Si Sepet Dan Si Manis

Si Sepet Dan Si Manis

Monday, June 27, 2011

Kebaikan Manisan

Haaa.. siap nk cari info bagai lah kan.
Almaklum le, kite pon tahu lg sebulan je kowt nk puase.
Korang sume dah ganti puase ke?


Yg belom tu cepat2x lah ganti ye.
Larat ke dekk nonn nk bayar denda fidyah tu nanti.
Klau rase tak mampu, sila lah puase sunat Isnin dan Khamis.
Sempat lagik kowt sbb bulan 7 nie lah mase korang nk ganti.


Klau yg dah ganti puase tu, ALHAMDULILLAH.
Saya sendiri pon nasib baik sempat la jugak ganti.
Bulan depan nk puase sunat lagi.
Smabil cari pahala, sambil KURUS badan skali la kan?


Seronok sbenarnye BULAN puase nie.
Saya suke sangat.
SBB dapat menambahkan amal ibadat dan pahala berlipat ganda.
Buat sembahyang terawih ramai2x.


Lagi besh kalau kat kampung.
P Surau ngan kengkawan.
Pas solat Maghrib, teros je g surau.


Pulun nk solat Isyak kat surau skali ngan teraweh.
Jam sepuloh setengah baru balik.
Sebelom balik, singgah ngeteh dan makan kueh mueh dlu.


Sedap kowt kueh mueh tue.
Hehehehehehe.
TERINGAT zaman skolah menengah dlu2x.
Ade geng nk p Solat Teraweh.


Dah abis solat jalan ramai2x sambil pakai telekung. 
Hehehehehehe.
Bile diingatkan semula, RINDU lah saat dlu2x.


Nk patah balik boley?
Alahai, doraemon.. PLIISSHHH, help me.
Nk pinjam laci mesin mase dan PINTU sesuke HATI tue.
Leh la balik ke zaman tuh.


Ape la yang saya merapek di petang hari nie kan?
Sebetolnye nk kongsikan info menarik tentang KURMA.
Bulan puase nie KURMA mmg LAKU kau!
Semua orang berebut2x nk beli.


Paling laku Yusof Taiyob lah.
Mmg sedap dan nikmat.
Sedar2x sekotak LICIN sioott..
Hmmm. sedap.
Tak caye, ce cube ce cube. :)



FAKTA MENARIK TENTANG KURMA

1. KESIHATAN

a. Mencegah Penyakit Kronik Seperti Jantung & Kencing Manis
Berdasarkan kajian Prof Madya Asiah Zain, pensyarah Sains Makanan, Fakulti Sains Makanan dan Bioteknologi, Universiti Putra Malaysia (UPM) menyatakan "Dari segi perubatan, amalan memakan kurma setiap hari boleh mengurangkan risiko seseorang itu diserang penyakit kronik seperti jantung dan kencing manis kerana mengandungi zat galian seperti potasium, kalsium dan zat besi yang boleh menyihatkan sel darah merah". (Berita Harian, Selasa, 20 Februari, 2001)

b. Merangsang Dan Memudahkan Kehamilan
Prof Madya Asiah juga berkata, buah kurma mampu memanaskan badan dan merangsang kesihatan wanita hamil dan anak yang dikandung, memudahkan wanita bersalin dan memberi tenaga tambahan.


c. Membunuh Kuman Dalam Badan
Saidina Ali r.a. meriwayatkan "Barang siapa yang memakan 7 butir tamar setiap hari, ia akan membunuh semua kuman di dalam bandannya".

2. KECERDASAN & KECERGASAN

a.Kecerdasan Minda Dan Membantu Proses Tumbersaran
Menurut Prof Madya Aiah lagi, kanak-kanak digalakkan memakan lebih banyak buah kurma kerana ia memberi khasiat dari segi proses pembesaran, sekaligus membentuk minda kanak-kanak yang sihat.

b. Tenaga Segera
Maksud Firman Allah swt dalam surah Maryam: Ayat 25-26.
"Dan goyanglah pangkal pohon kurma tu ke arahmu, nescaya pohon itu akan menggugurkan buah yang masak kepadamu, maka makan serta minumlah dan bersenang hatilah kamu."
Kurma mampu membekal tenaga dengan pantas ke dalam tubuh mereka yang memakannya. Maka dengan itu Allah swt menyuruh Saidatina Maryam memakan buah kurma agar beliau mendapat bekalan tenaga untuk melahirkan Nabi Isa a.s. dan sentiasa bertenaga setelah melahirkan Nabi Isa a.s., kerana kehilangan tenaga dan darah yang banyak.

3. KEPERIBADIAN

a. Membentuk Sifat Penyabar, Bersopan Santun Dan Cerdas Pemikiran
Maksud hadis Rasulullah s.a.w. : "Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu, menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya."

"Melentur buluh biar dari rebungnya." Islam mengajar kita mendidik anak sejak dari dalam kandungan ibu agar anak yang bakal dilahirkan itu dibentuk mengikut rohaniah yang suci serta memiliki tubuh badan yang sihat dan minda yang cerdas. Buah kurma merupakan makanan yang mampu membentuk insan yang berperibadi luhur. Seorang pelatih dari Universiti Sains Malaysia (USM) menulis tentang hadis ini dalam majalah Mingguan Wanita.

4. KEBERKATAN

a. Mengambil Keberkatan Sewaktu Kelahiran
Diriwayatkan daripada Abu Musa r.a. katanya: "Anakku lahir, lalu aku membawanya kepada Nabi s.a.w. lalu baginda menamakannya dengan nama Ibrahim dan meletakkan pada lelangitnya dengan buah kurma."

b. Makanan Yang Paling Sempurna
Maksud Sabda Rasulullah s.a.w. : "Rumah yang tiada kurma nescaya penghuninya kelaparan."
Dengan sebab itulah Prof Madya Asiah menyatakan lagi " pengambilan buah kurma itu tidaklah sekadar penting pada bulan puasa atau ketika seseorang itu sedang berpuasa, sebaliknya memakan kurma wajar dijadikan amalan harian."


BUAH KURMA MAMPU CERDASKAN OTAK
Khasiat buah kurma bukan sahaja diakui dalam Islam dan diakui juadah penting berbuka puasa, malah kalangan ahli perubatan menganggapnya buah berkhasiat yang mampu mencerdaskan otak dan menyihatkan tubuh badan.

Pensyarah Sains Makanan, Fakulti Sains Makanan dan Bioteknologi, Universiti Putra malaysia (UPM), Prof Madya Asiah Zain berkata, "Pengambilan buah kurma tidaklah sekadar penting pada bulan puasa atau ketika seseorang itu sedang berpuasa, sebaliknya memakan kurma wajar dijadikan amalan harian."

"Dari segi perubatan, amalan memakan kurma setiap hari boleh mengurangkan risiko seseorang itu diserang penyakit kronik seperti jantung dan kencing manis."

"Kurma boleh dijadikan makanan yang membantu mencegah penyakit kerana mengandungi zat galian seperti potasium, kalsium dan zat besi yang boleh menyihatkan sel darah merah," katanya ketika dihubungi hari ini.
Beliau berkata, walaupun buah padang pasir itu sukar dibeli dinegara ini selain Ramadhan, orang ramai khususnya umat Islam boleh menjadikan jus buah kurma yang dipasarkan sebagai pilihan alternatif.

Katanya, buah kurma mengandungi vitamin dan E serta komposisi gula yang banyak dikenali sebagai glukosa iaitu sejenis unsur gula dalam darah yang menjadi sumber tenaga serta membantu seseorang berpuasa dalam tempoh yang lama.

Prof Asiah berkata, buah kurma mampu memanaskan badan dan merangsangkan kesihatan wanita hamil dan anak yang dikandung, memudahkan wanita bersalin dan memberi tenaga tambahan.

Katanya, kanak-kanak digalakkan memakan banyak buah kurma kerana ia memberi khasiat dari segi proses pembesaran, sekaligus membentuk minda kanak-kanak yang sihat.

"Selain berbuka puasa, kurma juga harus menjadi makanan pilihan umat Islam ketika bersahur seterusnya menjana tubuh sehingga waktu berbuka'" katanya. - Berita Harian, Selasa 20 Febuari 2001



Sumber Meletops : Makcik cantik gojes Google

Berehat Sebentar : Kurma bagus utk INGATAN dan KESIHATAN

No comments: