Si Sepet Dan Si Manis

Si Sepet Dan Si Manis

Wednesday, May 4, 2011

I Pad 2


Kenapa perlu memiliki iPad 2? Sebab laptop berat dan sukar di bawa ke mana-mana? Atau malas nak tunggu laptop login ambil masa yang lama sedangkan iPad hanya mengambil masa 2 saat sahaja?
iPad 2 yang diperkenalkan sejak 2 Mac yang lalu membuatkan ramai pengguna jenama Apple tidak sabar nak merasai gadget terbaru ini yang diwar-warkan akan berada di pasaran 11 Mac 2011. Di Malaysia, dijangkakan berada di pasaran dalam bulan April dan ada juga yang mengatakan bulan Ogos. Mana satu entah. Apa-apa pun, Apple telah menambahkan features yang lebih menarik di dalam iPad 2 bagi mengatasi kelemahan Penjelasan secara ringkasnya, iPad 2 lebih nipis jika dibanding dengan iPad pertama dan iPhone 4. Daya tahan bateri iPad 2 mampu bertahan selama 10 jam jika kita kerap menggunakannya dan tahan selama sebulan lebih dalam keadaan ‘standby mode‘.  Dengan A5 Chip baru, pelayaran ke web-web kegemaran, video call, gaming dan beberapa perkara yang lain akan menjadi lebih pantas dan lancar tanpa sebarang masalah. Dengan kadar grafiknya yang 9x lebih pantas dari iPad pertama, pastinya si pemilik iPad 2 akan makan dengan iPad 2, mandi dengan iPad 2 dan tidur dengan iPad 2.
Kamera depan dan belakang pada iPad 2 menjadikan ini adalah satugadget yang lengkap dan cukup sempurna. Smart Cover (magnetic) yang di reka khas untuk iPad 2 mempunyai 3 fungsi. Pertama, fungsinya untuk ‘wake up‘ iPad dalam keadaan ‘standby mode’ tanpa perlunya fungsiSLIDE. Kedua, menjadikan iPad 2 lebih selesa digunakan sama ada dalam keadaan baring ataupun menegak mengikut kesesuaian pandangan mata kita. Fungsi-fungsi iPad 2 selebihnya, boleh disambungkan ke tv dengan menggunakan kable khas dan juga Gyroscope, untuk mengesan pergerakkan iPad 2. Yang pernah menggunakan gadget Apple, pasti tahu fungsi-fungsi Gyro ini.
Harga iPad 2 di Malaysia ialah, RM2,200.00 (16 GB – WiFI + 3G). Murah kan? Bagi student, memanglah agak mahal tetapi bagi yang sudah bekerja RM2,200.00 apalah sangat. Hahahaha! Apa yang kurangnya pada iPad 2 ini ialah Smart Covernya yang tidak melitupi bahagian belakang iPad. Tahu-tahu sajalah, walau secermat mana pun kita menjaga iPad ini, suatu masa nanti pasti akan tercalar juga.
iPad 2 yang size lebih besar dari DSLR juga membuatkan pemiliknya malu/segan nak mengambil gambar/video. Kenapa perlu malu? Berbanggalah kerana anda mampu membeli gadget yang amat sempurna ini, bukannya seperti laptop atau handphone yang seringkali di serang oleh virus dan anda perlu mengusungnya ke sana ke mari dengan keberatannya yang agak membebankan badan juga. iPad 2 harus dimiliki, pelbagai aplikasi yang menarik disediakan untuk iPad 2. Kompas, Microsoft Word, Excel, Powerpoint, Photoshop, game, Tafsiran Al-Quran, GPS, Software Editing dan banyak lagi. Mungkin sudah tiba masanya anda harus melupakan laptop dan personal computer anda?  :whistle:
Saya dah bertukar fikiran, nmpaknye skang idaman saya i pad 2 dan Apple notebook Mac pro atau Air yg nipis tue. ( 2 benda nie jd idaman saya skang nie) 

saya diserang kemalasan nak menaip tentang artikel nie, jadi saya cedok seratus peratus dari pemilik blog yg telah wat review pasal i pad 2 nie. Mintak maaf ye.  Saya dah kredit kan dn link kan artikel nie ke blog awk :) 







Kredit to this Terima kasih atas info i pad 2 dlm bahasa melayu yg saya cari2x . dan kalo u alls nak tahu lebih lanjut tntang I - Pad 2 nie leh ar tekan disini

No comments: