Si Sepet Dan Si Manis

Si Sepet Dan Si Manis

Thursday, August 4, 2011

CEPAT kurus

Assalammualaikum dan Selamat Pagi!

Hai all peeps. Ape khabar? sihat ker? I arap sume sihat-sihat belaka mcm biase :) WELL, sedar tak sedar, dah hari ke-4 kita menjalani ibadah puasa kan?

So, ape persiapan puasa yg u all ngah buat skg ni??? Masak ape petang ni?  Nk bukak puasa katne petang ni? dan mcm-mcm lagi kan. Ye, i pun mcm tu jugak. Same je. Tapi, yg tak snggup tu, bile time g bazaar ramadan tu, Ya Allah! Ramainya manusia. Jgn lah pegi lambat-lambat. Komfem makanan byk dah abis! Trust me.

Mintak maaf byk-byk sbb lame i tak update belog cikodot i nih! I bz giler bak busybee lah. Keje menimbun-nimbun tau! Haaiisshhh.. tssskkk.. sedih lah. Bulan-bulan puasa ni i ingat dpt lah balik awal. Tapi, HAMPA sungguh! Keje WAJIB dibereskan.

Baik u all pegi awal dlm kol 5ptg. Kol 6 ptg balik umah. Sng kan? Leh u all siap-siapkan ape yg patot. Mcm i , berbuka puasa all the way skg ni kat luar je. Kat KEDAI a.k.a. RESTORAN. Dua hari pertama puasa sempat gak terjah bazaar kat Hospital Pulau Pinang dan kat area Tanjung Bungah.

Tapi, kemeriahan katsini a bit diff dari KL. Kat KL lagi besh dan heboh! I love it. Miss KL sooo much.
Miss my beloved mummy n grandmom. SOB.SOB.. emo kejap. K, berbalik pada tajuk utama i pagi ni,  I suke ckp tentang hal KURUS atau DIET. Of course all girls and ladies out there pun suke gak ckp tentang hal ni kan??

Bulan puasa ni la paling MUJARAB nk kurus CEPAT! Percayalah i. Lebih-lebih lagi kalau u all tak makan NASI. Tapi kan??? i ni bersahur mmg tak makan NASI, i minum nestum jagung dan beberape keping biskut OAT. Itu je sahur i. Tapi, bile berbuka puasa, WAJIB i cari NASI. Tapi, entah kenapa puasa tahun ini, i tak berape nk selera lah. PELIK sgt. Maybe i miss my mom's cooking sooo muuchhhh.

Hmm, di sini jugak i nk sharing ngan u all tips kurus cepat sempena bulan PUASA yg mulia ni. Klau rase nk tahu lebih lanjut,

JOM kita tgk sama-sama!

1. Paling penting untuk kita lakukan adalah mengenalpasti kadar metabolisme tubuh badan. Ini kerana individu yang mempunyai kadar metabolisme tinggi, mereka tidak mempunyai masalah pertambahan berat badan walaupun makan banyak ketika berbuka.

2. Bagi individu yang mempunyai kadar metabolisme rendah, harus lebih berhatihati dalam soal permilihan kuantiti dan jenis makanan ketika berbuka. Elak makan melebihi keperluan harian kerana ia akan menimbulkan masalah berat badan apatah lagi tiada aktiviti yang berat di waktu malam selepas berbuka.

3. Ramai yang menganggap bersahur itu sesuatu yang remeh tetapi hakikatnya sahur adalah sama pentingnya dengan bersarapan. Bersahur akan membantu badan mengimbangi zat gizi yang tidak diperolehi tubuh selama sehari berpuasa. Jadi, prinsip bersahur bukan untuk kenyang semata-mata tetapi lebih kepada makanan yang bergizi tinggi.

4. Mulakan saat berbuka dengan makan makanan yang mudah, ringkas dan dalam kuantiti yang sedikit demi sedikit tetapi berulang-ulang. Kejutan ‘jutaan’ makanan secara tiba-tiba akan membuatkan perut berasa tidak selesa dan anda mudah berasa meloya.

5. Jangan lupakan sayuran dan buah-buahan di dalam menu berbuka dan bersahur anda. Seelok-eloknya apabila berbuka puasa, makanan yang diambil perlulah bergantung pada keperluan individu.

6. Sebaiknya elak atau kurangkan pengambilan makanan yang berempah dan pedas kerana ia boleh menyebabkan pedih perut dan gastrik. Selain itu, elakkan juga daripada minum minuman berkarbonat atau kandungan kafein yang tinggi kerana ia akan memburukkan lagi keadaan perut yang kosong setelah seharian berpuasa.

7. Elakkan makan banyak selepas menunaikan solat terawih dan tidur ketika perut masih kenyang kerana ia akan merangsang kepada kegemukan.Korang dinasihatkan untuk tidur sekurang-kurangnya tiga jam selepas makan.

8. Kurangkan pengambilan lemak dan bukan karbohidrat dalam menu diet kita. Ini kerana satu gram lemak mengandungi sembilan kalori berbanding hanya empat kalori bagi satu gram karbohidrat.

9. Berpuasa tidak seharunya dijadikan alasan untuk kita kurang minum air. Pastikan kita semua minum air secukupnya di antara waktu bersahur dan juga berbuka puasa.
10. Aktiviti senaman juga sebaiknya diteruskan meskipun kita berpuasa. Bezanya, kita boleh memilih aktiviti kecergasan berintensiti rendah dan kecergasan selama 30 minit setiap sesi untuk sekurang-kurangnya tiga kali seminggu.

11. Positifkan diri dengan membuat target badan yang realistik dan perancangan yang sesuai. Jangan memaksa diri mencapai perkara yang tidak logik dalam masa yang singkat.

12. Jangan asyik menimbang berat badan. Kita akan kecewa jika masih tiada perubahan. Cara paling fleksibel ialah menimbang berat badan tidak lebih sekali dalam seminggu.




Sumber Meletops : tempat berehat

Berehat Sebentar : I suke tgk BIBIR dan BODY minah ni :)

1 comment:

neeza the gojes said...

ekin : Thanks dear. I follow u back