Assalammualaikum dan selamat petang ahad kepada sume pembace2 blog2 yg dikasihi slalu. u olls dah mkn ker? aku dah mkn pun..... diet dah ke laut! coz balik umah my beloved mom kat kl. So, diet komfem dah ke laut. :) tapi, takper, bukan selalu kan? sebulan sekali je dpt balik rase masakan dari air tangan ibu tercinta. Petang nie sambil layan Nona kat TV3 nie, tetibe dtg lak idea aku nak buat entri pasal nak kawen nie. Memang xkan abis2 nak cite pasal bab kawen nie kan? Hanya Tuhan je yg tahu perasaan aku bile tgk kawan2 skolah byk yg dah beranak pinak dan yg dah nak kawen tahun nie.. Gembira pun ader, tapi dlm mase yg same, sedih gak pk bile lah tibe mase utk aku kawen? Mmglah jodoh tu ditangan Tuhan, tapi, skang nie, jodoh aku dah ader, tinggal nak melangsungkan je perkahwinan tu. Insya allah, korang doa2kan lah supaya kami cepat2 disatukan. Kerana bagi aku, dia lah yang terbaik dan paling penyayang sekali terhadap aku. Kalau orang tnye aku, ko dah sedia ke nak kawen? Aku akan jawab, insya allah, aku dah bersedia.. Walaupun bajet aku blum cukup lagi nak dirikan masjid. Orang cakap, duit boleh dicari. Jodoh jangan ditolak! Jadi, aku dan encik tunang skang nie tgh berusaha menyimpan duit untuk merealisasikan impian kami berdua utk berkawen. Tak per, pelan2 kayuh ye. Alhamdulillah, utk urusan membeli baki barang2 hantaran tu, bakal kami uruskan ujung bulan atau awal bulan depan. Lepas tu, urusan cari dewan dan tempah dewan akan dimulakan. Then, kain nikah nak cari, dan siape tukang jahitnye tu pun aku blom pk lagi. Itu pelan2 akan aku cube jadikan kenyataan. Aku harap biarlah sumenye berjalan dgn lancar. Kite sbg manusia Hanya dpt Merancang, Tuhan yang menentukan. Yg Penting, JGN PUTUS ASA. :) Kebetulan pulak, tarikh nikah, resepsi dan bertandang pun blom dibincangkan lagi. Biar lah aku dan Encik Tunang rancang dlu persiapan perkahwinan kami nie berdua. Dan pandangan dari kedua-dua belah keluarga tetap di utamakan. Cume, kami x nak susahkan sgt famili kami. Yg penting sumenye OK. Dalam usia ku yg dah tua nie, (hehehehehe) bile tgk budak kecik atau bayi2 comel mesti hati aku jd GERAM dan rase mcm xsabar nak berkeluarga. (ini BUKAN GATAL, tapi NALURI KEIBUAN tu yg dah ade) sbb aku nie mmg dari dlu suke melayan budak2 ! smpaikan sggup amek kursus Pendidikan Awal Kanak-kanak dibawah anjuran Charlton Brown College, Australia selama 7bulan. Dan aku buat kursus 2minggu dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat iaitu Kursus Asas Asuhan Kana-kanak. Dan sempat jadi seorang guru mengajar di sebuah tadika swasta di bangsar selama setahun. Best sgt2 bile dpt berada dekat dgn kanak-kanak.Ok, sebelum nie mmg ade perancangan nak sambung ijazah dlm bidang Pendidikan Awal Kanak-kanak di Australia selama setahun setengah, tapi aku rase x yakin nak dok jauh dari family dan kurang keyakinan diri. Maka, aku ambil keputusan utk bekerja sbg guru di sebuah tadika. Konon-kononnye, nak cari pengalaman dlu. Insya allah, jika diizinkan Tuhan, aku akan tetap sambung pelajaran dlm bidang nie satu hari nanti. Kerana aku tak mahu sia2 kan ape yg aku dh belajar selama nie. Lagipun, ade jugak impian aku nak keje sebagai pengasuh kanak-kanak di Australia tu. Kerana nak tukar angin dan jugak nak rase mcmane dok di negara orang. Mesti best kan dpt byk pengalaman berada di negara orang. Ok, berbalik pd tajuk kite psl aku nak kawen tu, bagi aku Yg pasti, kalau nak kawen tu, persediaan dan persiapan haruslah kite rancang dgn baik dan dgn cara yg berhemah. Bajet amat PENTING. Jadi, sebelum berkawen atau rase2 nak bertunang tu, kite knalah MENYIMPAN DUIT dgn berjimat2 dan berhemah. Barulah sumenya berjalan dgn lancar.
P/S: Kawen oh Kawen! keranamu, KEPALA aku PENING memikirkannye.
P/S: Kawen oh Kawen! keranamu, KEPALA aku PENING memikirkannye.
No comments:
Post a Comment