Si Sepet Dan Si Manis

Si Sepet Dan Si Manis

Monday, July 11, 2011

Saman HEBAT

Assalammualaikum dan Selamat pagi kepada sume pembace2x blog ini
Dan tak lupe jugak bloggers2x diluar sane :)
Selamat hari Isnin yg malas.
Rase amat berat sgt badan dan mate nie nk bgn tadi pagi :)

Maklum le hari isnin kan?
Penyakit MALAS menyerang je sesuke hati ni.
Tp berkat bace Surah Kursi td, dpt lah  bangun dgn cergasnye
Sebenarnye kan, pagi tadi terdengar radio HotFM,
Dpt satu berita mengejutkan pagi ni, Lelaki menyaman bekas tunangnye sebanyak RM320Ribu kau!

Byknye...
Hampir saje beliak bijik mate ni bile terdengar jumlah dia bukan sikit, tp ratusan ribu tu.
Kayo denn kejap :)
Haiisshhh... selidik punye selidik rupenye saman malu, ganti rugi ihsan, ganti rugi kos hangus, ganti rugi teladan dan bla..bla..bla..
Sgt byk rupenye ye ?

Tp kan, yg tak patutnye perempuan tuh la.
Nk tahu sbb ape ? dia membatalkan perkahwinan disaat akhir tinggal lagi seminggu sebelum majlis bermule.
Bayangkanlah ye ?
Dah la tu, alasan perempuan tu nk balik ke pangkuan bekas kekasih lame!
Sgt menjengkelkan betol lah.

Dah tahu kau tu kemaruk sgt nk bercinta dengan kekasih lame,
Sape suruh kau setuju majlis perkahwinan ditetapkan?
Putuskan je lah awal2x.
B*** dan bengong betol perempuan tuh.
Mmg patut pun kau kena saman mcm tuh!
Biar merase la kau nk cekau duit katne kan?

Bg i kan, perempuan cmnie PENGECUT tau.
Dah la tak berani nk jmpe ngan famili lelaki tu dan bgtahu secara berdepan, 
Pastu leh pulak buat rase tak bersalah dan bagitahu yg dia tak tahu menahu pasal kes dia kena saman.
WTFish lah perempuan ooiiii!!!

Sebenarnye kan kau tu dah MALU besar!
Yelah, kena saman smpai RM320ribu.
Kepala dah tintong la pk katne nk cekau duit tu.
Lain kali pk dulu sebelum bertindak!
Sekarang kan dah susah ?

Sila bace berite dan artikel lebih lanjut dibawah :


KOTA BHARU 10 Julai - Seorang juruteknik kilang hari ini memfailkan saman ke atas bekas tunangnya di Mahkamah Tinggi di sini, bagi menuntut ganti rugi berjumlah RM320,000 kerana membatalkan perkahwinan mereka yang sepatutnya berlangsung 8 Jun lalu.

Nik Mustafa Nik Daud, 30, dari Kampung Jedok Tua, Tanah Merah yang bekerja di Bangi, Selangor memfailkan saman itu melalui peguamnya, Mohd. Ridzuan Muhamad di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini.

Turut hadir kedua-dua ibu bapanya dan beberapa ahli keluarga terdekat.

Dalam tuntutannya, plaintif yang merupakan anak keenam daripada sembilan beradik menuntut bekas tunangnya, Azlina Mohamed, 27, seorang pengurus restoran makanan segera di Serdang, Selangor dan berasal dari Kampung Nibong, Tanah Merah membayar ganti rugi am dan khas kerana mendakwa menanggung malu di atas tindakan wanita itu.

Ia melibatkan ganti rugi malu RM200,000, ganti rugi teruk atau ganti rugi teladan RM100,000, ganti rugi khas RM4,457.53 dan ganti rugi kos hangus (barang hantaran dan persediaan perkahwinan) RM17,000.

Lelaki itu turut menuntut supaya bekas tunangnya itu memohon maaf di dalam akhbar berbahasa Melayu di atas tindakan membatalkan perkahwinan tersebut, selama tiga hari berturut-turut.

Dia turut menuntut faedah lapan peratus ke atas keseluruhan jumlah saman dari tarikh tuntutan difailkan sehingga kes diselesaikan sepenuhnya.

Nik Mustafa ketika ditemui mendakwa, dia mengalami tekanan perasaan akibat tindakan bekas tunangnya itu kerana telah mengambil cuti kahwin selama seminggu dan rakan-rakannya pula asyik bertanya mengenainya.

Akibatnya, dia terpaksa mengambil cuti sakit selama empat hari sehingga prestasi kerja terjejas.

Menurutnya, mereka bertunang pada 1 Mei 2011 dengan wang hantaran RM6,000 dan tarikh pernikahan ditetapkan oleh pihak perempuan pada 8 Jun 2011 manakala majlis persandingan pada 9 Jun lalu diikuti persandingan di pihak lelaki sehari kemudian.

Dakwanya, dia juga telah membeli dua bentuk cincin berharga kira-kira RM3,000 untuk diserahkan kepada bakal isterinya itu pada hari pernikahan mereka.

"Bagaimanapun seminggu sebelum tarikh tersebut, defendan menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) dan meminta saya menangguhkan perkahwinan," dakwanya yang kali terakhir bertemu bekas tunangnya itu pada 30 Mei lalu.

Menurut Nik Mustafa lagi, berikutan SMS itu wakil bekas tunangnya datang ke rumah ibu saudaranya bagi membincangkan penangguhan itu, tetapi ditolak oleh keluarganya kerana segala persiapan termasuk 1,000 kad jemputan perkahwinan sudah diedarkan.

"Persiapan dulang hantaran sebelah lelaki juga telah diberikan kepada pihak perempuan," dakwanya.

Berikutan itu kata Nik Mustafa, bekas tunangnya itu sekali lagi menghantar SMS memutuskan pertunangan mereka seminggu sebelum tarikh mereka dinikahkan.

Jelasnya, memandangkan kad jemputan telah diedarkan, maka keluarganya terpaksa menggantikan majlis perkahwinan tersebut dengan kenduri kesyukuran.

Sementara itu, Azlina ketika dihubungi enggan mengulas kes tersebut kerana tidak menerima sebarang surat daripada pihak mahkamah.

"Saya nak tengok apa tuntutan mereka dan juga bukti-buktinya dan saya hanya memberi keterangan jika mahkamah memanggil. Kalau nak juga saya akan lantik peguam," katanya.


Dan Artikel kedua :

Bekas tunang disaman RM320000

“Perbuatannya (bekas tunang) membatalkan perkahwinan pada saat akhir menyebabkan kami sekeluarga menanggung malu dan majlis persandingan yang dirancang terpaksa ditukar menjadi majlis kesyukuran,” kata Nik Mustafa Nik Daud.

Nik Mustafa, 30, dari Kampung Jedok Tua, Tanah Merah berkata demikian sejurus memfailkan saman RM320,000 bagi menuntut ganti rugi am, malu teruk, khas dan teladan terhadap bekas tunangnya, Azlina Mohamed, 27, dari Kampung Nibong, Tanah Merah kerana membatalkan perkahwinan seminggu sebelum majlis pernikahan pada Jun lalu.


Nik Mustafa yang juga juruteknik pemprosesan sebuah kilang di Lembah Klang memfailkan saman berkenaan di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi, di sini, melalui peguam Mohd Ridzuan Muhammad dari Mohd Fadzli & Co, kira-kira jam 12 tengah hari, semalam.

Dalam pernyataan tuntutannya, Nik Mustafa berkata, dia bersama Azlina Mohamed (defendan) bertunang pada 1 Mei lalu dan bersetuju melangsungkan perkahwinan pada 8 Jun lalu dengan majlis perkahwinan di pihak lelaki dirancang dua hari kemudian.


“Semua persiapan perkahwinan, persiapan kenduri dan persiapan lain dilakukan secara teratur dan terperinci termasuk menghadiri Kursus Praperkahwinan Kekeluargaan Islam oleh Jabatan Agama Islam Daerah Hulu Langat, Selangor.


“Saya turut mengisi dan mendapat pengesahan Borang Ujian Saringan HIV Praperkahwinan serta Borang Persetujuan Menjalankan Ujian Saringan HIV pada 2 Mei lalu, selain mengisi Borang 1 Permohonan Untuk Kebenaran Berkahwin," katanya.

Menurut Nik Mustafa, dia juga sudah menyediakan kad undangan perkahwinan untuk 1,000 tetamu termasuk keluarga, kenalan dan jiran dan pada masa sama menanggung kos pembelian lembu, ayam, menempah jurukamera, pengurusan pengangkutan dan kos berarak kira-kira RM8,000.


“Bagaimanapun, seminggu sebelum tarikh perkahwinan pada 8 Jun lalu, bekas tunang membatalkan perkahwinan tanpa alasan munasabah.


“Saya tidak dapat menerima hakikat itu, sekali gus menjejaskan tumpuan terhadap kerja. Akibatnya saya mendapat cuti sakit empat hari,” katanya.


Nik Mustafa berkata, bekas tunangnya bertindak di luar batasan undang-undang dengan membatalkan perkahwinan pada saat akhir hingga memberi kesan fizikal, mental serta reputasi kepadanya termasuk memburukkan keluarganya.


“Dia meletakkan keadaan saya dalam situasi genting, serba salah dan kecewa yang amat dahsyat. Bekas tunang juga tidak prihatin kepada pandangan serong masyarakat khasnya tetamu jemputan termasuk keluarga, jiran dan kenalan.


“Berikutan itu, saya mengalami kesusahan dan kerugian sehingga terjejas reputasi menyebabkan saya terpaksa mendapatkan penghakiman terhadap bekas tunang saya dan menuntut ganti rugi,” katanya.


Menurut Nik Mustafa, dia membuat laporan polis pada 11 Jun lalu terhadap bekas tunangnya itu untuk menuntut saman malu dan ganti rugi.


Katanya, dia turut menuntut bekas tunangnya mengemukakan permohonan maaf di dalam akhbar berbahasa Melayu tiga hari berturut-turut selepas draf permohonan diluluskan mahkamah, selain faedah lapan peratus setahun ke atas jumlah dari tarikh pemfailan writ saman hingga tarikh penghakiman.


Sementara itu, Azlina ketika dihubungi berkata, dia tidak mengetahui mengenai saman yang difailkan itu kerana tidak mendapat sebarang maklumat daripada bekas tunangnya mahupun peguamnya.


“Sehingga kini (petang semalam) tidak ada mana-mana pihak memaklumkan mengenai saman itu kepada saya. Jadi saya perlu tunggu surat berkenaan (saman) daripada mahkamah terlebih dulu,” katanya.
 
 
Begitulah kan, kalau dah terhantuk baru nk terngadah!
Sila abaikan rase geram i kat atas tuh :)






Sumber Meletops : ARTIKEL 2
                             ARTIKEL 1


Berehat Sebentar : Saman menyaman skg dah jadi BENDA WAJIB pulak!



4 comments:

Lulu Caldina said...

Blogwalking dipagi hari...
selamat pagi :)

neeza the gojes said...

Lulu Caldina : tqvm ye singgah sini. Slamat pagi utk u jugak :)
I'm ur silent reader of your blog :)

zimie said...

salam b2b niza :)

macam tak sangka saman menyaman ni kan.tsk apa masalah laki tu??geram plak rasa.serius malu kalau jadi perempuan tu.taktau mana nak letak muka;(

neeza the gojes said...

zimie: yup, betol tuh. saman menyaman dah jd glamer skang nie :)
Lelaki tu malu le, rugi besar. of coz la nk saman. HARUS tuh.