda untuk mengurangkan kuantiti makanan yang diambil. Sebahagian besar serat mempunyai kandungan air yang tinggi dan kalori yang rendah yang amat sesuai dalam menu pemakanan anda untuk membantu menurunkan berat badan.

7.    Pilih Makanan Yang Menyihatkan
Pemilihan makanan penting dalam usaha untuk menurunkan berat badan seperti yang anda mahukan. Pilih makanan yang mengandungi omega 3 (lemak baik) seperti ikan salmon dan tuna. Elakkan makanan mengandungi banyak lemak tepu. Pilih minyak sayuran sebagai sumber lemak kerana jumlah kalorinya yang sedikit. Banyakkan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran.

8.    Lakukan Senaman Dan Bersukan
Salah satu senaman yang paling mudah, menjimatkan dan boleh dilakukan bila-bila masa adalah berjalan kaki. Sentiasalah berjalan kaki setiap hari sekurang-kurangnya untuk tempoh 15 minit. Anda juga boleh pilih senaman bersukan yang sesuai dengan keadaan tubuh anda. Bersukan bukan sekadar membantu menurunkan berat badan tetapi juga menjadikan tubuh lebih sihat dan fit.

9.    Buang Kebiasaan Mengunyah Pada Waktu Malam
Inilah tabiat yang mudah mendorong kepada kenaikan berat badan. Hentikan tabiat ini kerana ia hanya akan emnghancurkan impian anda untuk kembali langsing. Kalori yang anda ambil pada waktu malam akan bertimbun dan tersimpan sebagai lemak di dalam tubuh.

10.    Banyakkan Pengambilan Protein
Makanlah makanan yang mengandungi protein yang tinggi kerana ia akan membuat perut anda berasa kenyang hingga beberapa jam dan ini akan membantu mengurangkan keinginan anda untuk makan sebelum sampai waktunya.

11.    Buang Kebiasaan/Tabiat Buruk
Buang kebiasaan atau tabiat buruk yang mudah mengundang kenaikan berat badan dalam gaya hidup anda sebelum ini. Gantikan dengan kebiasaan yang lebih baik. Contohnya, gantikan penggunaan gula biasa dengan gula yang rendah kalori serta elakkan memasak makanan dengan menggunakan minyak yang banyak.

12.    Jadikan Teman Sekeliling Sebagai Pendorong Semangat
Jadikan orang sekeliling anda sebagai pendorong semangat anda untuk kembali langsing. Sekiranya anda putus asa atau patah semangat untuk meneruskan usaha menurunkan berat badan, teman-teman rapat anda akan menjadi pendorong semangat supaya jangan mengalah.

13.    Catat Setiap Perkembangan
Sediakan catatan untuk mencatit setiap perkembangan dari masa ke semasa. Lebih baik jika anda mempunyai teman untuk sama-sama menurunkan berat badan. Dengan ini anda boleh membandingkan catatan anda dengannya. Ini akan membuat anda lebih bersemangat untuk mencapai tahap penurunan berat yang anda inginkan. Anggaplah ini sebagai satu persaingan yang sihat.

14.    Minum Air Yang Cukup
Pendapat pakar kesihatan mengesahkan apabila anda minum air kosong/putih yang mencukupi, ia membantu anda menghindarkan diri daripada makan secara berlebihan. Oleh itu, minumlah sekurang-kurangnya 8 gelas air putih sehari.

15.    Turunkan Berat Badan Untuk Kesihatan.
Anda inginkan tubuh sihat dan terhindar dari penyakit? Oleh itu, jangan berputus asa dalam usaha anda untuk menurunkan berat badan. Ia bukan sekadar untuk kelihatan langsing dan cantik tetapi juga untuk menjaga  tahap kesihatan anda. Selalulah memotivasikan diri anda agar matlamat anda berjaya dicapai.

Makanan Pembakar Kalori


Tahukah anda, terdapat banyak jenis makanan di dapur anda yang boleh digunakan sebagai makanan pembakar kalori bagi membantu usaha anda untuk menurunkan berat badan. Ia adalah satu kelebihan untuk membantu proses pembakaran kalori dalam tubuh.
Antara fungsi makanan ini adalah membantu mengimbangkan kadar gula dalam darah. Ini membantu anda untuk tidak kerap berasa lapar. Selain itu, ia juga membantu merangsang metabolisme tubuh untuk mempercepatkan pembakaran kalori. Sudah tentu faktor-faktor ini sangat membantu usaha anda untuk menurunkan berat badan.

Berikut adalah antara senarai makanan pembakar kalori yang bagus untuk anda masukkan dalam menu pemakanan harian anda.

Oren
Buah oren adalah antara buah yang mengandungi banyak vitamin C.  Kajian mendapati bahawa jika tubuh kekurangan vitamin C, pembakaran kalori dan lemak menjadi lebih sukar. Vitamin C bertindak sebagai ejen antioksida yang membantu mempercepatkan pembakaran kalori dalam badan. So, amalkan makan oren setiap hari untuk mempercepatkan pembakaran kalori.

Air Putih
Mesti ada dalam rumah kan? Air putih memainkan peranan penting dalam usaha menurunkan berat badan. Minum 8 gelas air putih setiap hari. Pengambilan air yang cukup akan membantu mempercepatkan pembakaran kalori dan ia juga baik untuk kesihatan kulit selain mengelakkan dehidrasi.

Ikan
Suka makan ikan? Mereka yang makan ikan 3 atau 4 kali seminggu mempunyai tahap leptin yang tinggi berbanding yang tak makan ikan. Leptin adalah sejenis hormone yang membantu mengawal selera makan dan juga memainkan peranan untuk menurunkan berat badan. Ikan juga kaya dengan omega 3 yang membantu mengawal gula dalam darah. Oleh itu masukkan ikan dalam menu anda.

Susu
Susu adalah pembekal utama kalsium untuk keperluan tubuh. Keperluan kalsium bukan hanya untuk menguatkan tulang malah membantu proses pembakaran kalori dalam tubuh (susu rendah lemak). Minumlah 2 gelas susu setiap hari.

Epal
Epal merupakan sumber pectin dan fiber yang amat diperlukan dalam diet anda. Anda juga lebih mudah kenyang hanya dengan makan epal. Kandungan 5g pektin boleh mengenyangkan anda untuk tempoh sehingga 4 jam dan boleh didapati daripada 2 biji epal.

Barli
Barli kaya dengan fiber dan karbohidrat kompleks tetapi kurang kalori. Ia membantu proses pembakaran kalori dalam tubuh badan.

Kacang Hitam (Black Beans)
Merupakan makanan yang rendah kalori, mengenyangkan dan kaya dengan fiber.

Tembikai Susu Jingga (Rock Melon)
Anda pernah makan buah ni? Buah ini juga dipanggil cantaloupe di Amerika. Kaya dengan nutrient dan rendah kalori. Baik untuk kesihatan dan membantu meningkatkan imunisasi badan melawan penyakit.

Lobak Merah
Kaya dengan fiber, rendah kalori dan amat sesuai dimasukkan dalam menu pemakanan harian anda. Mengandungi lemak karotenoid iaitu bahan larut yang merendahkan risikao pelbagai jenis kanser dan radang.

Bijirin (Cereal)
Kaya dengan fiber. Kajian mendapati mereka yang amalkan makan bijirin semasa sarapan akan makan dalam kuantiti yang sedikit semasa makan tengahari berbanding mereka yang menikmati makanan kurang fiber semasa sarapan. Bijirin membuat anda cepat kenyang dan lambat berasa lapar.

Cili Merah
kandungan capsaicin dalam cili membantu mencegah pembentukan lemak dan mengurangkan rasa lapar. Ia juga membantu meningkatkan metabolisme badan untuk membakar kalori. Sebaiknya buang biji cili sebelum dimasukkan dalam masakan anda.

Fruit Smoothies
 Merupakan minuman campuran buah-buahan segar yang dikisar bersama susu dan yogurt. Kaya dengan pelbagai nutrient yang terdapat dalam buah-buahan termasuk susu dan yogurt. Rendah kalori dan mampu mengenyangkan anda. Pastikan anda menggunakan susu rendah lemak.

Halia
Termasuk dalam kategori herba yang bagus dimasukkan dalam masakan anda.  Membantu proses pencernaan dan pembakaran lemak.

Teh Hijau
Kajian mendapati mereka yang minum the hijau setiap hari, tubuhnya membakar lebih banyak kalori berbanding mereka yang minum kopi atau minuman berkafien. Amalkan minum 2 cawan setiap hari.

Bawang merah
Kandungan bawang membantu mengurangkan lemak dalam yang terkandung dalam makanan anda. Oleh itu jangan lupa masukkan bawang dalam masakan anda.

Strawberry
Kaya dengan kandungan air dan fiber serta rendah kalori. Amat sesuai untuk anda yang sedang berdiet.

Tempe
Tempe diperbuat daripada kacang soya berprotein tinggi yang membantu proses menurunkan berat badan. Mengandungi 30% keperluan fiber yang disarankan untuk badan.

Rumput laut
Sayuran laut ini amat sesuai untuk mereka yang berdiet kerana kaya dengan nutrisi dan mineral yang diperlukan oleh tubuh.

Senarai barang2 yang tak halal

SENARAI BARANG YANG MENGANDUNGI LEMAK ****
> 1. Minyak Masak LAM SOON ( Cap Helang & Buruh )
> 2. Ubat Pearl Cream Arche ( Thailand )
> 3. Ajinomoto ( Thailand )
> 4. Ais Krim Harga RM1.00 ke atas
> 5. Semua tauhu buatan Orang Cina
> 6. Sabun LUX & Lotion Badan Buatan Malaysia , USA , & Thailand
> 7. Sabun FAB berbuku
> 8. Lobak Jeruk
> 9. Mee & Kueteow basah ( buatan Cina)
> 10. Krim Muka Hazeline Snow

SENARAI BARANG YG MENGANDUNGI ( KULIT ****, URI & BINATANG YANG TIDAK HALAL)

> 1. Semua Jenis Serbuk Mee Segera Terutama Maggi
> 2. Pucuk , Kulit Popia, Fish Cake & Bebola Ikan buatan Orang Cina
> 3. Daging Burger Import
> 4.. Sardin, Kari Ayam dlm tin & Yong Taufu buatan Orang Cina
> 5. Kasut Bola Jenis ‘ Gold Cup’
> 6. Berus Gigi Jenis ‘ Reach’
> 7. Mee Kering ( sanggol ) 15.Mee Rebus Tulang&Kiub Perasa Ayam
> 8. Semua sabun mandi yang diimport
> 9. Ajinomoto kecuali keluaran Kilang Lot 5710 Jalan Kuchai Lama KL
> 10. Semua jenis shampoo kecuali keluaran Orang Islam
> 11. Have Pearl Cream
> 12. Ramuan Kentucky Fried Chicken & Mc Donald
> 13. Ubat Kurap buatan Org Cina
> 14.. Beehon Segera Siam
> 16. Sabun Mandi Yang Berminyak

SENARAI BARANG YANG MENGANDUNGI GELATIN ( LEMAK **** DAN BINATANG TIDAK HALAL )

> 1. Bosset Wine Gum
> 2. Dairy Milk Coklat
> 3. Coklat Cadbury/ Chewing Gum
> 4. Sugus Strawberry
> 5. Passer Doily Mixture
> 6. Trebo Mint Chewing Gum/ Peppermint
> 7. Scothes Vikmin
> 8. Share Extra Atrenght
> 9. Black Current Jelly
> 10. Royal Gulaman & Decart Oranges
> 11. Valvis Gelatin
> 12. Sarung Kapsul Ubat
> 13. Ais Krim dalam bekas plastik
> 14. Gula-gula Fruities
> 15 Cake Mets Vilber Punch
> 16 Coklat Cake
> 17 Tepung Kastard Lady’s Choice
> 18 Semua jenis Jelly
> 19 Semua jenis gincu bibir
> 20 Keseluruhan Jenis Sheisedo
> 21 Lady’s Choice Jelly
> SENARAI BARANG YANG MENGANDUNGI ALKOHOL UNSUR-UNSURNYA
> 1 BARANGAN AVON KESELURUHANNYA
> 2 PEWANGI KETIAK TERUTAMA JENAMA VITALIS & CONCORD
> 3 MINYAK RAMBUT BRYLCREAM ( HIJAU )
> 4 RACUN SERANGGA JENIS SPRAY SEPERTI SHELTOX, BAYGON & MORTIN
> 5 SELURUH UBAT BATUK JENIS SIRAP
> 6 KESELURUHAN BALL PEN DAKWAT KERING
> 7 TONIK BAYI GRAPE WATER, TONIK WATERBERRY COMPOUND
Kami dalam keresahan memohon ampun dan maaf terlewat memberutahu perkara di atas. Pastikan Pakaian anda tidak terkena bahan-bahan diatas terutama pakaian sembahyang. TOLONG CETAK DAN EDARKAN RISALAH INI KPD SEMUA SAUDARA ISLAM KITA.
Confirm – Pringles Potato Chips – tidak HALAL !!
AMARAN OLEH KERAJAAN M’SIA BERHATI-HATI SEBELUM MAKAN!
Ref. Message: Pringles Potato Chips
Looks like you have to find another alternative to munch.
Just to let you and gang know…….. I have checked. It’s true that the chips contain Emulsifier.
Dr Safurah Hj Jaafar ;
Principal Assistant Director;
Ministry of Health , Malaysia ;
Tel: 03-2540088.
TOP URGENT…….. PLS FORWARD TO OUR MUSLIM FRIENDS… Forward
this to your pork-free muslim friends. Beware of what ou eat.
UPDATE – Admin BHO Blog dapat tahu ada kemungkinan senarai ini tidak benar. Lihat forum ini
Siapa2 yang nak komen dan beri pendapat silakan.

44 Larangan Bakal Pengantin

Apabila telah ditetapkan hari perkahwinan bermakna bermulalah pantang
larang buat bakal mempelai itu. Apa yg ditetapkan harus diikuti utk
kebaikan diri mereka. Ia bukanlah menjaid kewajipan tetapi sudah menjadi satu budaya dlm masyarakat melayu. Walaupun bakal pengantin zaman sekarang jarang disebutkan perkara ini kepada mereka, tidak rugi jika apa-apa pantang larang yg difikirkan sesuai masih boleh diikuti.
1. Jangan keluar dengan pasangan selama 40 hari sebelum diijabkabul utk mengelakkan tohmahan masyarakat. Selain itu ia bertujuan utk mengawal nafsu. Ia juga utk menimbulkan perasaan rindu dendam. Perasaan yg timbul akan membuatkan wajah pengantin lebih berseri.

2. Jgn tidur dirumah orang takut terkena ilmu. Ia juga utk menjaga nama
baik keluarga.
3. Jgn bebas keluar kemana-mana kerana takut disantau oleh mereka yg
mempunyai niat tidak baik.
4. Jgn makan nasi dgn gulai berkuah beberapa bulan sebelum naik pelamin bagi mengelakkan perut buncit.
5. Elakkan makan ulam yg berbau busuk seperti petaidan jering.
7. Jgn bercermin terutama selepas maghrib ke atas bagi mengelak diri dari perkara sihir.
8. Jgn membuang air kecil dan air besar serentak di dlm air contohnya dlm sungai, kolah kerana ia boleh melemahkan organ seks.
9. Elakkan minum air bergas kerana ia mempunyai gula dan gas yg tinggi dan boleh menyebabkan kencing manis.
10. Kurangkan makan makanan yg manis kerana jika terkena kencing manis, lelaki tersebut menghadapi masalah berat tika bersama.
11. Elakkan mandi malam kerana tidak elok untuk sendi-sendi.
12. Kawal makan iaitu sekali makan setiap hari (mengikut sesetengah adat)
13. Kaum lelaki elakkan memakai seluar dalam yg ketat pada waktu malam dan tidur meniarap kerana tidak bagus utk organ seks kerana darah tidak mengalir.
14. Elakkan terlalu banyak makan makanan laut kerana ia mengandungi banyak toksid.
15. Tiga bulan sebelum berkahwin, mula membuat urutan supaya pengantin mempunyai tenaga.
16. Amalkan makan telur ayam kampung seminggu 2 kali yg dicampur madu dan lada hitam yg ditumbuk utk menambah tenaga.
17. Bagi mereka yg banyak angin, minum air halia utk membuang angin.
18. Belajar ilmu rumahtangga drpd org yg berpengalaman dan sudah berkahwin
tentang rahsia memikat isteri supaya rumahtangga aman dan damai.
19. Jgn memuaskan nafsu dengan cara sendiri.
20. Cukupkan waktu tidur tujuh hingga lapan jam sehari.
21. Elakkan minum minuman keras dan merokok.
22. Elakkan terkena cahaya matahari kerana dikhuatiri hitam dan tidak
berseri pada hari perkahwinan.
23. Elakkan minum air soya kerana ia sejuk dan tidak elok utk alat kelamin.
24. Amalkan makan jamu supaya malam pengantin tidak mengecewakan.
25. Banyakkan baca surah-surah bagi mengelakkan gangguan syaitan. Sentiasa mengingati Allah.
26. Jgn makan sebebas-bebasnya kerana ketika ini sistem dalaman tidak
stabil.
27. Jgn terlalu terdedah kepada keluarga lelaki (simpan diri).
28. Jgn berembun atau keluar malam bagi mengelakkan unsur jahat.
29. Jgn bercelak atau berlangir serta memotong rambut seminggu sebelum ijabkabul.
30. Jika telah nikah gantung tidak boleh bersama.
32. Bilik lelaki atau wanita jgn dikosongkan. Mesti ada orang atau ahli
keluarga terdekat tidur di dalam bagi mengelak dr dikhianati org.
33. Jgn buat kerja yg berat. Bila pengantin membuat kerja berat, dia akan berasa penat dan mudah terjadi nya gangguan emosi.
34. Jaga pertuturan agar tidak menimbulkan rasa sakit hati.
35. Elakkan makan dan minum seperti sayur bersifat sejuk seperti kangkung, bayam, timun, jambu batu dan air kelapa agar muka nampak segar.
36. Jgn cukur kening ditakuti akan menghilangkan seri muka.
37. Sebelum menjadi pengantin, katil kelamin tidak boleh ditiduri oleh
pengantin kerana tidak manis.
38. Lempar baju di atas bumbung rumah tanpa diketahui oleh org lain bagi mengelakkan hujan turun ketika majlis berlangsung.
39. Dilarang memandang cermin ketika disolek oleh juruandam kerana
dikhuatiri hilang seri.
40. Kedua pengantin dilarang bercakap ketika bersanding kerana kurang manis dipandang tetamu.
41. Jgn makan kepala ayam nanti mengantuk masa bersanding.
42. Dilarang membuang alis kerana perbuatan tersebut akan menghilangkan seri wajah buat pengantin lelaki.
43. Jgn makan bersulam air kerana dikhuatiri menyebabkan perut menjadi buncit.
44. Elakkan keluar rumah tanpa tujuan kerana angan-angan yg tinggi
menjelang perkahwinan dikhuatiri bakal pengantin mengalami kemalangan jika berada diluar.
Orang-orang tua Melayu dahulu selalu mengingatkan anak cucunya supaya tidak melanggar pantang larang. Melanggar pantang larang samalah dengan tidak mendengar nasihat.

Tuesday, November 16, 2010

Renungan Buat Suami dan Isteri

Apakah membebanimu wahai hamba Allah, untuk tersenyum di hadapan isterimu dikala anda masuk bertemu isteri tercinta, agar anda meraih pahala dari Allah?!Apakah membebanimu untuk berwajah yang berseri-seri tatkala anda melihat anak dan isterimu?!Apakah menyulitkanmu wahai hamba Allah, untuk merangkul isterimu, mencium pipinya serta bercumbu disaat anda menghampiri dirinya?!
Apakah memberatkanmu untuk mengangkat sesuap nasi dan meletakkannya di mulut isterimu, agar anda mendapat pahala?!Apakah termasuk susuh, kalau anda masuk rumah sambil mengucapkan salam dengan lengkap agar anda meraih 30 kebaikan?! Apa yang membebanimu, jika anda menuturkan untaian kata-kata yang baik yang disenangi kekasihmu, walaupun agak terpaksa, dan mengandung bohong yang dibolehkan?!!
Tanyalah keadaan isterimu di saat anda masuk rumah!Apakah memberatkanmu, jika anda menuturkan kepada isterimu di saat masuk rumah : "Duhai kekasihku, semenjak Kanda keluar dari sisimu, dari pagi sampai sekarang, serasa bagaikan setahun".Sesungguhnya, jika anda betul-betul mengharapkan pahala dari Allah walau anda letih dan lelah, anda mendekati sang isteri tercinta dan menjimaknya, maka anda mendapatkan pahala dari Allah, karena Rasulullah bersabda: "Dan di air mani seseorang kalian ada sedekah".Apakah melelahkanmu wahai hamba Allah, jika anda berdoa dan berkata: "Ya Allah perbaikilah isteriku dan berkatilah daku pada dirinya".


  • Ucapan baik adalah sedekah.
  • Wajah yang berseri dan senyum yang manis di hadapan isteri adalah sedekah.
  • Mengucapkan salam mengandung beberapa kebaikan.
  • Berjabat tangan mengugurkan dosa-dosa.
  • Berhubungan badan mendapatkan pahala.


KETAHUILAH WAHAI WANITA
1. Sekiranya anda menyediakan minuman untuk diminum oleh suamimu, maka pahalanya seperti berpuasa sunat selama setahun.
2. Sekiranya anda menyedia dan menyiapkan makanan untuk dimakan oleh suamimu, pahala haji dan umrah.
3. Perkhidmatan yang baik yang engkau berikan kepada suamimu, pahalanya tidak putus ganjaran dari Allah.
4. Sekiranya anda hamil, pahalanya shahid.
5. Sekiranya anda mandi junub kerana bersetubuh dengan suamimu, pahalanya seperti anda bersedekah 1,000 ekor kambing kepada fakir miskin.
6. Sekiranya anda memlihara anak dengan baik, ianya menjadi benteng daripada api neraka.
7. Sekiranya anda memandang suamimu dengan pandangan harmonis, pahalanya seperti anda berzikir kepada Allah.
8. Seandainya anda mati dalam keadaan suamimu redha kepadamu, maka syurgalah tempatmu

Didik Isteri Perlu Strategi

Suami sebagai pemimpin rumahtangga semestinya sentiasa kreatif dalam mendidik isteri. Allah bekalkan kepada kita kaum lelaki kekuatan akal yang rasional? Tidak terlalu emosional atau mudah didorong oleh perasaan. Lelaki tidak mudah tersinggung berbanding dengan wanita.
Jika kekuatan akal ini dapat dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya, ditambah dengan kesabaran serta kekuatan jasmani untuk mencari nafkah keluarga, suami akan menjadi pelindung dan pendidik yang berwibawa.
Firman Allah yang bermaksud: "Lelaki adalah pemimpin (pembela dan pelindung) bagi wanita, kerana Tuhan telah melebihkan yang satu dari yang lainnya, dan kerana suami telah menafkahkan sebahagian daripada hartanya."
Tercetusnya kebahagiaan rumahtangga ialah apabila suami dapat menggunakan kekuatan akalnya serta kesabaran dalam menghadapi kerenah dan ragam isteri - makhluk yang kuat perasaannya.
Secara mudah, bolehlah dikatakan lelaki adalah makhluk akal manakala wanita adalah makhluk rasa. Perasaan wanita terlalu mudah terusik dengan suasana dan keadaan sekeliling. Oleh itu dalam menghadapi wanita, lelaki hendaklah banyak menggunakan daya fikir. Kalau umpamanya isteri sedang berduka, suami perlu merancang untuk mewujudkan perasaan gembira di dada isteri. Di sinilah perlunya strategi dalam mendidik isteri.
Kaum wanita memang dibekalkan dengan sembilan nafsu dan akal berbanding dengan lelaki hanya satu nafsu dan sembilan akal. Nafsu yang dimaksudkan bukanlah nafsu seks semata-mata tetapi nafsu yang menyebabkan seseorang itu mudah tidak sabar, mudah prasangka, pemarah, pemboros dalam berbelanja, cepat tersinggung dan sebagainya.
Pendek kata, hasil dorongan nafsu itulah lahirnya pelbagai perasaan di dada wanita. Sebab itu dikatakan juga bahawa 9/10 daripada diri wanita itu ialah perasaan dan satu persepuluh saja pertimbangan akal.
Atas dasar inilah wanita mesti dipandu atau dibimbing oleh lelaki agar segala tindak tanduknya tidak melulu ikut perasaan semata-mata. Sembilan nafsu pada diri wanita boleh menyebabkan kerosakan pada masyarakat dan keruntuhan rumahtangga jika tidak dipagari dengan ilmu syariat.
Mahu tidak mahu suami terpaksa belajar sedikit sebanyak ilmu untuk menundukkan wanita atau psikologi wanita serta memenuhkan dada dengan ilmu syariat. Barulan nanti dapat menggunakan kebijaksanaan dalam mendidik isteri sekalipun adakalanya menghadapi ragam isteri yang mencabar kesabaran kita.
Kebijaksanaan mesti disertai pula dengan kesabaran. Kedua-duanya mesti ada pada seorang suami. Kesabaran tanpa kebijaksanaan menyebabkan sumi menurut saja kemahuan isteri sehingga isteri besar kepala.
Manakala kebijaksanaan tanpa kesabaran akan menyebabkan suami tewas dengan nafsunya sendiri sehingga bertindak ganas dan boleh membahayakan isteri. Maknanya, tanpa kesabaran seseorang itu hilang pertimbangan akal dan tidak dapat lagi melihat sesuatu persoalan dengan tenang. Jika kesabaran tidak ada pada diri, ia perlu diusahakan melalui latihan bepandukan ilmu tasauf.
Contoh bagaimana kesabaran boleh menundukkan nafsu wanita dapat dilihat pada satu kisah seorang perempuan tua yang suka mengganggu Rasulullah saw. Tatkala Rasulullah saw lalu di sebelah rumahnya dia akan membaling sampah kepada Rasulullah saw.
Adakalanya dia menaburkan sampah dan serpihan kaca di sepanjang jalan yang akan dilalui oleh Rasulullah saw. Bahkan pernah juga dia membaling najis semasa Rasulullah lalu di sebelah rumahnya. Tetapi sedikit pun tidak dipedulikan oleh baginda Rasulullah saw.
Suatu hari Rasulullah rasa pelik kerana perempuan tua itu tidak menghalangi lagi perjalanannya baik dengan serpihan kaca mahupun dengan sampah yang dibalingkan. Apabila pulang dari masjid, baginda bertanya jiran perempuan tersebut. Rupa-rupanya perempuan itu sakit.
Lalu baginda naik ke rumahnya dengan tujuan untuk berziarah. Rasulullah bertanyakan khabar dan tolong memasakkan air untuk perempuan tua itu. Alangkah terkejutnya perempuan tersebut melihat akhlak Rasulullah sanggup menziarai dan membantunya tatkala dia sedang sakit.
Akhirnya dengan sifat sabar Rasulullah menghadapi kerenah perempuan tua itu menyebabkan terbuka hatinya memeluk Islam. Pada masa yang lain, pernah Rasulullah melintasi sekumpulan kaum perempuan, lalu baginda memberi salam.
Tetapi tiada siapa pun yang menjawab salam baginda. Baginda memberi salam sekali lagi. Mereka masih diam juga. Akhirnya setelah tiga kali Rasulullah beri salam, barulah mereka menjawab salam baginda. Apabila ditanya mengapa mereka tidak menyahut salam yang pertama dan kedua mereka menjawab, "Kami sengaja mahu Rasulullah saw mendoakan untuk kami."
Begitu Rasulullah saw mendidik kaum wanita. Walaupun sesekali kesabaran baginda rasanya tercabar, tetapi Rasulullah masih dapat menunjukkan akhlak yang paling baik. Kadangkala apabila berhadapan dengan kaum perempuan yang pendek akalnya, kita kaum lelaki mudah naik angin.
Memang tidak dinafikan ada masanya perempuan mengambil masa untuk memahami sesuatu perkara. Tetapi kita kaum lelaki mestilah menyedari hakikat bahawa kaum perempuan memang sediakala lemah pemikirannya. Oleh itu, kita kaum lelaki mestilah bersedia untuk mendidik isteri dengan penuh kasih sayang tanpa rasa jemu walaupun mengambil masa yang panjang.
Suatu ketika datang seorang perempuan berjumpa Rasulullah dan bertanya tentang mendi hadas. Rasulullah menjawab, "Ambillah sepotong kain perca yang sudah dikasturikan lalu berwuduk dengannya." Perempuan itu terpinga-pinga kerana tidak memahami keterangan Rasulullah.
Lantas dia mengulangi lagi pertanyaannya, "Bagaimana saya hendak berwuduk dengan itu?" Sekali lagi Rasulullah mengulangi jawapan baginda. Tetapi perempuan yang bertanya masih belum memahaminya. Lalu Rasulullah meminta kepada Siti Aisah supaya menerangkan kepada perempuan itu.
Maka Siti Aishah pun berkata, "Ambil sepotong kapas yang bersih, lalu letakkan di tempat darah. Jika kapas itu tetap putih tanda haid sudah berhenti,"
Yang dimaksudkan dengan unsur kasih sayang dalam mendidik isteri bukanlah sekadar kata-kata asmara dana atau pujuk rayu. Tetapi ia lebih daripada itu. Sifat dan perwatakan suami itu sendiri hendaklah mempunyai ciri pengasih. Sekalipun jika dia seorang pemimpin.
Sebagai orang yang ditua-tuakan dalam sesebuah rumahtangga, suami berhak untuk mendidik dan menyelesaikan segala kekusutan fikiran isterinya. Oleh kerana wanita seringkali bertindak mengikut perasaannya, maka adakalanya apabila fikiran terganggu emosinya juga terikut sama.
Tatkala itu kalau ada kesalahan suami walaupun kecil akan diungkit-ungkit lebih-lebih lagilah jika kesalahan itu dianggap besar, mulalah meluap-luap perasaan marahnya pada suami.
Memang satu sifat yang agar sukar untuk dikawal ialah tatkala dia sedang marah. Kadang-kadang dia mengamuk macam ribut taufan lakunya (sebab itu kebanyakan nama ribut diambil dari nama perempuan umpamanya Taufan Lydia, Ariel, Angela dan lain-lain).
Bagaimana sepatutnya tindakan suami untuk mententeramkan isteri yang edang dilanda ribut taufan ini? Seeloknya didiamkan saja dahulu sampai kemarahannya reda kemudian baru diterangkan dengan sejelas-jelasnya setiap perkara yang perlu diterangkan terutama yang menimbulkan prasangka isteri.
Penderaan Perkahwinan Secara Tidak Langsung
Salah satu impian dalam perkahwinan ialah inginkan kebahagian dan inginkan perlindungan dari suami. Jika si suami bersikap bertanggungjawab, maka kita akan merasakan bahawa perkahwinan kita bahagia dan mendapat ketenangan jiwa.
Tetapi adakah jiwa isteri senantiasa tenang dan bahagia ? Jika ada yang mengatakan "YA", rasanya seolah-olah terlalu sempurna perkahwinan mereka hingga tiada cacat celanya. Walhal jika diamati, suami sebenarnya ada mendera isteri secara tidak langsung.
Sebagai contoh;
Contoh 1 Secara purata kata putus (keputusan muktamad) adalah dikuasa atau ditangan suami. Suamilah yang memberikan jawapan "ya" atau "tidak". Amat jarang sekali suami ingin berbincang dengan isteri dan mendapat pandangan @ pendapat isteri. Secara tidak langsung, suami telah abaikan perasaan isteri dengan tidak mendapatkan pandangan darinya.
Contoh 2 Kebiasaannya apabila anak sakit, isterilah yang sanggup berkorban ambil cuti untuk menjaga anak. Walhal soal anak, adalah tanggungjawab bersama, bukannya hanya satu pihak sahaja yang ambil berat. Secara tidak langsung suami telah mendera isteri dengan menyerahkan tanggungjawab itu dibahunya seorang.
Contoh 3 Pengurusan rumah, hampir 90% isteri yang kena buat. Suami ??? Secara tidak langsung, suami telah mendera isteri dengan tugasan rumah yang amat memenatkan badan isteri, hingga tiada masa untuk isteri berehat.
Contoh 4 Wanita bekerja terpaksa melakukan 2 tugasan iaitu pejabat & rumah. Badan amat memenatkan kerana terpaksa laksanakan semua tugas. Waktu malam dalam otak isteri hanya tahu "hendak tidur dan rehat". Tetapi keinginan suami memang tiada batasan tidak kira situasi atau masa. Inilah yang membuatkan isteri kurang enak kerana "diganggu dan dipanjat" ditengah malam untuk melunaskan nafsunya. Secara tidak langsung isteri terasa tertekan.
Contoh 5 Apabila isteri sudah kurang layanan disebabkan oleh suami yang menyerahkan semua urusan hal ehwal rumah pada isteri, maka suami mula pasang lain dan ini juga merupakan tekanan mental secara tidak langsung yang dilakukan oleh suami pada isteri. Alasan mencari pucuk muda kerana sidia boleh melayan sepenuh masa. Merungut mengatakan isteri tidak layan dia..walhal salah siapa asalnya ?
Fikir-fikirkan lah !

Terima Pasangan Seadanya

Pernikahan merupakan satu syariat dan rahmat daripada Allah s.w.t. kepada manusia. Melaluinya akan terjalin perasaan kasih sayang antara lelaki dan perempuan. Sesungguhnya perkahwinan adalah fitrah semula jadi manusia yang memerlukan teman bagi perkongsian hidup di dunia ini.
Sejarah penciptaan Adam dan Hawa membuktikan betapa pentingnya hubungan antara lelaki dan perempuan. Selain berkongsi kasih sayang, ia juga mampu mengembangkan zuriat manusia sehingga hari ini. Justeru itu perkahwinan diciptakan oleh Allah s.w.t. dengan penuh hikmah kepada hamba-Nya.
Sehubungan itu, setiap manusia sama ada lelaki mahupun perempuan pastinya mempunyai keazaman untuk berumah tangga. Cumanya, cepat atau lambat bertemu jodoh adalah ketentuan dan bidang kuasa Allah s.w.t. semata-mata. Ada individu yang cepat bertemu jodoh tetapi berakhir dengan perceraian dan ada pula yang ringan jodohnya dan kekal bahagia sehingga ke akhir hayat.
Sebenarnya ia adalah senario biasa di dalam kehidupan masyarakat. Justeru bagi pasangan yang berumah tangga, peliharalah masjid yang dibina dengan sebaiknya iaitu mengikut saranan agama dan mencontohi rumah tangga Rasulullah s.a.w. Nikah adalah sunah Rasulullah s.a.w. kepada seluruh umat baginda. Bahkan Allah s.w.t. berfirman di dalam al-Quran yang bermaksud; ``Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan-Nya dan rahmat-Nya, bahawa ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki, isteri daripada jenis kamu sendiri, supaya kamu hidup bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikan-Nya antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan yang menimbulkan kesedaran bagi orang berfikir.'' (Ar-Rum:21)
Ayat di atas menunjukkan betapa kejadian manusia lelaki dan perempuan atau suami dan isteri adalah rahmat daripada Allah s.w.t. Justeru setiap manusia sama ada lelaki atau perempuan berhak menikmati kasih sayang dan rahmat tersebut.
Merujuk kepada anak dara lanjut usia atau andalusia yang pernah hangat dibincangan dalam masyarakat. Sebenarnya ia bukanlah suatu isu besar jika masyarakat kembali kepada prinsip, iaitu soal jodoh pertemuan yang merupakan ketentuan Allah s.w.t. Andalusia bukanlah masalah sosial yang berat di dalam masyarakat jika dibandingkan dengan permasalahan yang ditanggung oleh ibu tunggal, anak yatim atau dibandingkan dengan berbagai-bagai kes salah laku akhlak seperti seks bebas, sumbang mahram dan sebagainya.
Namun demikian, kaum wanita tidak boleh berpegang kepada prinsip jodoh semata-mata. Ini kerana Allah s.w.t. mengurniakan akal dan usaha untuk mencapai sesuatu matlamat. Islam membolehkan wanita berusaha dan merancang untuk membina rumah tangga dengan lelaki pilihan. Pepatah Melayu `perigi mencari timba' bukanlah suatu yang menyalahi syariat.
Tradisi ini telah dipecahkan melalui perkahwinan Siti Khadijah r.a. dengan Rasulullah s.a.w. Sama ada wanita yang berjawatan tinggi atau sebaliknya, apa yang dicontohkan oleh baginda Rasulullah s.a.w. ini boleh dijadikan teladan kepada sekalian umat. Apa kurangnya Siti Khadijah jika hendak dibandingkan dengan wanita professional hari ini?
Beliau wanita kaya, tokoh korporat yang berjaya dan juga banyak umurnya ketika berkahwin dengan Rasulullah s.a.w. yang berusia 25 tahun. Tetapi soal yang paling penting ialah sejauh manakah setiap wanita boleh menerima perkongsian dengan lelaki di dalam hidup mereka. Ini kerana pernikahan merupakan satu perkongsian antara lelaki dan perempuan.
Justeru itu, kaum wanita berhak menentukan lelaki pilihan masing-masing sebagaimana yang ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w. dan Siti Khadijah r.a. Untuk itu, wanita boleh mempraktikkan garis-garis yang dianjurkan Islam dalam pemilihan jodoh atau calon suami. Sama ada lelaki atau perempuan, mereka diberikan kebebasan untuk memilih pasangan masing-masing mengikut kesesuaian diri masing-masing. Di antara garis-garis anjuran syarak ialah :
  • i. harta
  • ii. keturunan
  • iii. kecantikan
  • iv. agama
Meskipun saranan ini seringkali diamalkan oleh pihak lelaki ketika memilih calon isteri, sebenarnya wanita juga boleh mengaplikasikannya ketika memilih calon suami. Empat ciri yang dianjurkan syarak boleh membantu membentuk keluarga bahagia. Namun demikian sekiranya keempat-empat ciri tidak dapat dipenuhi oleh calon suami, maka utamakan anjuran keempat iaitu agama. Selain itu, konsep sekufu juga boleh diamalkan dalam pemilihan calon suami ketika mengatur atau merancang berumah tangga. Persamaan taraf ini juga perlu diberi perhatian agar perkahwinan yang dibina kekal bahagia hingga akhir hayat. Ini kerana kegagalan sesebuah rumah tangga membawa kesan lebih buruk lagi terutamanya pihak suami-isteri, anak-anak dan masyarakat amnya.
Oleh itu, setiap pasangan harus menyedari bahawa perkahwinan bukanlah bertujuan memenuhi tuntutan naluri seksual semata-mata. Sebaliknya perkahwinan adalah satu perkongsian hidup antara dua insan lelaki dan perempuan. Kedua-dua pihak mestilah sedia berkongsi dalam apa jua hal, sama ada kasih sayang, tanggungjawab, peranan dan sebagainya.
Justeru itu, tidak wujud istilah lelaki atau wanita kolot yang diperkatakan dewasa ini jika amalan perkongsian dipraktikkan. Jika isteri sanggup berkongsi membantu suami menambahkan sumber pendapatan keluarga, maka suami pula mestilah ringan tulang membantu isteri di rumah seperti memasak, membasuh dan sebagainya.
Sebenarnya nilai kesefahaman dan kerjasama suami isteri sangat penting dalam membina rumah tangga yang rukun dan tenteram. Setiap pasangan sama ada lelaki atau perempuan mestilah menerima pasangan masing-masing dengan seadanya. Ini kerana setiap individu ada kekurangan dan ia boleh diatasi dengan kelebihan pasangannya. Kesimpulannya soal jodoh pertemuan adalah ketentuan Allah s.w.t., tetapi manusia dikurniakan akal dan kudrat untuk merancang kehidupan masing-masing. Apa yang pasti kebahagiaan rumah tangga bermula daripada pemilihan bakal suami atau bakal isteri mengikut saranan agama. Manakala rumah tangga yang bahagia terletak kepada semangat perkongsian dan musyawarah antara suami isteri serta menerima pasangan masing-masing seadanya.

Bajet PERSIAPAN PERKAHWINAN

Assalamualaikum.....
Panduan kahwin bagi yg belum kahwin atau Yang nak kahwin lagi..  Ok.. sekarang nie ada yg nak dekat kahwin ataupun ramai yg ader plan  nak kahwin. Sumer orang tahu lah persiapan untuk kahwin bukannyer  mudah banyak persiapan yg perlu di aderkan.... ia memerlukan satu  perancangan yg cukup teliti bagi dua dua blah pihak

Kekadang tu pasangan tak jadi kahwin pasal plan nak kahwin. Maknernyer diorang plan nak buat majlis abih tak boleh agree with each other so they bergaduh and taklah jadi kahwin.

So ader orang yg tak jadi kahwin pasal nak kahwin. Kalau kahwin mestilah nak buat majlis Walimah... untuk mereka yg tak tahu, majlis walimah ialah majlis sambutan hari perkahwinan di mana sanak saudara sahabat handai jiran tetangga dijemput hadir makan bersamer.

Pasangan sekarang lebih stress memikirkan majlis ini daripader memikirkan maser depan dan hala tujuan hidup bersamer selepas nikah.

Ok berikut aderlah sedikit sebanyak panduan dan kos untuk persiapan majlis ini. Supaya menjadi pedoman untuk mereka yg ingin berkahwin dan yg ingin berkahwin lagi.

  

 1. Kadi :

 At least 6 mths b4 the proposed nikah date korang misti kener gi

 register kat jabatan, and biler korang gi register korang

 mistilah dah tahu asas kahwin yg akan diberikan,

 tarikh dan tempat nikah. Lepas register orang bolehlah book kadhi.

 Sorang je book.... jgn dua dua gi book plak.

 kos kadi : RM80++


 2. Kursus rumahtangger:

 Kener pergi.... kalau tak pergi korang takleh amek sijil nikah. Tapi

 when u go and collect the sijil nikah at Jabatan they never

 ask for the sijil kursus.... whatever it is kan

 baik kalau korang pergi attend the kursus. walaupun kiter dah terer dlm

 bab rumahtangger tapi ader baiknyer kalau kiter

 refresh balik aper yg telah kiter ketahui.

 kos kursus : around RM80 for the whole session (tengok tempat)


 3. Book Mak Andam:

 Mak Andam is one of the most important people dalam perkahwinan. Nak

 owang pompan..... pilih mak andam boleh makan

 tahun lamernyer. Of courselah, lelaki nak amek mak andam buat aper sey.

 At least six months misti nak book... later than

 that u might have a problem finding one..... kalau ader pun mak andam

 dari Kreta Ayer Chinese Dance Troupe.

 Kos : RM1200 (tengok baju aper...kalau ader baju batman atau otromen

 (mungkin mahal sikit)


 4. Photographer:

 Selalunyer mak andam akan rekomenkan photographer sekali. Kalau tak

 korang kenerlah carik sendiri. Sekarang owang

 melayu dah pandai.... dah pandai amek studio, dah pandai amek outdoor.

 Gambar xxxxl je belom owang try.

 Kos : RM800


 5. Kompang / Hadrah

 Unless korang nak pakai loktang takyah panggil kompang. Kalau nak

 panggil at least 3 mths notice.

 Kos :RM300


 6. Dekorasi blok dan pelamin

 Sekarang sudah canggih... kolong blok diorang transform jadi macam

 istana Taj Mahal.... kalau tak pun jadi macam lori cina

 mati.... letak kacang samer kuaci sudah original beb.... tinggal nak

 campak kerander je kat tengah-tengah. Macam

 macam design macam macam pattern.

 Kos :RM1000


 7. Tukang Masak and Khemah Kosi Meja

 Tukang masak mesti ader beb... kalau takder camner owang nak makan?

 Lainlah kalau korang buat majlis kat Mac Donald\\\\\\\\\\\\\\\'s.

 Kos : RM7000 (tengok kepaler yg datang)


 8. Kereta

 Unless korang nak gi bertandang jalan kaki takyahlah sewa kereter.

 (*naik basikal bleh gaks..) Kalau nak sewa, kenerlah

 sewa yg special punyer... Merc ke?... Jag ke?. kira yg

 besau punyer kereter lah. Janganlah plak badan korang besau abih sewa

 Kancil...... sampai besok pun takleh masok!

 Kos: RM300


 9. DJ/Karaoke

 Kalau majlis senyap dan sunyi je taklah meriah kan? Lazimnyer owang

 akan  engage DJ/ Karaoke services. Ader jugak yg

 amek band industan,brass band. At least 6 mths mesti nak kener book.

 Kos :RM850 (dengan dinner sekali)


 10. Berkat

 Kira door gift lah. Yg biaser telur rebus owang kasi... tapi sekarang

 dah maju... diorang lagi kreatif... ader yg kasi tuala, sabun

 buku, cokelat, agar-agar, mangkok, gelas,

 surah Yasin, etc etc.

 Kos : RM3000++


 11. Miscellaneous

 Perkara perkara kecik owang selalu overlook... perkara perkara kecik

 ginilah yg selalu membuat kocek kiter tebakar. Bender

 bender seperti Bunga Pahar, Sireh Dara, Kek, Sabun, Rokok Rewang, Sewa

 kolong blok, Tuala rewang, pisau rewang,

 barang-barang hantaran, cadar, kelambu, langsir, carpet, bill,lauk pauk pre

 and post majlis, plastik buat bungkusan, kad jemputan......

 Kos : RM2500 ++
TOTAL ESTIMATED COST YG KORANG KENER KLUARKAN IALAH : RM17,110


Belom termasok hantaran lagi beb.... korang pandai pandailah plus sendiri. Dari itu saper saper yg dah nak berkahwin.......SELAMAT PENGANTIN BARU!

Untuk mereka yang bakal-bakal.... yang dah lepas tu, mungkin nak tahu jugak sebab musababnyer..... Zaman sekarang ni kan; hantaran makin naik harga. Maklumlah; kata dorang ikut market price. Kalau harga mas naik; naik lagi harga bakal2 bini. Tak ikut market price nanti orang kata kedekut lah; sengkek lah; tak mampu jangan ada hati nak kahwin lah; hai... macam-macam story lagi. Biasanya yang letak harga ialah mak sebelah pompan. Bapak selalu ikutkan aje; ni semua kerja orang pompan, dorang kata. Kadang2 ada jugak pompan sendiri yang letak harga; lepas tu pakat dengan mak.

Mengikut survey; sekarang paling minimum RM6000. Hantaran RM5000; RM4000 masih ada jugak; tapi dah boleh kira pakai jari tangan je. Yang ada hantaran kira okay lah; tapi ada serba satunya lagi. Cuma serba-serbi dan serba boleh je belum ada lagi.

Kat sini aku ada beberapa sebab kenapa sekarang hantaran makin mahal. Hah... korang bacalah:- 

Sebab

 1. Anak pompan sorang

 2. Anak pompan sekolah tinggi 20 tingkat

 3. Anak pompan paling jambu dalam family

 4. Anak pompan kerja high post

 5. Anak pompan biasa pakai barang branded

 6. Anak pompan yang tastenya... berkajang-kajang kalau disenaraikan

 7. Kakak belum kahwin; jadi kena kasi double untuk belanja kakaknya

 sekaligus

 8. Anak pompan yang rasa dirinya... lengkap segala-gala

 9. Bapak pompan towkay kayu balak; mak pulak bekas eksekutif

 10 Anak pompan tu pun jenis ek... semacam jer - ( tak lah ni tipu..mana der...:o) )
Selalunya jawapan yang diberi oleh pihak lelaki kalau hantaran melampau sangat (ni dorang bebual antara family lelaki je):-

 1. \\\\\\\\\\\\\\\"Eh! Nak meniaga anak ke pe?\\\\\\\\\\\\\\\"

 Kadang tu mak bapak ok jer sianak lak lebih-lebih

 2. \\\\\\\\\\\\\\\"Kalau pandai masak ke jahit ke; satu hal jugak. Ni asik pandai mekap  je.\\\\\\\\\\\\\\\"

 3. \\\\\\\\\\\\\\\"Camni bilang dorang simpan anak tu dalam store buat perhiasan.\\\\\\\\\\\\\\\"

 4. \\\\\\\\\\\\\\\"Kalau lawa macam Karishma Kapoor tu takpe jugak. Ni idung pesek

 macam kena lengnyek je.\\\\\\\\\\\\\\\"

 5. \\\\\\\\\\\\\\\"Apa dorang ingat kita sedara Bill Gates ke?\\\\\\\\\\\\\\\"

 6. \\\\\\\\\\\\\\\"Lupakan sudah budak pompan tu. Nanti mak carik kan yang lebih power

 dari Catherine Zeta-Jones eh?\\\\\\\\\\\\\\\"

 Kata2 dari sebelah pompan yang lelaki ingin sangat nak dengar :-

 1. \\\\\\\\\\\\\\\"Ikut suka hatilah. Berapa yang lelaki kasi; kita ambik je. Member

 tak cerewet.\\\\\\\\\\\\\\\"

 2. \\\\\\\\\\\\\\\"Takpelah. Kalau tak boleh adakan sekarang; kahwin dulu. Lepas tu

 bayar pelan-pelan cara instalment.\\\\\\\\\\\\\\\"

 3. \\\\\\\\\\\\\\\"Jangan bimbang. Korang cuma adakan hantaran je. Duit majlis semua

 kita sponsor.\\\\\\\\\\\\\\\"

 4. \\\\\\\\\\\\\\\"Pasal sekarang ni musim great sale sana sini; jadi kita ada staff

 discount. Korang cuma kasi 10% je.\\\\\\\\\\\\\\\"

 5. \\\\\\\\\\\\\\\"Berapa korang nak kasi, kasilah. Nak ambik free pun takpe. Anak

 pompan kita ramai lagi.\\\\\\\\\\\\\\\"

 6. \\\\\\\\\\\\\\\"Apakata kalau korang ambik kakaknya sekali. Tapi hantaran tetap

 sama. Kira 2 for the price of 1 ler. Risaulah kakaknya

 tak kahwin- kahwin.\\\\\\\\\\\\\\\"

 Kalau kena pulak family lelaki yang loaded makan tak abis punya; jawapannya :-

 1. \\\\\\\\\\\\\\\"Okay setuju. Kita up lagi RM10,000. Nothing much ler.\\\\\\\\\\\\\\\"

 2. \\\\\\\\\\\\\\\"Ehh sikit nah! Camni tak nak lah. Tak sama standard dengan kita

 punya expectation ler.\\\\\\\\\\\\\\\"

  3. \\\\\\\\\\\\\\\"Ni hantaran kira Rupiah ke Sing dollars? Kita cuma simpan American

 dollars je.\\\\\\\\\\\\\\\"

 4. \\\\\\\\\\\\\\\"Kita tak kasi pakai cash ler. Korang pilih nak AMEX ke; Diners ke;

 boleh kata semua credit card kita ada lah.\\\\\\\\\\\\\\\"

 5. \\\\\\\\\\\\\\\"Sebagai hadiah upacara masuk minang ni; kita ada siapkan kereta

 Lambhorgini. Tu anak bujang kita tengah parking kat

 bawah tu.\\\\\\\\\\\\\\\"

 6. \\\\\\\\\\\\\\\"Ni korang mintak hantaran ke; mintak duit nak belikan dia baju

 tidur.Murah nah?\\\\\\\\\\\\\\\"

Haa... tu lah beberapa kerenah orang melayu kita ni. Jadi untuk pasangan2 yang nak kawin tu; bincang betul2 antara korang dengan family dalam hal ni.

Mak pompan tu pun kalau nak letak harga; berpatutanlah dengan kemampuan pihak lelaki. Kalau tak berdengek lelaki tu nak adakan hantaran mahal2. Hati dah suka punya pasal; semua boleh aje. Cukup time badan cengkung-mengkung tak larat nak naik pelamin pasal kerja tiga empat macam untuk kumpul duit. Ada pulak tu..yg terpaksa amik personal loan.. bank rakyat... bank Islam... atau guna kredit card.. lepas kawin.. kepala lagi sewel, dok pikir nak bayar hutang, loan rumah, loan kereta, loan komputer, \\\\\\\\\\\\\\\'loan bini\\\\\\\\\\\\\\\',..tak tercapai lah maksud perkahwinan yg sepatutnya semakin memudahkan kehidupan.. dah terbalik.. jadi semakin susah.

Sebab - sebab Hati tidak BAHAGIA

Antara mazmummah utama yang menghilangkan bahagia di hati ialah :
1. Pemarah - paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini
jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak terang. (sape nak dekat kalau asyik nak marah ajer..bawak2lah senyum..tentu org tak takut nak dekat punyer..)
2. Pendendam - tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa
mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan
hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung. ( ini kes
dendam kesumat lahh nie..)
3. Hasad dengki - amalanya hangus akibat hasad dengkinya itu. (tak elok dengki mendengki nih..)
4. Bakhil - sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dll. dari dirinya.
Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. (rezeki yang diberi oleh Allah elok dikongsi
bersama..-derma)
** Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu
tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui makhluk.
5. Tamak - orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana
dunia ini ibarat meminum air laut...walau berapa banyak yg diminum tetap tak abis jugak...lagipun org tamak
selalu rugi..
** Ingat ! yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak
diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita. ( mungkin ada hak orang lain di situ)
Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.
6. Tidak sabar - andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar.
(oleh itu banyak2kanlah bersabar bila hadapi dugaan..cthnyer time keja banyak..tetap maintain vogue
walau keja bertimbun atas meja..heh..heh..)
7. Ego - ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki
sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin. ( yg nie no komen).. pasal semua org ader egonya
sendiri..cuma tinggi/rendah tahap keegoan tersebut...
8. Riak - terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa
berlakun-lakun di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan m engurangkan amalnya. -Allah marah kalau kita riak..takabbur dgn aper yg kita ada...
9. Cinta dunia - tidak dapat menderita, ...dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula
menjaganya. Berhartalah tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu. - biler mati
cuma bawa amalan dan doa anak yg soleh/solehah...
** Cinta dunia merupakan "neraka dunia" kerana dunia itu "panas" akibat ia merupakan barang buruan
dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang
dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.
Kesimpulan
Jadi yang meragut kebahagiaan sebenarnya bukanlah secara TOTALnya disebabkan kemiskinan, musibah,
kesibukan dllnya. tetapi ialah MAZMUMMAH.
****Makin tinggi mazmummah seseorang, makin ia tidak BAHAGIA.****
Samada bermujahadah atau biarkan saja mazmummah itu, kedua-duanya tetap menderita tetapi andainya
bermujahadah kita akan dibantu Allah dan akan bahagia jua akhirnya. So..sama-samalah kite sentiasa ingat
mengingati antara satu sama lain...andai kita terleka dengan dunia ...buruklahh padahnya...

Petua Untuk Bakal Pengantin

Bunga Mawar

Untuk menaikkan seri muka, bakal pengantin boleh mengamalkan petua memakan kelopak bunga mawar selama 44 hari sebelum tarikh perkahwinan. Dahulukan dengan bacaan selawat ke atas nabi, Fatihah dan ayat Nabi Yusof sebelum memakannya.

Timun


Lekapkan mata dengan hirisan timun selama setengah (1/2) jam. Petua ini juga dapat menghilangkan lebam pada bawah mata serta menghilangkan rasa lesu dan letih. Ia juga berguna untuk menegangkan otot bawah mata.

Lobak

Lobak yang kaya dengan serabut dan vitamin E berfaedah bagi menghilangkan parut dan menaikkan seri muka. Ia turut sesuai untuk meningkatkan kelembapan pada kulit kering. Parutkan lobak dan ratakan pada wajah seperti mask. Biarkan untuk setengah jam.

Tomato

Bagi masalah kulit kurang bermaya, gunakan tomato yang telah diasingkan bahagian dalamnya. Sapukan lendir dan biji di dalamnya pada seluruh wajah, lalu dibiarkan sehingga kering sebelum dibilas

Avocado

Bagi masalah kulit berminyak dan kandungan zat lemak berlebihan pada pipi serta wajah, anda boleh mencuba buah Avocado yang ditempek isinya pada seluruh wajah. Rawatan ini mampu menghalang tumbuhnya jerawat baru.

Limau Purut

Bagi menghitamkan rambut dan menghilangkan kelemumur, sapukan hirisan limau purut pada rambut di kepala. Limau purut juga juga dapat mencantikkan kuku dengan menyapukan jusnya pada kuku secara kerap

Monday, November 15, 2010

Tips Kurus untuk bakal pengantin

MEMANDANGKAN tidak lama lagi musim cuti sekolah dan ramai yang mahu melangsungkan perkahwinan, mari berkongsi 18 tip untuk pengantin mengurangkan berat badan daripada Kevin Zahri (www.kevinzahri.com)
Lapan tip pemakanan:

1. Memilih makanan daripada bijirin, kekacang, ikan, ayam, buah-buahan dan sayur-sayuran.

2. Kurangkan makanan yang berlemak dan berkalori tinggi. Sebolehnya, elakkan daripada makanan yang digoreng dan berlemak.

3. Tambahkan makanan yang berserat.

4. Mengurangkan pengambilan gula dalam makanan.

5. Elakkan daripada minuman berkarbonat, kek, biskut dan jem.

6. Hadapi paling kurang empat hidangan sihat sehari termasuk sarapan. Makan secara perlahan-lahan, jangan langkau hidangan anda kerana ia akan membuatkan anda menjadi bertambah lapar.

7. Elakkan mengambil makanan kudapan atau snek di waktu malam.

8. Sebaik-baiknya, pilih makanan mengikut tahap umur dan aktiviti anda.


Lima tip cara bersenam pengantin:

1. Digalakkan bersenam sekurang-kurangnya tiga kali seminggu seperti berjalan, berjoging, bersenam atau bermain badminton.

2. Sekiranya anda mempunyai masalah sesak nafas semasa bersenam, bermakna anda melakukan senaman dengan melebihi had keupayaan anda.

Jadi, mulakan senaman dengan perlahan-lahan mengikut keupayaan diri anda.

3. Luangkan masa untuk melakukan aktiviti seperti ini paling kurang 30 minit, tiga hingga lima kali seminggu.

4. Penurunan berat badan antara satu hingga satu setengah kilogram seminggu adalah lebih baik.

Ini bermakna anda perlu mengurangkan 500 hingga 1,000 kalori setiap hari. Jadi, dalam tempoh tiga bulan, anda boleh kehilangan enam hingga 12 kilogram.

5. Pastikan anda melakukan juga senaman bebanan atau rintangan untuk pastikan badan anda kental.

Pesanan Buat Bakal Isteri dan Isteri

Pesanan Untuk Isteri:
  1. Hendaklah isteri ingat bahawa dirinya (perempuan) itu dijadikan oleh Tuhan Yang Maha Bijaksana untuk lelaki. Lelaki dijadikan menguasai perempuan dan menjadi pemimpin baginya. Oleh itu tidak patut bagi seorang perempuan berfikiran atau bercita-cita hendak menguasai dan menundukkan suami dalam segala hal.
  2. Hendaklah ia bekerja dan berusaha dengan seberapa daya untuk menambat dan menggembirakan hati suami supaya suami cinta dan sayang kepadanya dengan berkekalan. Setengah ikhtiar itu ialah: Manis muka, Halus perkataan, Bersolek setiap hari dan waktu dan Bersikap manja di hadapannya.
  3. Isteri hendaklah memerhatikan tabiat suami tiap-tiap hari tentang kesukaan dan kebenciannya. Apa-apa kesukaannya disempurnakan oleh isteri dan apaapa kebencian ditinggalkan.
  4. Jangan banyakkan permintaan atau memberati suami dalam perkara yang tidak dapat menyempurnakannya apatah lagi jika ia tidak mampu kerana perbuatan demikian merunsingkan suami.
  5. Jangan sekali-kali meninggalkan rumah tanpa izin suami atau melanggar perkara yang tiada gemar dan jangan pula suka membantah jika disuruh. Apabila disuruh eloklah dilaksanakan.
  6. Isteri hendaklah sentiasa ada di rumah ketika suami pulang dari kerja, melainkan kerana terpaksa atau ada hajat besar dan bila-bila suami batik hendaklah disambut dengan balk dan bersolek pula.
  7. Janganlah pergi mendapatkan bomoh, pawang, tukang sihir atau tukang tilik untuk memperlihatkan hal suami atau     menambat hatinya. Ini semua berdosa serta membuang wang dan membazir.
  8. Jangan suka menceritakan kecantikkan perempuan lain atau memuji-muji anak isteri orang lain di hadapan suami apatah lagi memburuk-burukkan mereka kerana memuji perempuan lain itu mungkin membukakan pintu nafsu suaminya kepada perempuan lain. Manakala mengeji atau memburukkannya pula dikhuatiri kalau-kalau perempuan itu kerabat suami.
  9. Hendaklah cermat dalam perbelanjaan hari-hari. Umpamanya jika diberi belanja untuk seminggu, janganlah habiskan kesemuanya. Bahkan hendaklah disimpan sedikit. Wang simpanan itu jangan pula dibelanjakan untuk perkara yang tidak penting bahkan untuk persiapan atau persediaan apabila datang kesusahan kerana barang siapa bercermat akan terselamat daripada kepapaan.
  10. Jangan suka berhutang. Jika terpaksa sebaik-baik beritahu suami dan hutang itu ialah kerana muslihat rumahtangga dan bukan muslihat diri sendiri.
  11. Jangan ceritakan perbelanjaan harian sama ada banyak atau sedikit kepada orang lain.
  12. Hendaklah makan minum untuk suami sama ada di sebelah pagi, tengah hari dan malam disediakan pada waktunya. Jangan sampai diminta atau disuruh, supaya tidak tergendala pekerjaan suami.
  13. Hendaklah suami dan isteri menjaga kesihatan dengan seboleh-bolehnya dengan melakukan senaman dan jaga makanan dan minuman, jaga kebersihan dan jaga perasaan yang tenteram.
Jika semua nasihat itu disempurnakan oleh para suami dan isteri, insyaAllah rumahtangga dan pergaulan suami isteri akan berada di dalam aman dan bahagia. Wallahu a’lam.

INGIN MENGETAHUI TENTANG WANITA?

Sebelum ini, kami telah mempublish artikel tentang Lelaki. Dan kali ini mari kita sama-sama mengetahui tentang Wanita pula.
1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak
menitiskan airmata, itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.
2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.
3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling
dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu
putus di tengah jalan).
4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.
5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!

6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.
7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati, tolak cintanya dengan lembut, jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diriwanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan, dia akan lakukan apa saja.
8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu
tolak cintanya, biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin
menganggap dia sorang kawan, cubalah tegur dia perlahan-lahan.
9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa. Muzik, puisi, lukisan dan
tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.
10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni lansung tak berguna.
11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.
12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan
respon positif, misalnya menghubunginya melalui telefon, si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat, tetapi sebaik saja ganggang diletakkan, dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit, semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.
13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita. Jadi jangan senyum sebarangan.
14. Jika kamu menyukai sorang wanita, cubalah mulakan dengan persahabatan. Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.
15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak
keluar, tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.
16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu, teruskan usahamu untuk memikatnya.
17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya. Tanya dia sendiri!!
18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya
kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.
19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis, cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.
20. Bila setiap kali gambar kelas keluar, benda pertama yang dicari
oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya, kemudian
barulah dirinya sendiri.
21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang
dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!
22. Satu ucapan ‘Hi’ sahaja sudah cukup menceriakan harinya.
23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.
24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.
25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa
sebarang kompromi.
26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..
27. Senjata wanita adalah airmata!!
28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya (hadiah, bunga atau sekadar kad ucapan romantis). Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati. Dengan ini dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.
29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka
dan baik terhadapnya. So, kalau nak memikat wanita pandai-pandailah…
30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu
hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.

20 Perkara Buat Wanit BENCI lelaki

1. MENINGGIKAN SUARA
Tahulah mereka dikurniakan suara yang ‘macho’ tapi kalau nak meninggikan suara sekadar menunjukkan ego, tak eloklah. Ini antara kelemahan lelaki kerana mereka mudah meninggikan suara walaupun pasangannya tidak bersalah.
2. MAIN KAYU TIGA
Bab main kayu tiga ni masalah paling besar. Walaupun dah ada kekasih, mereka sukar untuk setia. Apatah lagi kalau digoda, terus disambar tanpa mempedulikan perasaan kekasihnya.
3. SUKA ‘CUCI MATA’
Kebanyakan lelaki sukar mengawal mata (mata keranjang). Pantang jumpa perempuan cantik dan seksi mulalah mata tu macam nak terkeluar. Walaupun sedang bersama kekasih, si dia tidak akan peduli. Bagi mereka tidak salah kalau sekadar mencuci mata tetapi hati kekasih kenalah jaga juga cik abang!
4. MENGONGKONG
Itu tak boleh, ini tak boleh, sikit-sikit nak kontrol. Segala gerak-geri kekasih dikawal, sampaikan nak berpakaian pun harus ditentukan. Kalau nak keluar ke kedai pun kena repot dulu, kalau tidak mulalah tercetusnya pertengkaran kerana hal sekecil itu. Tetapi, mereka akan melenting pula sekiranya aktiviti-aktiviti mereka disoal siasat oleh kekasih mereka… Macammana tu?
5. EGO
Ini merupakan masalah paling ketara dan merimaskan kaum wanita. Keegoan dan lelaki memang tak dapat dipisahkan. Tetapi ada kalanya lelaki menjadikan keegoan sebagai alasan untuk mereka bertindak tanpa mempedulikan perasaan si gadis. Keegoan membuatkan lelaki mempunyai kuasa veto dalam kehidupan mereka termasuklah memimpin kaum wanita. Tidak salah mempamerkan ego tetapi biarlah kena pada tempatnya.

6. MENIPU
Masalah yang ketara apabila lelaki suka menipu ataupun memberikan alasan yang tak munasabah. Sanggup memungkiri janji dan memberikan alasan yang mereka mempunyai masalah yang tak dapat dielakkan padahal sebenarnya mereka enggan melaksanakan janji mereka sendiri. Ada juga yang sudah berpunya tetapi mengaku solo. Berterus-teranglah wahai kaum lelaki kerana kaum wanita lebih menghormati mereka yang memiliki sifat berterus-terang ini. Sifat menipu dan suka berdolak-dalih ini lama kelamaan akan membuatkan semua gadis akan menjauhi anda.
7. PERASAN
Aduhaiii… lelaki ini cepat perasan terutamanya jika mereka ini berkerjaya baik, berpenampilan menarik dan mempunyai wajah yang hensem. Boleh tu mengaku merekalah yang menjadi lelaki idaman para wanita. Tapi, mungkin pada pandangan seorang wanita mereka ini sederhana sahaja tapi mereka ini yang suka perasan lebih. Bukan semua wanita memandang pada paras rupa, kalau dah terlebih-lebih perasan tuu… Ada wanita yang lebih suka mengutuk dari memuji…
8. MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI
Susah juga kalau dapat yang mementingkan diri sendiri ni. Lelaki selalunya tidak mahu mengalah dan ingin menegakkan pendapat sendiri tanpa mempedulikan luahan pasangannya. Mereka juga suka mendahulukan kemahuan mereka dan jarang hendak mementingkan perasaan kekasih… Egolah katakan! Tidak semestinya pendapat kaum wanita ni tak boleh diguna pakai.
9. KURANG MEMBERIKAN PERHATIAN
Lelaki kadangkala suka bertindak sambil lewa dan kurang memberikan perhatian tidak kira dalam apa jua urusan. Tetapi kalau urusan yang berkaitan dengan dirinya sendiri, pantas pula melaksanakannya. Jika berkaitan teman wanita, alamatnya… mereka kurang mengambil perhatian. Mengapa ya? Kaum wanita sebenarnya bukan minta diberikan perhatian 24 jam tetapi cukuplah sekadar pasangannya mengambil tahu akan dirinya kerana sifat semulajadi seseorang wanita itu yang ingin bermanja dan dimanjakan.
10. CEMBURU BUTA
Orang kata cemburu tandanya sayang, tapi kalau cemburu tak tentu pasal dan memanjang saja cemburu, tentu rasa tak selesa juga. Agaknya lelaki yang kuat cemburu ni takut kekasihnya terlepas ke tangan kumbang lain kot. Harus diingat, bukan semua perempuan suka kekasihnya kuat cemburu. Tapi, ada juga sesetengahnya suka apabila teman lelakinya cemburu kerana seolah-olah teman lelakinya amat menghargai dirinya. Jangan cemburu buta sudahlah, malas jugak nak layan kadang-kadang!
11. MATA DUITAN
Jangan tak tahu ada juga lelaki mata duitan atau pun gelarannya ‘lelaki spedo’. Mereka tak kisah nak kikis duit kekasih dengan 1001 macam alasan yang adakalanya tidak logik diterima dek akal fikiran. Kalau kisah perempuan mata duitan kita sudah biasa dengar, tapi kalau lelaki pula yang mata duitan… apa cerita ni?? Takkan masa-masa macam ni keegoan lelaki hilang pulak?!!
12. KOMITED TERHADAP KERJAYA
Susah kalau dapat teman lelaki yang terlalu komited dengan kerjaya. Mereka ni selalu sangat memberi banyak alasan kerja apabila diajak keluar. Kalau keluar bersama, selalu pula bercerita tentang kerja dan merungut sering dibebani kerja yang menimbun. Bukanlah tidak boleh lelaki mementingkan kerjaya tetapi pandai-pandailah membahagikan masa bersama teman wanita. Paling tidak pun, seminggu sekali luangkan masa menemaninya dan lupakan segala hal berkaitan kerja. Bukannya kaum wanita ni tidak memahami kalau teman lelakinya pandai membahagikan masa…
13. PANAS BARAN
Aduiii… masalah yang boleh menimbulkan fobia terhadap seseorang gadis apabila mendapat kekasih yang panas baran. Pantang silap sikit, mahu dihambur segala kemarahannya. Ada juga kesilapan bermula dari diri sendiri tetapi tetap menyalahkan orang lain. Setakat kena tengking boleh lagi diterima walaupun sebal satu badan tapi, bagaimana kalau siap sepak terajang? Kalau nak sepak terajang carilah mereka yang sepadan dan janganlah berlawan dengan kaum yang lemah bang! Di mana sifat bertanggungjawab dan kepimpinan yang ada? Cuba-cubalah kawal kerana setiap dari kita ada barannya, cuma kena pandai-pandai mengawallah. Kalau dah tak terkawal sangat, tak payah bercintalah cik abang oiii!!!
14. KAKI MEROKOK
Ini satu lagi sifat kaum lelaki yang melemaskan wanita. Asyik berasap sana sini, naik lemas dengan bau dan asap rokoknya. Dalam sehari adakalanya habis sekotak rokok. Kalau habiskan duit dengan makan benda berfaedah tak apa juga, ini tidak… asyik menyedut asap yang tidak menyehatkan. Kalau asap tu membawa kesan pada diri sendiri saja tak apa juga, ini tidak… membawa kesan juga pada orang sebelah menyebelah. Kadang-kadang teman wanita menegur bukannya apa, dia sayangkan kita juga dan tak mahu kita jatuh sakit. Lagipun mereka juga tak nak teman lelaki mereka membazirkan duit dengan merokok.
15. PENGOTOR
Ada segelintir lelaki sukar nak menyedari diri mereka ni ada yang pengotor. Terutama bab meludah atau membuang kahak merata-rata. Yarkkk!!! Ada juga yang jarang basuh seluar, pakai baju yang sama berulang kali, tidak memakai deodarant dan macam-macam lagi sampaikan badan sudah berbau semacam pun dia tak sedar. Tidakkah mereka ini terasa segan apabila menyedari badan sudah berbau?? Entahlah… hanya kaum lelaki yang bersifat pengotor ini saja yang dapat menjawabnya.
16. GELOJOH
Kalau bab makan, lelaki ni agak gelojoh. Macam ‘food machine’. Mereka lemas melihat teman wanita mereka makan terlalu sopan tetapi mereka tidak sedar cara mereka makan yang gelojoh juga melemaskan kaum wanita. Sepatutnya, samada lelaki mahupun wanita patutlah makan dengan bersopan. Buat apa terkejar-kejar?
17. PENTINGKAN KAWAN-KAWAN
Sanggup membatalkan temujanji semata-mata hendak bermain bola sepak ataupun menonton WWF bersama kawan-kawan. Lelaki juga selalu mementingkan kawan-kawan dalam banyak hal. Sekali-sekala bolahlah, jangan pula selalu saja memberi alasan hinggakan masa bersama teman wanita tiada langsung semata-mata untuk menghabiskan masa bersama kawan-kawan. Apa guna bercinta kalau macam tu gayanya? Kalau ada masalah pula, kawan-kawan sebagai tempat mengadu dengan alasan tidak sesuai bercerita dengan si dia. Kalau dah memilih si dia sebagai kekasih, mungkin satu hari si dia juga akan menjadi isteri anda, jadi takkanlah anda selalu hendak merahsiakan sesuatu dari dia. Tak eloklah berbuat demikian, nanti si dia terasa seolah-olah dirinya tidak penting buat anda pula.
18. TIDAK TAHU MEGHARGAI
Sukar untuk bertemu lelaki yang tahu menghargai perasaan atau pun perbuatan kekasihnya. Ada pula yang berpura-pura tidak mengambil tahu walaupun menyedarinya. Mereka seboleh-bolehnya mahu si dia terang-terangan menunjukkan sikap meghargai mereka ini. Kalau setakat sikit-sikit atau sekadar kiasan tu, alamatnya mereka akan berpura-pura tidak menyedarinya. Apa salahnya sekali-sekala, tunjukkan sikap anda yang menghargainya di atas apa yang cuba dilakukannya terhadap anda seperti memberi hadiah kecil. Setidak-tidaknya ucapkanlah terima kasih setiap kali dia cuba berbuat sesuatu untuk anda.
19. PUTAR BELIT
Lelaki ni ramai yang pakar memutar-belitkan kenyataan walaupun ternyata sememangnya merekalah yang bersalah. Bagi mereka, putar belit ini tak mengapa asalkan si dia mempercayai alasan tersebut dan mereka akan terlepas dari kesalahan sendiri. Sekiranya anda benar-benar menyintai pasangan anda, perkara begini seharusnya tidak berlaku kerana apa akibatnya sekiranya si dia mengetahui juga tipu helah anda suatu hari nanti. Kalau anda tak pandai menyelamatkan keadaan, melepaslah anda! Jujurlah pada pasangan anda.
20. SUKA KONTROL MACHO
Peh! Nak dikatakan macho, ada juga yang tak. hancur je yang lebih kot! Terutama bab sikap, mahu lebih gentleman, berketrampilan dan hensem. Seboleh-bolehnya mereka mahu menampakkan yang diri mereka lelaki sejati dan ada elemen HERO. Tak perlulah nak merasakan diri anda macho kerana wanita sahaja yang layak membuat penilaian terhadap anda. Sekiranya anda rasa diri anda macho, tetapi pada mata wanita tersebut anda tidaklah semacho yang disangkakan, tak guna juga!