Si Sepet Dan Si Manis

Si Sepet Dan Si Manis

Monday, June 27, 2011

Tips Membeli Kamera DSLR

Salam dan Selamat hari Isnin yg malas nie :)
Hehehehe, asal hari ISNIN je dtg MALAS, asal datang MALAS je Hari ISNIN.
Ape dah yg saya merapek nie ek?
AL-maklum le mood hari isnin mmg cenggini.
Malas tu perkara BIASE.


Lagi2x asyik nak buat report yg banyak tak terkire.
Haaiishhh.. sob.sob....
Sedihnye.
Kalau ade orang nk tlg buatkan mesti BESH.
Sekurang2xnye tak le rase byk gilerh keje yg menimbun nie.
Heheehehehe..


Hujung minggu lepas mmg TERBAEK!
Sbb ape saya ckp terbaek?
SBB akhirnye dpat gak melantak menambah LEMAK di MC'DONALD tuh.
Makan GCB dn kentang McShaker.


Huuaaa.. tp kan, tapi kan...
Ade tapi taw..
Rase Grill Chicken Burger tuh dah laen dari tahun lepas lorh.
Rase mcm tak berape nk sedap gilerh cm thun lepas.


Nape ek?
Mcm muak jerk.
Rase kat tekak nie. Tp saya gagahkan jugak le nk makan smpai HABIS.
Dan BERJAYA.


Bile pk kan balik, mungkin sbb tahun lepas tu, kan BULAN PUASE.
Bulan puase seharian suntuk tak makan, jadi bile berbuke mkn GCB tu, 
TERASA enak tak terkata LAH!
Hihihihihih.


Mungkin kowt.
Faktor2x tue mempengaruhi kenikmatan dan kesedapan burger tu.
Tp, bersyukur gak lah, sbb dpt jugak makan GCB tu lagi.
Dah, tutop buku dulu pasal bab2z makan2x dan tambah LEMAK nieh.
Pagi nie saya nk bg panduan atau tips sebelum membeli kamera DSLR.




Tips dan Panduan membeli Kamera DSLR



Harga
-perkara paling penting adalah harga atau bajet yang korang dah tetapkan untuk sesuatu kamera. Kalau korang bajet dalam RM2000-RM3000 sahaja. Jangan lah nak impikan kamera yang setanding dengan pro-pro photographer yang lain tu yang dah mempunyai berpuluh-puluh jenis body yang mahal-mahal…pastikan anda masih dalam bajet.Cara untuk mencari jenis kamera yang dalam bajet anda cukup mudah. Caranya adalah seperti berikut.
1.Masuk ke laman Ebay Malaysia atau Lelong.com.my atau Shashinki
2.Search dengan keyword “DSLR”
3.Kemudian pada sebelah kiri laman Ebay tersebut akan terpapar range harga yang boleh anda dapat untuk anda search dengan lebih tepat lagi mengikut bajet anda itu.
Tips tentang harga ini sebenarnya boleh dibuat dengan cara lebih susah iaitu pergi ke setiap kedai seperti di Plaza Lowyat, Pertama, Sg Wangdan banyak lagi.Jadi sekarang anda dah tahu range harga dan jenis kamera yang anda akan dapat dengan harga yang anda telah tentukan itu.

Jenis atau Model Kamera
-Seterusnya jika terdapat 2 jenis model kamera atau lebih yang masih dalam bajet anda itu, tentu anda keliru, yang mana satu menjadi pilihan.Mudah sahaja sebenarnya..jika korang ada ramai kawan yang pakai Nikon, adalah lebih baik korang beli model Nikon, dan begitu juga sebaliknya. Tetapi kalau takde kawan yang pakai macam mana?
Korang boleh dapatkan antara jenama kamera yang paling popular digunakan seperti link dibawah ini
Nasihat aku cuma satu..walau secanggih mana pun kamera korang gunakan, tapi korang masih tak paham tentang perkara basic tentang kamera DSLR, adalah lebih baik korang mulakan dengan kamera yang sederhana fungsinya.
Aksesori
-aksesori memang penting untuk kamera DSLR..sebenarnya ia bukan digelar sebagai aksesori, tetapi lebih kepada sebahagian daripada kamera itu sendiri selain lense dan body.Contoh sepertiSpeedlight,Remote,Battery Grip, dan juga tripod. Beg kamera juga penting kerana tanpa beg, sukar untuk korang bawak kemana-mana yang korang suka.Jika korang bermula dengan basic, cukup la takat ada Body, lense,speedlight dan juga tripod..itu je dah cukup..tak payah nak pikir beliFisheye,Ultra Wide Angle dan sebagainya..

Storan/Memori Kad
-memori kad amat penting untuk menyimpan kesemua gambar yang disnap tu.Ada banyak jenis memori kad dan banyak space yang ada.Contohnya seperti 4GB,8GB, 16Gb dan juga 32GB..4GB sudah memadai bagi korang yang baru nak mula tu dan jangan express sangat sampai teruja nak beli sampai 32GB..tengok dulu harganya ye..hehe..
Shuttercount
-tahu tak korang yang setiap kamera ada jangka hayatnya? Begitu gak ngan DSLR..info lebih dalam korang boleh dapat di sini.Tapi jangan la sebab shuttercountnya sikit korang berkira sangat nak snap picture dan belajar photography ni sebab dalam pembelajaran tu, mesti la kena keluar modal sikit dan usaha kena la gigih ye tak? Baru la dapat hasil yang baik..:P
Rasanya cukup setakat ini tips untuk pemilihan kamera.Lagi satu nasihat adalah..korang tak payah nak argue mana satu jenama paling best..sebab teknologi kamera sentiasa berubah-ubah dan dalam masa setahun dua sahaja,mungkin kamera korang tu pun dah dianggap tak best..Nikon,Canon,Sony,Olympus..semua sama jek..yang penting adalah siapa di belakang kamera tersebut dan gambar yang diambil cantik dan sedap dipandang…tak gitu? Description: :P

 Sumber meletops dari :SINI







Berehat Sebentar : Kamera DSLR adalah BENDA yg PALING HOT skg nie.



No comments: