Si Sepet Dan Si Manis

Si Sepet Dan Si Manis

Saturday, November 20, 2010

Kesilapan ketika berdiet

Bila kita berbicara berkenaan berdiet, banyak sebenarnya kesilapan yang telah kita lakukan dalam hari-hari ketika kita ingin berdiet. Kesilapan ini mungkin adakalanya kita tidak sedar ataupun memang kita tak tahupun sebenarnya perkara tersebut merupakan kesilapan ketika berdiet.
Mari saya kongsikan bersama anda apakah kesilapan-kesilapan tersebut. Semoga dengan mengetahui kesilapan-kesilapan tersebut seterusnya dapat mengelakkan anda daripada melakukannya di masa hadapan ketika anda ingin berdiet ok…
Kesilapan yang terbesar biasa kita lihat ialah mereka yang ingin berdiet ini akan menjalani sesi diet mereka bagaikan seperti berada dalam tahanan perang Guantanamo atau dalam penjara. hoho..memang bunyinya macam lawak, tapi inilah hakikatnya.
Mereka ini akan buang segala makanan yang ada di dapur mereka dan di dalam peti sejuk mereka yang mereka lihat ada potensi untuk menambahkan lemak dalam badan mereka. Sesi diet seperti ini sebenarnya mustahil untuk anda kekalkan untuk anda mencapai matlamat berat badan ideal anda.
Perkara ini mungkin akan berkesan untuk jangka masa yang pendak, tetapi kesan langsungnya ialah anda akan mudah berasa gagal, kecewa dan berasa sakit di kemudian hari.
Perkara utama yang harus anda fokus ketika berdiet ialah apakah matlamat diet anda.
Kesilapan yang lain ialah memakan makanan atau menu yang sama setiap hari. Tiap-taip hari sama je menunya dan tidak berubah-ubah. Natijah semulajadi tubuh badan kita ialah ianya lebih cenderung anda selesa untuk memakan pelbagai menu makanan berbeza setiap hari.
Pilih diet atau pelan pemakanan sihat yang boleh anda nikmati pelbagai makanan sihat yang berbeza berbanding hanya kekalkan satu jenis menu sahaja setiap hari.
Selain daripada dua kesilapan di atas, kesilapan seterusnya ialah menahan diri anda sendiri untuk menikmati makanan kegemaran anda. Ini umpama menyeksa diri sendiri. Dalam berdiet malah apa pun perkara dalam kehidupan seharian kita, kesederhanaan itu menjadi keutamaan.
Dalam anda menetapkan menu utama harian anda seperti buah-buahan dan sayur-sayuran, jangan lupa untuk beri sedikit ‘kebebasan’ buat diri anda untuk menikmati makanan kegemaran anda. Bukannya setiap hari, tapi kadang-kala apa salahnya anda menikmati ais krim atau kek coklat yang menjadi kegemaran anda tu.
Tidak menjadi kesalahan atau sesuatu yang ‘berdosa’ untuk anda makan makanan yang berlemak ketika anda berdiet.
Begitulah beberapa kesilapan yang adakalnya mungkin anda tidak sedar anda lakukannya ketika anda berdiet.
Selamat menjalani diet anda yang seimbang.

No comments: