Si Sepet Dan Si Manis

Si Sepet Dan Si Manis

Wednesday, July 27, 2011

BAGUS tak???

Salam dan Selamat Petang, 

Rentetan dari ENTRI PANAS NIE so, i dah buat keputusan nk bagi tips Sebab anda TAK PATUT KEMBALI PADA BEKAS KEKASIH! Ingat tuh.. Jgn dok lemah ati dan lembut je bile BEKAS kekasih dtg merayu meroyan mcm org gilerh! Tips ni sedikit sebanyak dpt membantu lah kann?? Tp selebihnya terpulang pd DIRI sendiri. Nak atau tak je. Yg penting hati dan diri kita. Klau ikot hati, mati lah. Ikut badan binase. Jadi, pikir-pikirkan lah ye kengkawan ku yg tercinta :)


5 Sebab Untuk tidak Kembali bersama Bekas Kekasih anda

1. Si dia curang: Curang lebih daripada sekali adalah suatu penghinaan buat anda. Si dia seorang yang curang dan merahsiakannya daripada anda. Adalah lebih buruk apabila si dia sanggup menipu dan akhirnya rahsia curangnya terdedah. Manusia seperti ini berkemungkinan akan melakukan perkara yang sama jika kembali bersama anda
.
2. Anda Kesunyian: Sunyi kerana sudah menjadi “single” adalah perkara yang akan berlaku kepada anda apabila putus cinta. Namun jika ini alasan anda untuk kembali kepada si dia adalah lebih baik jangan! Beri diri anda sendiri ruang dan masa untuk berfikir dengan lebih rasional. Jika kembali kerana anda kesunyian, sudahkah anda berfikir perkara lain yang selain daripada kesunyian?

3. Tiada lagi “spark” antara anda dan si dia: Mungkin anda telah letih terhadap semua “drama” dan pemainan cinta yang akhirnya memakan diri anda sendiri. Keadaan ini akan menyebabkan anda bosan dan akhirnya tidak menemui apa- apa perasaan terhadap si dia. Jangan paksa anda untuk menyintai si dia kerana ini akan memburukkan keadaan diri anda.

4. Tiada keserasian: Tiada persamaan adalah lebih baik daripada tiada keserasian. Walau apa pun alasan anda dan si dia berpisah sebelum ini jika salah satu daripada alasannya adalah tidak serasi maka, lebih baik jangan sambung semula hubungan jika kali ini anda berdia sekadar berpura- pura anda dan si dia adalah serasi
.
5. Si dia sudah berpunya: Jika si dia telah pun berkahwin ataupun dimiliki insan lain adalah lebih baik anda berundur dan menerukan kehidupan yang baru. Walaupun si dia sanggup menghentikan hubungannya dengan pasangannya ini belum menjamin kebahagiaan anda dan si dia. Jangan jadikan diri anda batu penghalang kepada kebahagiaan orang lain.


Jadi dah dpt kan tips serba sedikit?? Amalkan lah ye kengkawan. Peringatan utk diri sendiri gak!! Jadi sbg seorang blogger, i pun sharing lah ape yg patot for all of us among bloggers. Especially in MALAYSIA :) Yehhuuuu... Adiosss amigos.


Sumber Meletops : Kredit to BELOG TERHANGAT


Berehat Sebentar : Curang???? campak lah orang mcnie JAUH-JAUH, Please!!

 

No comments: