Si Sepet Dan Si Manis

Si Sepet Dan Si Manis

Wednesday, June 29, 2011

HANTARAN Hati

Hai peeps,
Selamat tengahari.
Hurrmm, dah nk masok tengahri dah kan?
Kejap je mase berlalu.

Tapi paling tak sabo nk balik.
Hehehehehe.
Sbb rase mcm nk terus rileks dan chill je kat umah.
Mmg best dpt berehat lagi.

Asyik perasan nk cuti memanjang.
Bermalas-malasan di sofa ruang tamu yg empuukkkss.
Tengok tv.
Cite sinetron dan cite2x kelakar.

 Rase mcm nk dok je umah boley?
Hahahaha.
Tunggu lah bile dah jadi BOS besar.
Ade syarikat sendiri.
Boley je klau nk masok ofis ke tak.

Tapi kan, tak ley la slalu sgt kowt?
Nak cari rezeki jgn malas2x.
Lebih2x lagi utk orang yg bakal2x BERKAWEN ni.
Sila rajin2x kan diri anda dan ringan2x badan tuh.

Ececece...
Rasa mcm robot je bile bekerja sampai lewat petang.
Haaiishhh. teringat zaman keje giler2x dlu.
Wat part time ujung minggu.
Ari biase keje kat ofis 9-6ptg.

Penat tuh tak usah nk cakap le.
Badan nie lengoh2x je.
Balik umah je terus terbongkang tak sedar diri.
Penat wehhh.

Klau sape tak penah rase bagaimane seksanye keje part time cari duit nie,
Ce cube ce cube.
Sebenarnye saya lebih beremosi nk cakap pasal duit HANTARAN.

Ye, saya bertanya2x gak pada bakal2x pengantin ape pendapat anda.
Kalau duit hantaran yg ditetapkan keluarga kite tu melebihi dari RM10K.
Adakah ini perkara biase dizaman serba mahal ini?

RM15K atau RM20K adalah biase?
Itu ke maksudnye?
Bile tgk angka nilai hantaran tuh buat saya berfikir,
Alangkah kesiannye pada pihak lelaki jika dia bergaji biase2x saje.

Mmg la orang akan ckp : Ala, klau dia rase dia nk kawen ngan perempuan tu, mestilah dia kena usaha.
Dan ade jugak yg cakap begini: Klau rase diri tuh tak mampu nk bagi duit hantaran sebanyak itu, jgnlah berangan nk kawen ngan perempuan tuh.

Benar, itu mmg benar.
Tapi kena lah jugak fikir dimana letakkanye tahap pemikiran kite nie.
Jgn sbbkan nk menunjuk2x kat orang2x sekeliling,
Maka duit hantaran pun diletak smpai tinggi melangit.
Tak tercapai dek akal bile fikir2x kan.

Ade sbb kot kenapa benda ni terjadi.
Ye, salah satu sbbnye seperti dibawah tu.
Saya senaraikan kemungkinannye.


  • TAKUT KENA FITNAH

Salah satu sebab kenapa duit hantaran diletak dalam kadar luar biasa ialah kerana mahu mengelakkan fitnah. Biasa la orang Melayu kita ni...kalau letak murah, mesti nanti diorang kata anak dara kita tu dah rosak la..kena tangkap basah la. Pendek kata...sibuk je la nak jaga tepi kain orang lain. Cubala jaga tepi kain sendiri dulu sebelum nak menyibuk hal orang lain.


  • BERSAING DENGAN ORANG LAIN

Ada juga ibu bapa yang meletakkan duit hantaran terlalu tinggi kerana mahu bersaing dengan ibu bapa lain yang merupakan jiran sebelah rumahnya. Kalau jiran tu letak memang dah tinggi, diorang letak lagi tinggi sampai terbeliak mata pihak lelaki mendengar nilainya.


  • SEBAGAI TANDA PENOLAKAN

Sebenarnya kenapa ibu bapa meletakkan duit hantaran pada kadar keterlaluan mungkin juga disebabkan sebenarnya mereka menolak peminangan tersebut dengan cara kiasan. Mungkin diorang ada perancangan lain untuk anak gadis mereka. Jadi kepada pihak lelaki, faham-faham je la. Jangan buat-buat tak faham pula..karang kalau kena reject terang-terangan korang pulak yang malu dan hangin satu badan. Lepas tu mula la berdendam dan cari bomoh untuk kerja menyantau.


  • NAK JAGA STATUS

Keluarga gadis yang pihak lelaki pinang tu orang yang kaya-raya...anak datok lagi. Takkan la diorang nak letak hantaran yang murah pulak kot. Jatuh la status tu. Ada juga anak gadis yang datang dari keluarga sederhana je...tapi dia mempunyai rupa paras yang jelita dan berpelajaran tinggi serta bekerjaya hebat dan amat berjaya. Takkan la nak letak duit hantaran yang cikai-cikai pulak kan? Paling koman mau dekat RM 10K tu.


  • KOS SEJAK LAHIR

Ha...ni pun salah satu sebab juga ni. Duit hantaran yang tinggi-tinggi tu dikira sejak anak gadis tu dilahirkan dan dibesarkan sampai la ke anak gadis. Setiap perbelanjaan sepanjang membesarkan dan menjaga anak gadis tersebut dikira habis-habisan dan ini la yang menyebatkan nilai duit hantaran tu menjadi tinggi maut-mautan. Bunyi macam tak ikhlas je nak serahkan anak gadis tu kepada bakal suaminya?


  • MENDUGA BAKAL MENANTU

Ada juga ibu bapa meletakkan duit hantaran pada kadar keterlaluan adalah semata-mata kerana mahu menduga kesungguhan dan keikhlasan si lelaki demi mendapatkan kasih sayang anaknya. Diorang takde la kejam sangat...diorang cuma nak tengok setakat mana rasa sayang dan cinta korang tu pada anaknya. Kalau korang sanggup bagi berapa je yang diorang minta...tu tandanya korang memang sayangkan anak diorang sungguh-sungguh. Lepas tu sure diorang akan turunkan kadar hantaran tu pada nilai yang berpatutan. Pada korang yang cool tu...memang bertuah la badan. Sure korang akan menjadi menantu kesayangan punya. Tapi pada korang yang cepat melatah tu, gigit jari la jawabnya. :)
 
Hmm, pening ye pikirkan masalah nie semakin meruncing zaman sekarang.
 
 
 
 
 
Berehat Sebentar : Agak2x zaman anak cucu cicit kite nanti, berape puluh ribu pulak hantaran mereka?



No comments: