Si Sepet Dan Si Manis

Si Sepet Dan Si Manis

Monday, July 4, 2011

Hebatnye Jadi Queen Control

Assalammualaikum dan Selamat pagi Isnin buat sume pembace2x belog ini dan bloggers2x.
Sebenarnye kan ? Saya arinie baru je abis keje.
Nk buat report lagi satu tu, MALAS lak.
T jap g lah baru sambung.

Rase semacam je bile tak dpt nk BLOGWALKING pepagi.
Saya nk cepat tadi.
Cume bace blog2x melalui Google Readers.
Sangat2x membantu saya :)

Almaklum le, saya nie tak online waktu hujung minggu.
Jadi, hari ini je lah saya dpt bace2x belog2x yg dah habdet tuh.
Cepat, mudah dan MESRA alam je Google Readers nih.
Ececece..

Minggu lepas dpt tgk filem SEKALI LAGI. 
Huaa. tacing beb.
Wa nangis 3kali lah kowt?
Felling2x gituh.
Memang sedap cite tuh.
Tak sangka ending dia cmtuh.

Tap, yg geramnye, 2 pawagam saya terjah semata2x nk tgk TRANSFORMERS 3 tuh.
Tapi haram JADAH! 
Sume FULL sampai TGH MALAM pun :(
Jawab saya pada encik tunang, kite tgk minggu depan je lah.
Nada sedih :(

Bersyukur lah, dpt tgk FILEM SEKALI LAGI pun dah okeh.
Hmmm, ape nk buat, semua orang dok terkejar2x nk jadi yg pertama tgk filem Transformers 3 tuh.
Tu yg sane sini penuh gilerh.
Dah la.. tutup buku pasal Filem2x ni jap.

Harinie nk sharing ngan korang tentang Ciri-ciri QUEEN CONTROL nih.
Dalam erti kata lainnye : Perempuan yg suke kawal suami/kekasih/tunang sendiri.
Haaa... nmpk cam menarik kan?
Tadi BW jumpe la artikel pasal Queen Control nih.

Siap ade penerangan lagi tau.
So, korang leh la tgk2x artikel pasal queen control nih.

Siapakah Queen Control?
Umumnya, queen control adalah isteri yang suka mengawal hidup suaminya, baik dari segi kewangan, masa dan juga aktiviti harian. Secara ringkasnya, isteri yang suka mengongkong.  
Hakikatnya, setiap wanita berpotensi untuk menjadi Queen Control. Yang menjadi persoalannya, siapakah penyebabnya dan apakah yang perlu dilakukan untuk menanganinya?

Apakah ciri-ciri Queen Control?
Cemburu yang keterlaluan, suka berprasangka buruk pada suami, ego yang keterlaluan, bangga diri, malas, manja, dan segala bentuk sikap yang keterlaluan.  
Hakikatnya, tiada ciri-ciri yang jelas. Yang pasti, isteri yang suka menjadikan kata-katanya sebagai arahan taat setia kepada suami.

Di manakah asalnya Queen Control?
Asalnya sebelum menjadi isteri, seorang wanita dipilih oleh seorang lelaki berasaskan ciri-ciri isteri yang disukainya. Adalah amat pasti di dalam senarai itu tiada satu pun yang menciri-cirikan seorang queen control. Hakikatnya, dek kerana kasih sayang yang melampau, setelah selesai saja diijabkabulkan, isteri dilayan bagai menatang minyak yang penuh. Bak kata pepatah, dilayan bagaikan permaisuri (queen). Apabila sudah naik minyak, mulalah rasa meluat sedangkan keadaan itu hanya didiamkan sahaja oleh suami tanpa melakukan apa-apa untuk mengubahnya.

Bilakah seorang isteri menjadi Queen Control?
Seorang isteri akan menjadi seorang queen control apabila dia mula mengawal dan mengongkong tindak-tanduk suami. Semua perkara yang ingin dilakukan suami perlu meminta izin daripadanya terlebih dahulu. Si isteri dengan mudah boleh mengarah suami melakukan sesuatu tanpa ada bantahan daripada suami, sehinggakan hal-hal rumahtangga seperti membersihkan rumah, memasak dan menguruskan anak terpaksa dilakukan oleh suami. Hakikatnya, wujudnya queen control apabila isteri mula diberi tanggapan sedemikian oleh keadaan sekeliling. Apabila berlaku perubahan jelas pada suami mahupun isteri, orang yang melihatnya mula memandang serong. Pergi ke tempat kerja, suami dalam keadaan kurang kemas. Habis waktu kerja, suami segera pulang ke rumah. Dan apabila bersama rakan-rakan ataupun ketika out-station, suami kerap saja dihubungi oleh isteri. Kenalan juga kaum keluarga mula menegur, tidak kurang juga yang mengejek. Keadaan menyebabkan si suami berasa malu dan tertekan. Walhal, sebelum itu si suami meredhakan keadaan itu, tetapi keadaan sekeliling seakan mengiyakan tanggapan tersebut.

Mengapakah suami sering menjadi mangsa Queen Control?
Kerana terlalu sayangkan isteri, suami sanggup menurut kemahuan isteri sekalipun terasa dirinya dikongkong. Bagi isteri yang mudah cemburu dan curiga, setiap penjelasan suami tidak mahu dipercayainya sehingga sanggup mengawal gerak geri dan perhubungan suami dengan sesiapa pun. Lebih-lebih lagi jika isteri berkedudukan lebih tinggi dari segi pangkat, harta dan keturunan berbanding suami, lebihlah juga kawalannya. Hakikatnya, suami yang sangat sayangkan isteri seharusnya membimbing isterinya ke jalan yang benar dalam menjadi isteri yang solehah agar keduanya dapat membentuk keluarga yang sentiasa dirahmati Allah s.w.t. Dengan membiarkan isteri melayannya seperti itu hanya akan menyebabkan isteri tersesat lebih jauh dan suami pula akan mencari jalan mudah untuk keluar dari kongkongan itu.

Apakah kesan daripada Queen Control?
Kebahagiaan rumah tangga akan hancur. Sikap isteri yang keterlaluan membuatkan suami menjadi bosan dan mencari hiburan lain di luar rumah. Lebih teruk apabila suami curang ataupun membuka cawangan baru secara diam-diam. Anak-anak juga menjadi tidak tentu arah dan sikap tegang wujud menyebabkan mereka melakukan aktiviti-aktiviti yang tidak sihat. Mereka mula bergaul dengan rakan-rakan yang tidak bermoral. Akhirnya keluarga menjadi kacau bilau dan berpecah belah. Hakikatnya, jika wujud komunikasi yang jelas dan telus di antara ahli keluarga, keadaan sedemikian tidak perlu berlaku. Suami dan anak-anak seharusnya menegur dan menjelaskan kepadanya tentang sikap buruknya itu. Dengan nasihat dan teguran yang berhemah, si isteri pasti akan berubah dan mengawal perasaannya. Malah, kepercayaan pada pasangan akan terbentuk semula dan mengeratkan kembali hubungan yang terbina.

Mengapakah isteri bersalah menjadi Queen Control?
Sebagai isteri, tugasnya adalah untuk melayan suami, memuliakannya, menjaga harta dan amanah suaminya serta menjaga maruah dirinya. Bersikap mengongkong suami bukanlah ciri-ciri seorang isteri yang baik. Seharusnya isteri bijak dalam mengendalikan perasaan curiga dan cemburu terhadap suaminya melalui perhubungan yang lebih telus. Hakikatnya, seorang isteri tidak pernah berkehendakkan untuk menjadi Queen Control kerana setiap isteri sayang akan suaminya. Namun, disebabkan suami yang terlalu memanjakannya sejak awal perkahwinan lagi dan terlalu menuruti permintaannya, secara perlahan-lahan keadaan itu menjadi kebiasaan. Ada pula yang tercetus akibat daripada kurangnya keprihatinan dan juga sikap sambil lewa suami seperti memperlekehkan janji, berbohong dan sebagainya menyebabkan isteri mulai hilang keyakinan diri, memberontak dan berubah sikap.

Bagaimana untuk mengatasi masalah ini?
Kedua-dua suami dan isteri mempunyai tanggungjawab masing-masing dalam membendung gejala ini. Queen Control menjadi imej yang buruk terhadap isteri juga wanita, dan menjadi mimpi buruk lelaki terutama bagi mereka yang belum berkahwin. Ramai yang menyalahkan pihak isteri sahaja yang menajdi penyebab wujudnya masalah ini. Hakikatnya, sekiranya suami memainkan peranannya sebagai ketua keluarga dan pembimbing, perkara seperti ini tidak akan berlaku. Islam telah menggariskan panduan dalam mendidik isteri dan keluarga agar sentiasa di dalam landasan yang dibenarkan oleh syariat. Sekiranya suami menjalankan tanggungjawabnya selaras dengan Al-Quran dan Sunnah, insya Allah Queen Control tidak akan berlaku. Isteri pula haruslah menimba ilmu sebanyaknya dalam menjalankan tanggungjawab sebagai isteri seperti mana yang telah digariskan oleh syariat agar tidak terjebak dengan gejala ini. Walaupun Queen Control bunyinya seperti suatu kuasa, ia hanya kesenangan dunia yang sementara malah akan merosakkan kebahagiaan yang ingin dibina. Tuntutlah ilmu tentang perkahwinan dan kekeluargaan kerana menuntut ilmu itu tanggungjawab setiap kalifah Allah. Ianya juga kunci kepada segala-galanya.

Maka, kembalilah kepada ajaran Islam. Wahai suami, ingatlah peranan anda sebagai pembimbing dan ketua keluarga. Wahai isteri, lakukan tanggungjawab anda sebagai permaisuri keluarga yang solehah dan mithali. Bendunglah masalah ini seawal ketika mencari calon pasangan lagi, agar keluarga yang dibentuk sentiasa dalam keredhaan dan rahmat Allah s.w.t. 



So, beringat lah sikit ye perempuan2x diluar sane tuh. Nk kontrol boleh, cume jgn MELAMPAU lah.
Berehat Sebentar : Seronok ker jadi Queen Control nieh?


No comments: