Si Sepet Dan Si Manis

Si Sepet Dan Si Manis

Thursday, June 30, 2011

Tips Menjelang Akad Nikah

Assalammualaikum dan Selamat pagi khamis buat semua pembaca2x blog ini dan jugak bloggers2x sekalian.
Hari khamis.
Suke sgt sbb besok dah jumaat.
Pastu leh la saya berjimba2x rileks dan chills kat rumah :)

Hihihihi.
Leh jadi bibik mengemas rumah, bilik, basuh baju dan sidai baju :)
Basuh jugak bilik air :)
Itulah tugasan saya ujung minggu.
Tgk tv dan merehatkan diri.

Sambil ditemani permandangan indah pantai jerejak, Pulau Pinang.
Angin sepoi2x bahase.
Wahhh, best sgt lah.
Sbb kt Kolumpo saya tak berpeluang nk ade rumah yg mengadap lautan.

Tak berpeluang nk rase selalu angin laut :)
Paling2x pun, klau terase nk g pantai, 
Terpaksa memandu jauh hingga ke bagan lalang, pantai morib ataupun Port Dickson.
Haiishhhh.. tu yg malas.

Perjalanan jauh, lagi penat.
Asal dan membesar di bandar seperti Kolumpo.
Buat saya rase merindui pantai dan suasane kampung.
Seronok ye sape2x yg ade kampung, sawah padi :)
Mandi air telaga.
Sejukk..

Tp, di penang nie.. sekurang2xnye saya merase duduk mengadap pantai.
Petang2x atau malam lepak di pantai pada ujung minggu.
Ramai orang tau.
Terutamanye kat persiaran Gurney dan jugak Queensbay.

Sambil shopping kat Queensbay, ley lepak kat pantai sekali :)
Haaa.mane leh dpt kat KL shopping kompleks berdepan pantai!
Hehehehehehe.
Sebenarnye, pagi nie nk berkongsi sikit Tips2x menjelang perkahwinan.

Mungkin pada sesiapa yg bakal menamatkan zaman bujang dlm mase terdekat ini, 
Boleh la cube tips ini.
Jom kite tgk same2x.

Tips yang pertama :

Bakal pengantin melakukan solat Hajat malam sebelum upacara akad nikah untuk memastikan majlis berjalan dengan lancar.

Tips yang kedua :

Amalkan surah Al-Inshirah (Alam-Nasrah) untuk mengurangkan rasa gemuruh menjelang detik dinikahkan. (Surah ini juga diamalkan oleh Nabi Musa ketika berdepan dengan Firaun)

Tips yang ketiga:

Bakal pengantin lelaki juga boleh menghafal surah Toha Ayat 25-28  UNTUK mengurangkan gemuruh dan gugup. 
Selesai membace surah ini, minum lah segelas air utk menenangkan hati.

Tips yang keempat :

Bakal pengantin hendaklah menghafal beberape pengetahuan asas dalam agama.
Lazimnya jurunikah akan bertanya tentang rukun iman, rukun islam sebagai pengetahuan asas dalam Islam.Bagi yg berdebar, lebih baik anda menghafal semua rukun itu bagi mengelakkan anda berasa lebih panik.

Tips yang kelima : 

Selepas selesai dinikahkan, seeloknya Pengantin Lelaki tunaikanlah solat sunat 2 Rakaat sebagai tanda bersyukur kerana berjaya menempuh alam perkahwinan. Dan selepas itu, barulah upacara menyarungkan cincin/pembatalan air sembahyang dijalankan.

Tips yang keenam :

Pengantin juga digalakkan untuk besalaman dengan kedua ibu bapa, ibu bapa mentua, saudara mara, sahabat handai serta semua para jemputan yang hadir sebagai 
tanda menghargai kedatangan mereka dan jugak tanda anda sempurna menjadi suami isteri.

Haaa, mcmane tips2x diatas? amat bergunakan utk bakal2x pengantin. 
Sama-samalah kite mengamalkannye ye.





Sumber Meletops : INDAH NYA CINTAKU

Credit Pitcha to : Google the Gorgeous


Berehat Sebentar : Ilmu agama WAJIB kita pelajari ye :)


2 comments:

oPiE iSa said...

tips yg menarik... :)

neeza the gojes said...

oPiE iSa: yup, tq for read it :)