Si Sepet Dan Si Manis

Si Sepet Dan Si Manis

Friday, May 6, 2011

Hari yang BAIK dalam ISLAM

Selamat tengahari sume :) saya dah puas pk nak wat entri ape ptg nie.  Dan skg dtg idea nk cari tarikh2x yang baik dalam islam supaya kite boleh pilih tarikh yg bagus utk kite Berkahwin nanti.  Utk mendirikan masjid, mestilah pilih tarikh yg baik dari segi agama kite, bukan main pilih sbb TARIKH tue CANTIK dimate kite je. Kena tgk jugak bulan ape, sesuai ke x nak wat majlis kawen tu nanti kan? Jadi, pasnie korang leh lah cube tgk2x atau belek2x tarikh yg sesuai utk korang nak wat majlis kawen. Hehehehehe.  Saya pun blom pilih tarikh lagi. Tapi, dlm kepala nie ader terpk nak wat 23 November 2012. Bersempena Hari Jumaat.  Penghulu segala hari :) Nak wat akad nikah tarikh tue.  Insya - Allah jika di mudahkan oleh Tuhan. Amin. Doa2x kanlah ye.  Sebenarnye, terpulang lah pd korang2x sume nk ikot ke x cadangan saya nie. Tapi, sbg sahabat, saya wajar menyebarkan berita2x yg berunsurkan kebaikan bersama.  Jadi, sharing is caring.  Bukan sorok2x ataupun simpan2x sorang2x. Tak guna cmtue.  Sbb maklumat atau fakta yg penting patut kite berkongsi bersama kan? Supaya kite leh belajar bersama2x.  Jgn jd KEDEKUT ILMU.  Nanti aper yg kite ader, akan HILANG sekelip mate. Semakin byk kite memberi, semakin BYKLAH kite menerima. Bukankah TANGAN yg MEMBERI itu lebih BAIK dari tangan yg MENERIMA? Renung2xkanlah ye sume :) Jom kite semak tarikh2x dibawah nie:





01hb: Hari yang baik untuk bertemu pemerintah (orang kenamaan) / meminta hajat / berdagang / bertani dan bermusafir.


02hb: Hari yang baik untuk bermusafir / meminta hajat.

03hb: Hari yang tidak bagus.

04hb: Hari yang baik untuk berkahwin dan Makruh untuk bermusafir.

05hb: Hari yang tidak bagus.

06hb: Hari yang diberkati dan baik untuk berkahwin / meminta hajat.

07hb: Hari yang diberkati dan elok untuk apa yang dimaksudkan dan diusahakan.

08hb: Hari yang baik untuk meminta hajat dan Makruh untuk bermusafir.

09hb: Hari yang penuh keberkatan dan baik untuk segala hajat manusia. Dan barangsiapa yang bermusafir bakal memperolehi rezeki harta dan dia akan melihat banyak kebaikan dalam perjalanannya itu.

10hb: Hari yang baik untuk segala hajat melainkan bertemu pemerintah (orang kenamaan). Sesiapa yang lari dari penguasa akan tertangkap. Tetapi, baik untuk berjual-beli. Sesiapa yang mendapat penyakit akan cepat sembuh.

11hb: Hari yang baik untuk segala hajat, bermusafir, jual-beli, bercucuk tanam melainkan bertemu pemerintah (orang kenamaan).

12hb: Hari yang penuh keberkatan. Maka mintalah hajatmu dan berusaha nescaya akan mendapat. Bersembunyi dari pemerintah adalah lebih baik.

13hb: Hari yang tidak bagus atas segala amalan / hajat.

14hb: Hari yang baik bagi segala hajat / amalan.

15hb: Hari yang baik bagi segala hajat / amalan. Nescaya akan mendapat.

16hb: Hari yang tidak bagus.

17hb: Hari yang baik bagi segala hajat/ amalan. Nescaya akan mendapat. Baik untk bermusafir, jual-beli, bercucuk tanam, membina bangunan dan bertemu pemerintah (orang besar).

18hb: Hari yang baik bagi segala hajat. Barangsiapa yang bertemu musuh, akan mendapat kemenangan dengan Takdir Allah.

19hb: Hari yang baik bagi segala amalan. Barangsiapa yang lahir pada hari ini akan mendapat keberkatan hidup.

20hb: Hari yang baik untuk segala hajat, / bermusafir / membina bangunan / bertani / kahwin dan bertemu pembesar.

21hb: Hari yang tidak bagus.

22hb: Hari yang baik untuk berdagang / bertemu pemerintah / musafir / BERSEDEKAH.

23hb: Hari yang baik digalakkan untuk berkahwin dan apa saja perniagaan dan bertemu pemerintah. (Tarikh yg saya impikan utk bernikah :)

24hb: Hari yang tidak bagus.
25hb: Hari yang tidak bagus dan BERHATI-HATI untuk setiap perkara.

26hb: Hari yang baik untuk segala hajat kecuali kahwin dan musafir. Hendaklah kamu BERSEDEKAH pada hari itu kerana ia memberikan banyak manfaat.

27hb: Hari yang baik untuk segala hajat.

28hb: Hari yang bercampur ( Baik & Tidak baik).

29hb: Hari yang baik bagi segala hajat melainkan menulis (kitab). Boleh menulis tetapi MAKRUH. Barangsiapa yang menulis kitab tidak mendapatkan idea yang baik. Sesiapa yang mendapat penyakit akan cepat sembuh dan yang bermusafir bakal mendapat harta yang banyak.

30hb: Hari yang baik bagi segala hajat / berdagang / bertani / kahwin, cepat sembuh dari penyakit, Yang lahir pada hari ini akan mendapat keberkatan, akan diangkat kedudukannya. Suka bercakap benar dan menunaikan janji.









Jadi, saya arap pasnie, korang2x sume akan lebih perihatin kepada pemilihan hari2x utk berkawen.  Benda baik mestilah dibuat pada tarikh dan hari yg baik kan? Oklah, ade sesape x yg nak share ngan saya tarikh idaman korang ataupun tarikh pernikahan korang nanti? 

No comments: