Si Sepet Dan Si Manis

Si Sepet Dan Si Manis

Tuesday, November 30, 2010

Lebatkan Rambut anda

Ambil sekepal nasi dan 1/2 biji limau nipis dan direndamkan bersama secawan air dan sebuku garam. Kemudian diembunkan waktu malam. Pagi esoknya perahlah limau nipis tersebut bersama bahan yang diembunkan tadi. Selepasitu barulah dibasuh rambut anda dengan air campuran tadi dan biarkan selama 3 jam. Kemudian barulah dibilas dengan air bersih. Insya-Allah jika diamalkan petua ini, akan menampakkan hasilnya.

Petua Melebatkan Rambut


Siapa yang tidak inginkan rambut tebal menawan.. Bagi yang berambut nipis mari cuba mengamalkan nipis ini. Petua rambut lebat ini menggunakan minyak zaitun, minyak zaitun bukan sahaja digunakan untuk memasak sahaja banyak lagi khasiat-khasiat yang ada pada minyak zaitun yang boleh dimanfatkan kepada kecantikan dan kesihatan.
Bahan-bahan
2 sudu besar minyak zaitun
2 sudu besar minyak bijan
2biji telur
2 sudu besar santan asli
2 sudu besar minyak kelapa
Cara
  1. Kisar semua ramuan dengan alat pengisar kelajuan sederhana selama lebih kurang 30 saat, ramuan akan berbuih keran aterdapat telur.
  2. Ketika mandi selepas membersihkan rambut dgn syampu, sapu rata ramuan tadi dan urutkan keseluruh kulit kepala.
  3. Biarkan selama 5 minit sebelum membilas bersih sebaiknya mengguna air suam.
ini bolehlah diamalkan setiap hari. Ramuan yang disediakan ini tahan selama lebih kurang 5 hari jika disimpan di dalam peti sejuk.
~Selamat mencuba~

Penjagaan Rambut

Petua menjaga rambut
Syampu
Mitos pertama mengenai rambut adalah terlampau kerap bersyampu. Ini boleh menyebabkan rambut mengalami keguguran. Sebenarnya, cara anda menggosok kepala adalah penyebab utama rambut gugur. Cara menggosok kepala yang tidak betul akan mencabut akar rambut. Rambut yang gugur 50-100 helai sehari adalah perkara normal. Ini berlaku kerana rambut juga perlukan generasi. Jika jumlah rambut gugur lebih daripada jumlah yang dihadkan, maka anda mengalami masalah rambut gugur. Masalah itu terjadi mungkin disebabkan oleh fungsi tubuh anda terganggu, ‘stress’ dan kurang vitamin.

Mayonis
Ada juga di kalangan wanita mengatakan bahawa mayonis adalah perapi rambut yang baik. Ia terbukti apabila ada di kalangan personaliti barat menggunakan cara yang sama untuk mendapatkan rambut yang cantik. Malahan cara ini sering menjadi ikutan dan terus meletakkan status petua sebagai berkesan.

Jika dilihat secara asasnya mayonis diperbuat daripada campuran telur, minyak dan cuka. Memang benar bahawa bahan-bahan ini adalah perapi yang baik. Tapi anda harus ingat, tidak semua rambut serasi dengan bahan-bahan tersebut.

Misalnya bagi rambut berminyak, sebaiknya hindari penggunaan minyak yang banyak. Rambut yang kering dan kulit kepala yang sensitif pula, hindarkan penggunaan cuka. Ingat juga, setelah menggunakan mayonis sebagai perapi, basuhlah dengan bersih kerana dikhuatiri lubang pori-pori akan tersumbat.

Air hujan
Biasanya, air tadahan hujan dikatakan baik dijadikan air mandi dan membasuh rambut. Hal ini kerana, air tadahan datang daripada sumber semulajadi. Hujan yang turun daripada langit dapat ditadah terus menerus tanpa ditambah dengan klorin.

Perkara ini mungkin praktikal pada zaman dahulu. Anda harus sedar, udara kini kotor. Banyak pencemaran terjadi di muka bumi. Awan pula menakung air yang datang dari bumi. Justeru, air hujan tidak boleh dikatakan bersih dan baik untuk rambut. Dikhuatiri air yang ditadah adalah air hujan asid.

Syampu bayi
Syampu bayi sering dianggap sebagai bahan yang mampu menjadikan rambut wanita dewasa kembali lembut seperti rambut bayi. Sebenarnya, tekaan anda itu salah. Satu-satunya kelebihan menggunakan syampu bayi adalah mata anda tidak pedih.

pH yang terdapat dalam syampu bayi lebih rendah berbanding pH pada syampu orang dewasa. Hal ini kerana kulit kepala bayi masih lembut berbanding kulit kepala orang dewasa. Penggunaan syampu bayi orang dewasa tidak berkesan kerana syampu bayi tidak mampu bekerja secara maksimum pada kulit kepala orang dewasa.

Rokok
Ramai orang mengatakan bahawa merokok mengakibatkan rambut akan cepat beruban. Kenyataan ini benar sekali. Perokok bakal menanggung risiko cepat beruban 4 kali lebih besar berbanding mereka yang tidak merokok.

Air limau
Ada petua yang mengatakan perahan air lemon boleh mengilatkan rambut. Petua ini mungkin ada kebenarannya namun semuanya bergantung pada warna rambut anda. Sejak dahulu kala, air perahan lemon telah digunakan sebagai ‘bleaching’ semulajadi pada rambut bewarna terang.

Seperti rambut warna perang atau coklat terang. Rambut yang diusap dengan air perahan limau nampak lebih berkilat jika terkena cahaya matahari. Namun begitu bagi rambut bewarna gelap, termasuk hitam, merah tua atau coklat tua, kilat rambut tidak berkilau.

Saturday, November 20, 2010

Kesilapan ketika berdiet

Bila kita berbicara berkenaan berdiet, banyak sebenarnya kesilapan yang telah kita lakukan dalam hari-hari ketika kita ingin berdiet. Kesilapan ini mungkin adakalanya kita tidak sedar ataupun memang kita tak tahupun sebenarnya perkara tersebut merupakan kesilapan ketika berdiet.
Mari saya kongsikan bersama anda apakah kesilapan-kesilapan tersebut. Semoga dengan mengetahui kesilapan-kesilapan tersebut seterusnya dapat mengelakkan anda daripada melakukannya di masa hadapan ketika anda ingin berdiet ok…
Kesilapan yang terbesar biasa kita lihat ialah mereka yang ingin berdiet ini akan menjalani sesi diet mereka bagaikan seperti berada dalam tahanan perang Guantanamo atau dalam penjara. hoho..memang bunyinya macam lawak, tapi inilah hakikatnya.
Mereka ini akan buang segala makanan yang ada di dapur mereka dan di dalam peti sejuk mereka yang mereka lihat ada potensi untuk menambahkan lemak dalam badan mereka. Sesi diet seperti ini sebenarnya mustahil untuk anda kekalkan untuk anda mencapai matlamat berat badan ideal anda.
Perkara ini mungkin akan berkesan untuk jangka masa yang pendak, tetapi kesan langsungnya ialah anda akan mudah berasa gagal, kecewa dan berasa sakit di kemudian hari.
Perkara utama yang harus anda fokus ketika berdiet ialah apakah matlamat diet anda.
Kesilapan yang lain ialah memakan makanan atau menu yang sama setiap hari. Tiap-taip hari sama je menunya dan tidak berubah-ubah. Natijah semulajadi tubuh badan kita ialah ianya lebih cenderung anda selesa untuk memakan pelbagai menu makanan berbeza setiap hari.
Pilih diet atau pelan pemakanan sihat yang boleh anda nikmati pelbagai makanan sihat yang berbeza berbanding hanya kekalkan satu jenis menu sahaja setiap hari.
Selain daripada dua kesilapan di atas, kesilapan seterusnya ialah menahan diri anda sendiri untuk menikmati makanan kegemaran anda. Ini umpama menyeksa diri sendiri. Dalam berdiet malah apa pun perkara dalam kehidupan seharian kita, kesederhanaan itu menjadi keutamaan.
Dalam anda menetapkan menu utama harian anda seperti buah-buahan dan sayur-sayuran, jangan lupa untuk beri sedikit ‘kebebasan’ buat diri anda untuk menikmati makanan kegemaran anda. Bukannya setiap hari, tapi kadang-kala apa salahnya anda menikmati ais krim atau kek coklat yang menjadi kegemaran anda tu.
Tidak menjadi kesalahan atau sesuatu yang ‘berdosa’ untuk anda makan makanan yang berlemak ketika anda berdiet.
Begitulah beberapa kesilapan yang adakalnya mungkin anda tidak sedar anda lakukannya ketika anda berdiet.
Selamat menjalani diet anda yang seimbang.

Sarapan Sihat

Sarapan yang sihat ialah sesuatu yang penting dalam menu pemakanan seharian kita.
Apa kata anda ubah sekali-kala menu sarapan anda. Asyik-asyik nasi lemak, roti canai, teh tarik je..kalau anda amalkan menu sebegitu hari-hari selama mana anda hidup, ada kemungkinan besar berat badan anda akan cepat naik.
Mari saya kongsikan bersama anda idea-idea tersebut:
  • Hidangan buah-buahan campuran. Anda boleh potongkan beberapa hirisan buah epal, pisang, mangga dan pear. Apa yang penting pelbagai hidangan buanh-buahan anda. Masa yang diambil untuk menyediakan sarapan seperti ini amat cepat. Owh ye, kalau anda nak tahu, jika anda makan buah-buahan dalam keadaan perut yang kosong, ini mampu menurunkan berat badan anda secara semulajadi.
  • Minum shake untuk lebih kenyang. Jika anda rasakan makan buah membuatkan anda masih berasa lapar, anda boleh buat minuman shake buah-buahan. Kalau nak buat milk shake pun boleh. Dengan meminum minuman shake, ia dapat memberi anda tenaga tambahan untuk aktiviti sepanjang hari anda.
  • Kek muffin dan jem. Hidangan ini juga mampu mengurangkan pengambilan kolesterol berlebihan dalam sarapan anda. Dalam masa yang sama, ia mampu memberi anda kesihatan yang lebih baik. Beli kek muffin di kedai-kedai kek dan sapukan jem kesukaan anda. Beli muffin yang tidak berperisa atau berperisa original. Nak lagi best boleh tambahkan juga madu.
  • Scramble egg. Yang ni saya pasti mesti menjadi kegemaran anda. Anda boleh buat scramble egg. Pecahkan telur dalam non-stick frying pan dan campurkan dengan susu segar. Gunakan majerin sebagai minyak untuk memasak. Gaulkannya hingga ia masak kemudian letakkan serbuk lada hitam. Makan dengan roti untuk nak lebih kenyang.
  • Oatmeal. Ini merupakan hidangan bagi anda yang inginkan penjimatan masa. Anda boleh beli 3 in 1 Quaker Oat dan hanya campukan dengan air panas. Saya jamin, sampai tengahari pun anda akan kenyang dan tak perlu menahan kelaparan.
Semoga dengan perkongsian idea-idea ini dapat anda cuba amalkan dalam amalan pemakanan seharian anda.

Jalan Kaki Senaman Mudah !

Faktor masa tidak boleh dijadikan sebagai alasan untuk anda tidak bersenam. Sibuk bekerja dan sebagainya bukanlah satu halangan untuk anda memulakannya. Jadualkan masa sekurangkurangnya lima hingga 10 minit setiap hari untuk berjalan kaki walau di mana jua anda pergi.

Seperti yang diketahui, berjalan kaki merupakan satu bentuk senaman mudah untuk dilakukan sama ada anda sedar atau tidak. Contoh yang paling mudah ialah meletakkan kenderaan anda di tempat yang jauh sedikit daripada tempat yang anda biasa letak. Kemudian, berjalanlah sedikit dan elakkan menggunakan lif. Sebaliknya gunakan tangga semampu yang anda boleh. Aktiviti berjalan kaki ini sebenarnya lebih menyeronokkan apabila ia turut dilakukan bersama rakan, pasangan mahupun keluarga. Jangan memandang remeh aktiviti berjalan kaki kerana banyak manfaat yang anda peroleh melaluinya.

Pada dasarnya, aktiviti fizikal seperti ini yang dilakukan secara berterusan dan dalam tempoh yang panjang membantu melatih tahap jasmani seseorang. Selain daripada itu, oksigen yang disedut dan dihembus akan melancarkan peredaran darah. Sebagai impaknya, tubuh tidak mudah merasa penat, sebaliknya segera mengembalikan tubuh pada keadaan yang normal di samping mengurangkan tekanan.

Jalan kaki dan diet

Hampir setiap latihan fizikal yang dilakukan akan membakar kalori. Persoalannya berapa banyak kalori yang terbakar? Seperti aktiviti fizikal yang lain, berjalan kaki turut membakar kalori dalam jumlah yang cukup besar. Wanita yang berusia 40 an dan ke atas yang berjalan kaki dengan kecepatan sekurang-kurangnya 70 langkah seminit selama 30 minit dapat membakar kalori hingga 79kcal. Lebih banyak langkah yang dilakukan, lebih banyak kalori yang terbakar. Sebaliknya, bagi lelaki berusia 40 an dan ke atas yang melakukan perbuatan yang sama hanya membakar kalori sebanyak 64kcal. Oleh itu, jadikan aktiviti ini sebagai rutin harian anda. Anda dapat mengira berapakah jumlah kalori yang hilang ketika berjalan kaki.

9 Cara Membakar Kalori